Saturday, April 17, 2010

17042010 - Paris FRANCE

Seawal jam 9am kami check out dari hotel yang hampeeh ni walaupun berstatus 5 star - Le Meridien Paris. Betul2 check in utk tidur jer, tak sampai 12 jam pun duduk situ. Dah ler charge mahal breakfast pun tak dak, lebih baik dok kat hotel Prum, tiap2 pagi ada breakfast walaupun tak pernah tukar menu. Dengan breakfast hanya dengan sebiji snicker aku terus ke parking kereta untuk menyimpan semua personal belonging then terus proceed to the nearest Metro station - Pasteur. Beli package 10 tickets untuk dapatkan discount, only cost EUR11.80. Dari Stesen Pastuer kami ke Stesen Bir Hakeim untuk ke mercu tanda Kota Metropolitan Paris, apa lagi kalau bukan Eiffel Tower. Dari situ berjalan kaki lebih kurang 2 batang rokok sampai betul-betul kat bawah Eiffel Tower..Ini rupanya yang orang dok nak mai tengok sangat tu..! Cuaca amat baik pagi ni seperti menyambut kedatangan aku, ramai betul orang pagi ni ditambah dengan mat-mat black dari Senegal, Arfica and etc asyik dok approach utk menjual souvenier dan makcik2, adik2 dan kakak dari Bosnia yang dok minta duit dengan membawa sekeping note in english menyatakan depa dalam kesusahan, negara dalam peperangan, dan yang pastinya depa ni kebanyakkannya muslim so depa akan approach orang2 yang macam aku ni laa..Fuuhhh Eiffel Tower dipenuhi pelbagai spices manusia maka bertambahlah kekalutan. Peringkat awalnya aku simpati juga bila seorang makcik Bosnian ni siap merayu dan menangis depa aku, tapi selepas dilayan maka makin ramai yang lain2 akan datang. Ayat pertama yang depa tanya...Can English, then kalau said yes...lepas tu dia akan huluqkan nota rayuan depa dan blh menangis lagi untuk menagih simpati dari orang ramai. Aku pun tersimpati ler dgn yang seorang makcik tu tapi lepas tu yang lain2 pulak pakat mai approach aku pulak... 1EUR sama dgn RM4.50 lor, kalau seorang 5 EUR mau dia mai 10 orang dok kepong, tak ker nanya..!!!!
Then lepas tu bila depa mai lagi terus aku cakap no English...Only loghat Kedah jer..hehehehe..! Macam2 ragam manusia tapi jelas amat memalukan Muslim dgn tindak tanduk mereka ini..! Lebih baik macam Mat-Mat Black kat sini yang lebih kepada berusaha menjual souvenier walaupun secara haram, sambil menjual mata mereka liar memandang sekeliling kerana perniagaan mereka ini berstatus haram.Setiap kali nampak police mereka akan lari dalam sekelip mata then lepas police hilnag jer, peluh balik depa kat street..kat mana depa lari sembunyi pon tak tau. Aku decided untuk naik sehingga ke Top tower and it cost me UER13.10, beratur sejam untuk dapatkan ticket, beratur lagi setengah jam untuk naik gondola. Naik gondola tak dan 10 minutes pon tapi kena Q sampai sejam setengah.Gondola pertama ni sampai kat pertengahan tower jer, pastu kena tukar naik lift pulak...Q lagi sejam...buang masa aku jer, tapi dah alang2 dah sampai kena sabaq juga laa...dah ler sejuk tak blh hisap rokok pulak tu...!!! Finally, sampai juga aku ke Top Effiel Tower, saksikan dunia..Anak Jerlun yang cuma pernah naik tingkat 5 Pekan Rabu Alor Setaq yang aku rasa dah cukup gayat hari ni telah menakluk Eiffel Tower. Thanks Allah SWT kerana merencanakan kesemua ini untuk aku. Lepas bergambar lebih kurang dan bersantai sekejap untuk menikmati pemandangan Kota Metropolitan Paris dari puncak Eiffel Tower, aku turun semula. Satu hal lagi nak kena Q, end up pukul 2pm baru sampai kat bawah. Perut dah berbunyi dah ni, dah ler pagi tadi breakfast dgn Snicker jer, apa cerita pon kena cari makan dulu.Survey kiosk yang dok jual sepanjang street, yang blh makan pon cuma waffer jer, waffer pon waffer la janji blh kurangkan bunyi dalam perut aku ni ditambah pula dgn kepala yang berdenyut2 sebab mungkin kepanasan dan kurang tidur malam tadi. Lepas beli waffer sambil dok makan tu aku berjalan menuju kesatu dataran yang nama dia pon aku tak tau, nampak macam best jer..ada satu patung bogel Jesus depa kut then kat atas tu dah ramai orang dok lepak sambil dok layan street show. Aku pon tumpang sekaki layan street show sambil makan waffer.
Dari atas dataran tu ramai yang bergambar berlatar belakangkan Eiffel Tower, aku pon pose sekali la. OK habis bab Eiffel Tower,jam dah pukul 3pm, kena cari hotel baru la sbb dah check out dari Le Meridien hampeeh tu..Kat bawah dataran tu ada stesen Metro, amik metro kembali ke Stesen Pasteur, pusing2 cari hotel yang meeting aku punya expection, end up dapat Novotel Hotel, yang ni kira ok la, rate satu malam EUR179 juga without breakfast tapi internet free dan parking cuma EUR 15, so Check In la kat sini, pi amik kereta yang dok parking kat Le Meridien, kena EUR30 then terus ke parking Novotel kena lagi EUR15...Peehhhh...yang dikatakan Paris ni,sampaikan parking pon expensive macam tu sekali..! Kat Pekan Kulim yang cuma 60 sen sejam pon kadang2 miss ni sampai EUR45 hanya untuk 2 hari..Macam Hampehhh..! Nasib baik ler trip ni fully sponsered kalu pocket money sendiri mau balik ni makan maggie aku satu family.! Lepas Check In seperti biasa, masak nasi and prepare Brahim Ayam masak merah dulu, pekena Active Fast 2 bijik sebab kepala masih berdenyut lagi, lepas makan rehat sat. Kawan2 aku yang lain dah tak mau keluar dah, semua kepenatan..! Rasa rugi pula mai jauh2 lepak dalam bilik, tak boleh jadi ni. Aku mesti keluar juga walaupun keletihan. Kepala pon dah kurang berdenyut, shower sekejap tukar dressing sikit.Ni kan kota Paris, pusat Fesyen so dressing mau jaga..! hehehe.aku dah bernekad untuk nak explore Kota Paris, dengan berseluar Levi's 501, GAP T-Shirt, Kasut RED WING, Sun glass RAY BAN Poralized, Stoking Reebok dan Jacket Kulit, Spender..? Yang tu standard...tak payah pakai..!!! hehehehe. Bergaya macam selebriti, walaupun pocket tak berisi -aku keluar sekali lagi untuk expore Kota Paris, berbekalkan map aku ke Stesen Metro Pasteur, destinasi pertama adalah tempat bersemadinya lukisan keagungan dunia MONALISA yang terletak di LUVRE MUSSE, 2 kali tukar metro aku sampai kat situ. Peeehhh orang punya la ramai, macam kat Eiffel Tower pagi tadi juga rupanya.Lama juga aku lepak kat sini, lepas explore sana sini dan bergambar sepuas-puasnya, aku ke satu taman bertentangan dgn Luvre Musse, patutlah depa kata Paris ni Kota Percintaan, memang betul rupanya, pelbagai peringkat usia dan pelbagai warna kulit dapat dilihat di situ, semua pakat dok lepak, ada yang berbaring terus kat situ. Kebanyakkan dari mereka adalah couple,berkumpulan dan dgn family, tak ramai yang spiece macam aku. Aku pon lepak juga la kat situ untuk menghilangkan penat.


Lepak2 sekejap kat situ, aku terus menapak meneroka Kota Paris dari satu venue ke satu venue berpandukan map yang aku ada, sampai nak tersabut tempurung lutut aku mengukur jalan2 kat Paris ni. Menyusuri Butik2 Jenama Antarabangsa membuat aku teruja, patutlah wanita pertama kita Rosmah dan selibriti2 suka datang bershopping kat sini, memang sempoi habis tapi aku cuma mampu melihat, membelik dan meletak kembali ditempat asalnya...! Kalaulah Najib tu abang aku, kan ke syok...boleh teman Rosmah mai shopping selalu kat Paris ni..!!! Sedar tak sedar jam dah pukul 930pm, perut pun dah lapar semula. Aku ke stesen Metro dan kembali semula ke Pasteur, sampai kat Pastuer singgah kat Subway beli tuna Sandwish sebijik, makan sambil berjalan ke Novotel. Sampai hotel elok2 dengan habis sandwish sebijik, masuk hotel shower, masak maggie lagi sebungkus, phone wife untuk mengubat rindu then hanyut dibuai mimpi indah Kota Paris, aku perlu kembali kesini bersama wife aku suatu hari nanti. Insyallah.Sebahagian dari souvenirs Paris untuk Family and kawan-kawan.

No comments:

Post a Comment