Permulaan pagi yang penuh dengan keceriaan pagi ini, malam tadi aku dah mula mengemas barang2 yang dibeli. Sampai ketika ini aku masih membeli pelbagai lagi barangan yang aku lihat menarik walaupun malam tadi dah 2 beg aku full ditambah dengan satu kotak yang aku siap packed kemas2 dan hari ni aku sempat lagi menambah beberapa items lagi..Woowwww-terang2 dah lebih dari 25kg yang dibenarkan.! Kat Grohmann pagi ni, semua kami dalam mode yang sungguh baik dan ceria.
2 bilik ni yang menempatkan kami selama 3 minggu di Grohmann.
Yang kat bawah ni pulak tempat aku menyedut nicotine kedalam paru2 aku sepanjang berada di Grohmann.
Basically kami dah cover semua silibus dlm training ni cuma hari ni more to documentation and procedures jer. Setiap seorang dari kami diberikan satu sijil dan sehelai T-Shirt Grohmann.
Seperti biasa aku lebih suka kepada kelainan, 3 orang member aku memilih T-Shirt Polo dan aku lebih selesa dengan Round neck.
Instructor aku - MATA dari awal pagi lagi sibuk dgn preparation segala documentation untuk hari terakhir training kami. Cirit aku pon dah bertambah baik hari ni,tak lagi perlu berulang-alik ke toilet lagi, segalanya seperti melengkapkan hari terakhir aku di Grohmann. Tepat jam 300pm secara rasminya training aku tamat dengan jayanya. Sedih untuk meninggalkan Grohmann selepas 3 minggu berada disitu,pelbagai suka duka telah aku lalui sepanjang 3 minggu di Grohmann, segalanya akan aku abadikan dalam memori kehidupan perjalanan seorang AKU. 

Selepas meninggalkan Grohmann kami terus ke satu hypermarket untuk membeli cokelat kerana kat situ macam2 jenis cokelat dari Germany dan Switzerland ada dijual, harga pulak lebih murah berbanding dengan tempat lain. So, banyak juga yang aku spend untuk buah tangan kat anak2 dan orang2 kat Malaysia. Lepas beli cokelat balik ke hotel untuk simpan semua barang2 dulu dan aku plan untuk keluar semual sekali lagi untuk last minute shooping memandangkan esok aku akan meninggalkan Prum untuk ke Amsterdam. Balik hotel masak nasi dulu untuk memadatkan perut supaya lebih mudah untuk aku explore Prum satgi, pelan nak menapak jer sebab banyak butik2 dan shops cuma working distance jer dari hotel aku. Depa yang lain tak mau keluar dah so lepas makan aku keluar semula untuk shopping lagi walaupun hakikatnya dah tak dak ruang untuk disisi dalam beg aku..!!! Aaaahhhhh....yang tu semua nanti fikir lain laahhh...!
Antara yang aku beli hari ni adalah Official FIFA World Cup GERMANY Merchandised, dia orang memang gila bola sungguh, kat mana2 kedai sukan atau supermarket mesti ada booth/kiosk untuk FIFA, maklumlah World Cup dah nak sampai dah. Cantik sungguh aku tengok dgn gelas ni, macam 3D - harga pon menarik gak,sebab dia bagi offer kat aku maka aku beli 30 bijik untuk nak kasi hadiah kat kawan2 yang kaki bola, so - pada mereka yang berminat sila cepat2 cari aku masa aku balik nanti, First come First Serve Basis....! Barang2 lain yang aku beli hari ni selain dari cokelat adalah handbag, baju, stokin, dandanan diri, perfumes dan macam2 lagi lah...Duit pon dah tak banyak tinggal dah, mungkin cukup2 untuk spend masa kat Amsterdam esok.
That all for now, ni merupakan entry terakhir aku dari Prum, esok pagi aku check out dari Zum Goldenen Stern, Prum GERMANY dan akan bertolak ke Amsterdam NETHERLAND for 2 days then will back to Frankfurt before depart from Frankfurt Main Airport Germany on the 28th APRIL 2010.
Zull's 23042010 - 927pm Prum Germany.
No comments:
Post a Comment