Tuesday, April 20, 2010

19042010 & 20042010

19042010 - Nothing special utk nak updates kalau hari training, semalam dan hari ni pi class macam biasa. Sedaq tak sedaq dah masuk minggu ke-3 class mean that minggu terakhir aku di Grohmann. Dok haru sungguh ni, dah ler kerja menimbun - laptop buat hal pulak, dah hampir seminggu aku tak blh connect ke Intel Server, macam mana aku nak siapkan kerja aku...? Highly suspected laptop kena virus coz member aku seorang lagi pun kena gak, dia lagi kronik langsung tak blh nak reboot, all files was missing..! Aku punya kira ok lagi ler-still boleh ke internet tapi tak blh nak connect ke VPN jer, further diagnos VPN files missing, tapi dia jadi lembat macam spenda Cikgu Mat...Nak connect ke internet pon dekat sejam..Tension bro..! Kami 2 orang ada kena pen drive instructor punya untuk transfer satu data file so suspected virus dari pen drive dia la coz yang seorang lagi tak guna pen drive tu then laptop dia OK sampai hari ni, so rasa2nya punca dia dari situ laa..
Semalam class habis awal setengah jam so kami decided untuk ke Trier sekali lagi. Sampai kat Trier jam 530pm so ada masa ler untuk bershopping. Pusing sana pusing sini beli ler juga 2,3 items yang dok dalam wish lists aku. Lepas shopping macam biasa laa, terus ke kedai jual kebab, pekena kebab sebijik..kenyang la sat..! Lepas kena kebab terus bertolak balik, on the way keluar dari Trier jumpa REWE hypermarket, singgah pi beli beras then terus drive balik Prum. Jam 830pm sampai kat Prum, terus masak nasi and air panas utk dinner aku mlm ni. Rendam pack Brahim Kari Daging dan ubi kentang then pergi shower, tunaikan kewajipan sat dan terus dinner, habis gak 2 pinggan walaupun dgn instant food jer..! Lepas dinner, relax sambil berinternet dan by 12 midnight tidur.

20042010 - Bangun agak lewat sikit hari ni, letih sungguh aku sejak balik dari Paris hari tu mungkin sebab drive terlalu lama kut..! Lepas breakfast kat hotel terus ke Class, pagi ni aku pi breakfast kat hotel awal dari biasa sebab lately ni dah menjadi tabiat aku lepas breakfast jer mesti nak kena ke toilet, so hari ni aku pi breakfast awal sikit dan pakai sendal jer. Macam yang aku jangka lepas jer breakfast dia mai terus..! mungkin aku banyak minum yougut, susu, madu dan buah2an kut sejak aku kat Germany ni...tu yang dia lawas sangat tu..! Selesai semua dulu baru boleh pi class..Mode nak habiskan silibus memang makin slow compared to the 1st week, dok teringat nak balik Malaysia jer. Di sebabkan 2 orang dari kami ada masalah dgn laptop so kami decided untuk pull in travel date kami, plan asal lepas jer habis training hari Jumaat ni kami sambung lagi 5 hari untuk nak cover 2,3 lagi negara kat Europe ni, tapi disebabkan masalah yang tidak dapat dielakkan so kami pull in balik pada hari Isnin 26th Apr 2010. Semalam hantar satu email kat travel agent untuk ubah tarikh and today dukacita dimaklumkan kami tak dapat nak pull in coz Singapore Airline masih lagi tutup operasi depa kat Frankfurt due to Valcano Ash, so kena stick to the previous plan laaa...tu satu hal, sehingga hari ni semua penerbangan masuk dan keluar ke Frankfurt masih lagi belum beroperasi, dibuatnya sampai minggu depan...mampuih aku...! tak sanggup dah aih nak makan maggie & instant foods. Stock makanan pon dah tak banyak dah..harap2 minggu depa SIA kembali beroperasi macam biasa laa..Anak2 pon asyik dok countdown jer bila aku nak balik, mama depa pulak tak yah bagi tau ler...!! hehehe. Doa2kan lah aku blh terbang balik on 28th Apr ni dan Jangan ada valcano lain pulak yang meletup sudah..!!!!! Hari ni lepas jer class on the way balik sempat lagi pi shopping kat Prum, aku kembali ke kedai sukan yang aku beli FIFA World Cup 2010 minggu lepas tu, borong T-Shirt dan souvenier untuk family members and kawan2. Aku pon tak tau macam mana nak bawa balik ni...dikalangan kami 4 orang aku ler yang paling banyak sekali shopping. ..! Esok plan nak ke Cologne, Germany dgn instructor aku lepas habis class, ada satu Thai Seafood Restaurant kat situ, dia nak belanja dinner kat situ esok ptg dan yang paling aku syok sebab kat situ ada Hard Rock Cafe, so boleh ler tambah satu lagi venue untuk HRC T-Shirt collection aku. Lepas shopping tadi terus balik ke hotel, solat sat dan terus prepare dinner. Ada menu baru hari ni, telur rebus dan kicap...huh....2 pinggan selesai..! macam mana nak kurus pon tak tau..! Sebelum mai dulu target nak turunkan berat badan sikit, siap bawa Quaker Oat lagi, pack besaq pulak tu....tapi sampai hari ni pack tu masih dok elok tanpa dibuka pon...hehehe...bawa balik semula ke Kulim ler bagi mem aku yang makan..!!!

No comments:

Post a Comment