Monday, April 12, 2010

12042010 - Minggu ke-2 Hari Pertama Training

Routine harian seperti biasa untuk hari training aku, lepas training tadi aku ronda2 Prum singgah kat Pasaraya REWE untuk beli ration. Hari ni aku ada plan baru untuk dinner aku, walaupun hotel tempat aku menginap nak tak dibenarkan memasak tapi aku tetap degil, aku tetap akan masak jugak hari ni. Aku teringin sangat nak makan telur goreng. ..! So, aku ke REWE untuk membeli terus, minyak masak & garam. Lepas ke REWE singgah kat Kedai barangan sukan, peehhhh tak tahu pulak aku walaupun pekan koboi macam ni ada juga kedai sukan yang menjual pelbagai jenis international brands dan yang paling banyak tentulah ADIDAS, tapi sayang harganya mahal jika dibandingkan dengan Al-Ikhsan. Dan kat dalam satu corner tu ada jual merchandise World Cup Africa 2010.Belek punya belek beli 2 helai t-shirt Team Deutchland, satu untuk aku dan satu utk my oldest hero, dah terlajak masuk ni aku bukannya boleh control sangat nafsu shopping aku. Beli kat anak2 dan wife seorang sehelai lagi t-shirt. Aku rasa aku akan pi ke kedai tu lagi memandangkan masih ada 2, 3 items yang aku cukup berkenan. Sampai bilik aku teruskan misi menggoreng terus, selepas tunggu nasi masak sbb aku cuma ada satu jer adapter so kena bergilir2 la, lepas nasi masak aku cuba menggoreng telur....tapi kali ni aku agak berhati2 untuk memastikan tiada langsung sebarang percikkan minyak atau apa sahaja kotoran ke dinding bilik untuk mengelakkan dari kena charge EUR100 lagi..!!Alhamdulilallah sampai gak hajat aku nak makan telur goreng walaupun dah jadi scrammed egg sbb plate yg aku gunakan tak sesuai untuk menggoreng. Apapun dinner aku malam ni boleh dikirakan agak mewah juga dgn tambahan satu menu baru.Lepas makan hanya internet menjadi teman untuk mengisi kekosongan didalam bilik di Zum Goldenen Stern, Prum Deutchlands.

No comments:

Post a Comment