Wednesday, April 21, 2010

21042010 - Cologne / Koln

Bangun lewat pagi ni coz mlm tadi dalam jam 1am baru dapat tiduq, dok siapkan paper work yang bertambak2. Orang lain semua dok tunggu aku dah masa aku bangun tadi, tapi sbb kereta aku yang punya so depa kena tunggu ler.830am baru sampai kat Grohmann, lewat setengah jam dari biasa. Disebabkan lewat bangun hari ni maka banyak routine harian yang tak sembat aku buat seperti biasa termasuklah ke tandas dulu sebelum pi training. Breakfast pon tak sempat ambik kat hotel tadi.Pagi ni kat Grohmann kami breakfast awal sikit sbb aku bagi tau kat instructor aku tak sempat breakfast kat hotel tadi, disebabkan aku student kesayangan dia maka kami keluar awal sikit la hari ni. Perut aku masih lagi bermasalah,asal lepas makan jer terus nak kena melabur semula, tak tahan sangat lepas breakfast tadi aku terpaksa gak guna toilet kat Grohmann...Mak wooiii, punya ler tak selesa lepas melabur tadi, dok rasa macam dok melekat lagi walaupun habis satu gulung tisu aku kerjakan. Kawan2 termasuk instructor aku pon dok permainkan aku, depa boleh dok tutup hidup kalu berhampiran dengan aku...ni dah lebih ni...!!! Aku tak ler rasa busuk sangat pon...! Pukul 12 tengahari jer aku minta excuse kat instructor aku untuk balik ke hotel sat, dia tanya aku pasai apa..? So, aku cerita ler hal sebenarnya,disebabakan habis class petang nak berjalan2 kat Cologne so aku cakap aku mesti shower dulu, aku sangat tak selesa lepas aku melabur tadi. Dia said OK so aku terus balik ke hotel, keluar kat parking tengok partner aku seorang lagi - Rahman dah siap tunggu aku kat kereta..Aikkkk...lagi awal dari aku..? Rupanya dia tau aku nak balik terus dia pon nak ikut sekali. OK juga tu , ada gak teman...!!! Bukan balik nak shower ajerlah, aku siap masak nasi lagi..so lunch hari ni mmg dapat makan nasi berlaukkan kari ayam Brahim laaa, selesai juga 2 pinggan..!! Lepas lunch terus kembali ke Grohmann.. "Gendang Gendut Tali kecapi, Kenyang Perut Suka Hati..." Memang suka hati sungguh la sebab habis class satgi nak ke Cologne ataupun dalam Deutchland depa sebut/tulis Koln, terasa cepat masa berlalu hari ni, kami habis class jam 445pm coz by 5pm tayar mau golek.Terpacak pukul 5pm MPV Mercedes aku yang dipandu oleh instructor aku - Manual Mata bergerak meninggalkan Grohmann.Cologne terletak lebih kurang 100km dari Prum, take about 1 jam untuk sampai kesana, disebabkan bertolak time orang pulang dari berkerja jadi traffic agak slow sikit, around 630pm kami sampai kat Cologne, terus masuk ke City Parking untuk tinggalkan kereta disitu dan kami menapak untuk jalan-jalan cari makan kat Cologne. Ada 2 main agenda kat sini, Dinner kat Thailand Seafood Restaurant and nak beli T-shirt Hard Rock Cafe.Keluar jer dari parking kami melewati satu monumen peninggalan sejarah di Kota Cologne , satu banggunan Church lama dengan senibina Gothic (kredit to Harris for yhe info),menurut Manuel Mata banggunan Church ini merupakan yang ke-3 tertinggi dia Germany, kat luar tu ada dataran yang besar dan luas, ramai sungguh orang dok lalulalang dan lepak kat area tu. Jambatan ni la yang selalu dok tunjuk kat dalam Buletin Utama masa Weather Forecast tu.Cuaca petang ni agak sejuk dgn 7 Celcius, tak blh lama dok kat luar sebab kami semua tak bawa glove pon. Disebabkan semua kelaparan kami decided untuk dinner dulu sebelum ke Hard Rock Cafe.So, kami ke Thai Seafood Restaurant yang instructor aku cakap tu, sampai kat situ kami di sambut mesra oleh tuan punya dan pekerja restaurant denga mesra sekali. Semua impressed bila melihat menu, saling tak tumpah seperti menu seafood kita kat Malaysia cuma kalu masakan berasaskan ikan depa semua guna fillet bukan whole fish yang biasa dimasak oleh restaurant2 thai food kat Malaysia. Semua excited untuk order makanan dan aku order Shrimp curry cooked with pineappleAda yang ordered somtam (kerabu mangga), fish fillet sweet & sour,instructor and seorang lagi kawan aku yang berbangsa cina tu nasi goreng ayam & lamb grill. Semua makanan2 yang kami order disediakan bersama dengan nasi. First time sejak dok kat Europe ni merasa makan kat restaurant dan Asean Food pulak tu.Lebih kurang setengah jam semua menu yang kami ordered ready to eat.Macam tak pernah jumpa nasi,, semua consentrate makan tanpa banyak cakap, depa siap bagi cili yang campuq dgn kicap tu...pehhhh, malaih aih nak cakap ...memang Superb..! Tiga kali aku tambah..! Yang kelakarnya , instructor aku ni walaupun jenis yang tak blh makan pedas dia tetap nak try semua makanan tersebut termasuklah cili kicap, so faham2lah kalu Mat Salleh makan cili...berpeluh, siap keluaq ayaq mata lagi...tapi tetap tak mau beralah..!! End up dia berjaya juga habiskan.. Good try..! Nanti mai Malaysia aku bawa pekena nasi Kandaq Kassim Mustapha pulak..! Hehehehe...baru dia ada akai..!!!! Sukar nak digambarkan dengan perkataan selepas hampir sebulan tak menjamu selera seperti diatas..! Walaupun agak mahal, tapi Two thumb up kat Restaurant Thai Food kat Cologne ni, next time kalau ada kesempatan mesti datang lagi. Total kami makan untuk semua tu EUR91.20.

Perut pon dah kenyang, kami ronda2 sekitar Cologne tapi keadaan cuaca yang kesejukkan membuatkan mode untuk ronda2 agak kurang ditambah pulak dgn perut yang kekenyangan. Kami ke Hard Rock Cafe Cologne/Koln untuk apa lagi kalau bukan nak beli T-Shirt dia, Beli lagi empat lai untuk aku, wife and kawan yang kirim.Harga sama macam kat Paris hari tu, Classic T-Shirt jer dah EUR20.95, Baby -T EUR 26.45...habis dekat EUR100 jugak shopping kat situ.Keluar dari HRC kami ronda sikit lagi, tapi most of the shops dah mula nak tutup dah walaupun masih day light, biasa la puak2 ni memang spices malas punya dok ada..!!!! Pastu terus ke kereta untuk berangkat pulang, masa balik pon Mata yang bawa kereta so untuk kali pertama keluar dari Prum round trip aku blh lepak kat sebelah dan seperti biasa juga kawan2 aku yang lain akan tidur dibuai mimpi indah disepanjang perjalanan pergi dan balik, singgah fill up minyak dah terus merentasi laluan Cologne ke Prum ditengah kegelapan malam. Banyak jalan yang tutup dan kami terpaksa detour ke satu laluan kampung yang pastinya kalu aku yang drive mesti panic habis, Alhamdulilallah - around 1030pm kami selamat sampai kat Prum. Balik hotel rest sekejap dan terus tidur kekenyangan.

No comments:

Post a Comment