Tuesday, April 27, 2010

27042010 & 28042010 - Sayonara Europe & Welcome Home

Exicited nak balik Malaysia sangat kut hinggakan mlm tadi tidur pun tak nyenyak, tidur pukul 130am dan seawal jam 6am dah bangun, OK juga la kalau kurang tidur atas flight satgi blh kut tidur dgn senang. Aku ni ada masalah sikit kalau flight more that 12 hrs, susah sangat nak tidur sambil duduk, nak tak nak kalau dapat jiran yang jenis spices tidur berdengkur dan kentut yang kuat..! Hari tu pon masa mai pun tak sampai 5 jam aku tidur. Bangun pagi minum susu satu tak sampai setengah jam terus sakit perut, hampeeh betul..! agaknya aku ni alergic kut dgn susu,asal minum susu jer mesti sakit perut. 4kali berulang ke toilet pagi ni. 830am aku start transfer barang2 aku ke shuttle station. Total 8 beg and kotak..! 3 kali turun naik baru selesai angkat semua sampai terpaksa buka jacket kulit aku sbb berpeluh luar dalam.
(Atas Flight SQ25 – FRA to Singapore) : Check out dari Steingenberger Airport Hotel terus amik hotel shuttle untuk ke hotel, driver shuttle Mat Black tolong aku angkat bari ke bas,tak sampai 10minutes sampai kat Airport, kalut Mat Black tu pi amik trolley dan tolong angkat barang2 aku, faham ler aku tu dia nak tip la tu,aku seorang jer yang dia entertain macam tu, sebab kat dlm shuttle tu aku seorang jer yang paling banyak lugages. Check wallet note paling kecil cuma EUR5, nak tak nak kena bagi EUR5 ler tip kat Mat Black tu, senyum sampai telinga la pagi2 buta dah blh EUR5..!

Naik ke tingkat 2 untuk Check In lugages tapi kaunter SIA tak buka lagi, mengopi dulu kat Starbuck sambil berinternet free kat situ. 10am kaunter buka terus check in lugages aku, cuba nak proceed utk check in secara group kut2 blh lepas banyak barang sikit memandangkan aku sure dah terlebih muatan ni. 3 beg untuk hand carry (satu backpack laptop & 2 beg adidas yang bermuatan penuh dengan souvenirs dan mainan anak2 aku.

Barang2 utk hand carry..!

4 beg lagi untuk check in bersama dgn 2 kotak, satu kotak berisi penuh dengan air minuman (Coke, Orange,Apple Juice & Mineral Water special dari Prum) aku suka sangat design botol2, bukan sebab nak minum air dia sangat, semua botol2 berlainan sangat dengat kat Malaysia, pulak tu ada seorang kawan chinese aku yang dok buat collection barangan Coke, so aku plan nak bagi botol2 Coke tu kat dia la. Satu lagi kotak berisi mainan anak lelaki bongsu aku, selepas nego dgn awek SIA tu, dia lepaskan semua lugages dan kotak mainan kecuali kotak berisi air2 minuman tu. Apa boleh buat, nampak gayanya jenuh kena minum kat airport atau sedekah jer lah kat orang yang kat airport ni. Selesai check in lepak kat satu corner, buka kotak minuman-keluarkan barang2 lain yang perlu dibawa balik juga, nasib baik aku check dulu kat dlm kotak tu ada barang2 lain yang aku packed kat bersama dgn botol2 minuman tu. Aku ada bawa plastic beg extra so transfer semua brg2 tu kecuali botol2 minuman kedalam beg plastic dan amik beberapa botol minuman sekadar utk diminum sebelum berlepas, hat balance tu aku sedekahkan kat bdk2 jaga cart tu..! Selesai bab check in tapi hand carry dah bertambah lagi satu beg jadi 4 kesemuanya. Keluar cas sebatang dua, terus proceed ke Terminal 1 Gate B utk screening before departure. 2 biji beg adidas kantoi pulak, depa buka check satu per satu-angin betul-aku dah susun sikit punya baik punya dah dia dok selongkar pulak. Satu barang kena keluarkan-lupa pulak aku nak load dalam lugages lain tadi, sebotol besar body loosen masuk dlm tong sampah. OK –Clear semua, masuk ke Imigresen utk cop keluar dan terus proceed ke Gate B45 untuk boarding. Singgah cas sebatang dua lagi, dan lepak kat tempat menunggu sambil tengok depa dok setup flight yang akan membawa aku terbang pulak ke Singapore sebentar lagi. Dok tengok jam sepatutnya dah nak kena boarding tapi technical crews masih lagi dok sibuk kat bawah, siap dok buka cover engine pulak tu, saspen sungguh aih…alih2 dengar announcement that flight aku delay sikit sbb ada masalah technical dan engineers sedang berusaha utk recover. Sepatutnya flight berlepas jam 1235 noon tapi pukul 1pm baru boleh start boarding. 135PM flight yang membawa aku di seat Aisle 45D selamat berlepas meninggalkan Frankfurt Airport: Bye – Bye Germany.
Flight tak penuh hari ni, so ramai yang tukar tempat dan amik kesempatan utk tidur dgn 2,3 seats. Aku terlambat cup tadi so tak dak ler seats extra mana tak nya orang dok kalut ubah tempat aku dok kalut dgn collection SIA aku ler, apa lagi pillow and blanket dia la. Dah menjadi tradisi aku untuk amik semua barang2 tu utk jadikan kenangan…hehehehe.Malah ada 2,3 orang lagi kawan aku kat Kulim nuuu yang spices sama dgn aku dah kami siap dok berlawan lagi sapa yang boleh buat collection items tu paling banyak. Santapan tengahari aku @ Singapore Airline

Masa nak mai dulu aku dok amik satu set setiap barang termasuk 2 sets sudu,garpu,pisau dan sudu teh. Masa balik ni kita tengok pulak berapa yang aku blh amik..huhuhuhu…buruk betul perangai aku kan..? tapi tak kisah semua tu tak berapa sen sangat pon…SIA dah charge siap2 kat dalam harga tambang..!!! Ok dulu, bateri laptop pon dah lo..aku nak sambung tgk movie, nanti senang2 aku sambung lagi..(SQ 25 – FRA to SIA @ 1155pm Waktu Malaysia)28042010 - Changi International Airport @ 1:17pm

Sedang berinternet dari Airport, baguih sungguh Airport Changi ni internet bagi free jer, laju pulak tu..tak macam kat Europe semua nak kena berbayar. Landing kat Singapore jam 705am, lewat setengah jam dari yang dijangka coz delay masa berlepas tadi. Sakit bahu kendong beg kiri dan kanak dan ditambah dgn sebijik backpack laptop lagi, sampai rumah nanti kena pi mengurut ler nampaknya. Langsung tak blh tidur tadi kat dlm flight, letih gila ni. Memandangkan aku ada 8jam transit kat sini sebelum Flight ke Penang so aku plan nak keluar jalan2 kat Singapore. Draw cash $50 Singapore Dollar, breakfast 2 bungkus nasi lemak bayar dengan EUR and Singapore Dollar, aku ke kaunter City Tour-depa ada offer 2 hrs tour with Zero Cost, sound good tu bro, terus aku register untuk jam 11am, trip pukul 9am dah fully booked.Eyes on Singapore, kat Malaysia pon ada satu gak kan, tak salah aku dah dipindahkan ke Melaka.Raffles Hotel, bilik kat tingkat 3 tu yang betul2 kat bawah perkataan Raffles Hotel tu adalah hak milik Michael Jackson. Kat depan patung penjajah Inggeris Stanford Raffles Banggunan pelik kat Singapore, ada park kat tingkat paling atas yang connected 3 buildings Empangan air bersih yand diprocess dari air laut. Tecnology Germany & USSebijik Porche terbakar mungkin over heated kut..!

Sebelum tu masa aku touch down pagi tu sempat brekafast kat dlm Airport, pekena 2 bijik nasi lemak, sebijik $2 (Singapore Dollar) Boleh tahan jugak harganyer, tapi dek kemaruk nasi lemak tak dak hal laaa..! Ada sejam setengah sebelum aku nak ikut Town Tour so aku explore Duty Free dlm airport, sempat lagi shopping sebijik beg laptop Samsonite dan Rokok 3 cartons. Tinggal lugages aku kat kawan2 aku, depa semua nak rest kat dalam Airport jer...aku explore 2 hrs bersama dgn Group dari Republic Chec, Israel and Australia. Lepas 2 jam balik semula ke Airport, berinternet sebelum menunggu Flight aku jam 345pm. Flight ke Penang on time dgn Silk Airline, bagus betul services dia orang, semua barang2 hand carry aku depa tolong packed dan check in so aku tak perlu heret semua masuk cabin la..Semua tu aku tak perlu bayar even single cent.! Kepala pening sbb dah lebih 24hrs tak tidur. Landing kat Penang Airport tepat jam 515pm, selepas collect semua lugages aku terus proceed ke Custom Counter, takut gak coz byk betul brg2 aku, 2 carts utk loaded semua brg2 aku tu. Rokok selit 3 cartons-Alhamdulilallah semua settle. Tak scan semua beg pon..! Baguih...Baguih..! Keluar jer anak2 dan wife dah siap menunggu...Hilang terus keletihan bila dapat bersama dgn anak2 dan isteri selepas hampir sebulan tidak berjumpa. Loaded semua barang ke kereta terus proceed utk Nasi Kandaq ler bro...Rasa kekok betul bile kembali drive kat kanan dan terasa betul tak dak pick up kereta 2.0 aku ni, maklumlah dah sebulan dok melanyak Jaguar & Merc. hehehehe...tapi apa boleh buat itu jer yang aku mampu pun..! Singgah Kassim Mustapha Seberang Jaya, macam biasa ler menu kami sekeluarga kalau kat situ, Nasi Minyak, Kari Ayam, Dalca and Kambing. Aku makan dengan penuh berselera, selesai semua terus proceed balik ke Rumah...! Alhamdulilallah..walaupun keletihan tapi mode sekeluarga ceria dgn kepulangan aku.! Anak2 sibuk dgn mainan masing2, mak nyer pulak dok try selai demi selai pakaian yang dibeli, aku ke shower utk membersihkan diri selepas 48jam tak mandi. Segar, bugar, puas, dan ke ZZzzzzz jam 11pm.

No comments:

Post a Comment