Friday, January 30, 2009

Kenangan Yang Menyesakkan - Suatu ketika di bumi Uncle SAM

Tuesday, June 6, 2006 2:54 PM
Assalamualaikum wbt,

i- Waktu aku kecik2 dulu kat kampung aku selalu ada wayang pacak,fun fair, wayang cina,wayang kulit dan joget lambak. Dalam semua2 shows kat atas yg paling menarik perhatian aku adalah fun fair. Walaupun aku ni phobia dgn benda2 yg pusin dan tinggi ni tapi aku tetap menunggu fun fair yg biasanya akan diadakan selepas musim menuai padi.Dui pusin, keretapi, ceduk anak itik dlm kolam,tauk gelang, cawan pusin, kuda royal (bukan royal albert ! ) adalah antara keseronokan fun fair dizaman aku dulu.

ii- Masih aku ingat lagi bila setiap kali nak election/tahun baru/merdeka ,Jabatan Penerangan aku masuk kampung aku buat wayang pacak. 2, 3 hari sebelum show van Jabatan Penerangan aku pusin satu kampung aku buat announcement tentang show yg akan ditayangkan.Biasanya cherita2 P.Ramlee atau pun Jin Shamsudin yg penuh dengan segala macam jenis ESOK tu menjadi tontonan kami sekampung. Cuma berbekalkan sekeping surat khabar untuk dijadikan alas duduk,bunyi bising generator dan hiruk piruk aku dan kawan2 aku berlari kesana sini bukan halangan kepada seisi kampung untuk berhibur sambil memakan kacang rebus dan jagung bakar.

iii- Cuti sekolah adalah time aku dgn kawan2 aku untuk meneroka alam dan manusia. Routine harian kami adalah mandi sungai, tangkap ikan (dari ikan karin sampai la ke ikan sepat benua,haruan dan keli). Sungai,paya, parit adalah umpama swimming pool bagi kami. Terjun tiruk dan kuak lentang antara skill yang aku gilap sejak zaman kanak2 aku lagi.
TAPI, itu semua cherita aku masa kecik2 dulu. Tak semua orang dapat menjalani kehidupan kampung yang macam aku ni. Aku pernah pasang angan2 dan bercita-cita masa aku kecik2 dulu nak jejak kaki aku ke obersee. Melalui cakap2 kawan aku yg pernah menonton television time tu aku amat teruja bila depa kata kat obersee ada "Fun Fair" yg jenis Macam-Macam Ada.!, ada Studio untuk buat filem2 hebat yang tentunya lebih hebat dari cherita2 wayang pacak yang pernah aku tonton dulu dan kata kawan2 aku jugak kat obersee ada kolam besaq yang ada pelbagai jenis ikan samada ikan dari sungai, laut dan macam2 lagi hidupan laut yang tak pernah aku tengok. Aku amat TERUJA sekali, naluri aku meronta2 untuk melihat kesemua benda2 tersebut, tapi aku sedar budak kampung macam aku ni, sejauh mana yang aku boleh pergi, nak ke Pekan Alor Setaq pon setahun sekali, tu pon mak bawa masa nak pi beli baju raya.!
Tapi tu dulu, cherita 30 tahun yang lalu,lani sapa sangka anak Jerlun yg cuma tahu fun fair, wayang pacak dan mandi sungai ni dah pon berada di obersee. Syukur alhamdulilallah, mainan perasaan aku masa kanak2 dulu dah menjadi REALITI.

Kesimpulan dari klausa2 cerita aku diatas adalah betapa KEMARUKnya aku nak pi ke Disneyland, Universal Studio dan Seaworld. Mungkin angan-angan mat jenin aku bisa direalisasikan.!