Thursday, April 15, 2010

15042010 - Superb Lunch & Dinner

Hari ni hari yang cukup memenatkan, keletihan semalam terbawa sehingga hari ni. Semua ni penangan ronda2 petang semalam kat Trier. Pagi tadi pulak aku cirit, mungkin sbb banyak sangat makan kebab kut mlm tadi, dah masuk kereta dah pagi tadi tiba2 jer satu macam dok bunyi dalam perut, walaupun segan sangat nak naik ke bilik tapi memandangkan kalau nak dibawa apa yang ada dalam perut sekarang ni ke tempat training aku lagi masalah..! Aku ni cukup tak berkenan dgn toilet kat sebelum Europe and America,semua jenis spieces partition flywood dan nampak bahagian kaki ditambah pulak jenis yang tak dak paip air ni lagi la menyiksakan...! Aku dpat bayangkan kalau cirit macam pagi ni aku lepaskan kat toilet tempat training aku mau bergema satu toilet dgn Amplifier Harman Gardon aku..!!! Sampai awal kat Grohmann pagi ni, laptop aku pulak ada masalah-tak boleh nak connect ke VPN Intel, kacau la mcm ni...dah la byk AR's nak kena close..! Aku pon tak tau apa masalah dgn laptop aku atau dgn internet kat Prum ni, semenjak 2 hari lepas lembab bukan main...! Dah tak blh nak buka email Intel aku try nak masuk email yahoo aku, hat ni lagi haru...dia dok default ke Yahoo Deutchland, puas aku dok troubleshoot tapi dia dok jadi mcm tu jugak..! Tutup laptop senang cerita..! Phone wife maklumkan yang aku tiada access keemail maklumlah bila berjauhan macam ni internet la yang menjadi channel utk melepaskan kerinduan....huhuhuh terEMOSI la pulak...!!!!
Lunch aku kat sini disediakan oleh pihak Grohmann, tapi seperti yang aku maklumkan sebelum ni la,tak banyak pilihan untuk aku-tapi hari ni untuk pertama kali, mungkin supplier tukar menu kut...satu menu tu aku tengok dia label FISH and Vege, so tampa berfikir panjang terus aku order yang tu, peeehhhhh nak bagi tau kat hangpa kata, utk pertama kali sepanjang 2 minggu kat sini aku jumpa menu ikan + nasi + vege. Finally jumpa juga aku nasi kat bumi Deutchland ni... dan untuk pertama kali juga aku berjaya habiskan menu lunch aku..! Cukup puas hati,kalu macam ni tipa2 hari kan senang,dah la Free sedap pulak tu...!
Hari ni habis training jam 530pm, plan nak pi semual ke Trier terpaksa di tangguhkan dulu sebab keletihan yang melampau, lepas training on the way balik singgah satu hypermarket, tak beli apa2 pun coz tak dak satu item pun yang menarik perhatian aku. Lepas tu terus balik hotel and prepare dinner. Check dgn apek kawan aku ni, sbb hari tu dia kata dia ada bawa cabai melaka untuk dimakan dgn maggie, spieces apa pon tak tau apek ni, makan maggie pun taruk cili api..kat dia ada banyak lagi, so dia kasi aku sikit...!dan seperti biasa aku akan goreng terus dadar dgn electrical bunner aku api utk hari ni agak special sikit sbb ada rasa pedas2 sikit bila aku potong kecik cili api taruk dalm terus. Kreativiti aku untuk nak explore menu2 baru cukup membanggakan aku, tak cukup dgn toreng dadar berisi cabai melaka, petang ni aku ada satu lagi menu baru...sambal telur rebus..! Seorang lagi memba aku bawa pes (instant kuah keluaran Seri Murni), apa yang aku buat adalah aku rebus 5 bijik telur ayam dengan menggunakan kettle aku, lebih kurang 5 minutes telur siap direbus, kupas kulit dan pada masa yang sama aku rebuskan pack pes instant kuah tu dgn ayaq panas dan dalam masa sesingkat 6minit 30 saat, siap lagi satu menu tambahan untuk dinner malam ini, aku jemput 2 orang lagi memba aku utk dinner bersama aku...Peeehhhh, malaih aih nak cakap-memang berselera sungguh aih kami 3 orang, settle satu periuk nasi...! Kan senang nak cuci pinggan kalu setiap hari macam ni..! Lepas makan,rehat dah solat aku ke bilik Rahman utk nak suruh dia check laptop aku coz dia ni kalau bab2 laptop ni cekap banyak dari aku, tapi dukacita dimaklumkan laptop aku nampak macam dah nak kaput jer..! Rasa2 mcm ada masalah dengan mother board..! Sehari dua sebelum ni aku tak blh nak connect VPN ke server Intel, dah sekarang ni lansung gone terus, on jer terus shutdown sendiri dia, posting ni pun dah delay 2 hari and terpaksa guna laptop kawan utk nak updates. Buat masa sekarang aku rasa kehilangan sangat kerana internet ajerlah yang mejadi perhubungan aku dgn family aku selain dari telephone..Buat masa sekarang aku akan biarkan laptop tu diam seketika dan tengoklah esok macam mana pulak, harap2 aku blh on semula, that all for now. Tunggu update aku untuk hari2 seterusnya.
Cheeerr...Zull's 17042010 Paris, France

No comments:

Post a Comment