Monday, April 26, 2010

26042010 - Frankfurt

2nd last day kat Germany, bangun pagi terus continue kemas lugages, lagi dikemas lagi bertambah.dah berapa banyak beg ni..!! Breakfast kat bilik dgn mushroom instant soup bersama dengan roti empat segi Jacob's, selesai 2 pack.Lemas kemas bilik pergi ambil semua lugages2 lain yang masih dalam kereta coz satgi dah nak pi hantaq kereta, tak mau kalut2 esok coz flight jam 1215. Naik turun 3 kali baru selesai ambik semua lugages aku..Banyak sungguh barang yang aku beli nak habaq mai..!Lepas jer selesai turun semula ke parking untuk ke Terminal 1 Frankfurt Airport untuk nak pulangkan kembali kereta kepada Hertz yang aku kuda sepanjang berada di sini. Payah sungguh aih, system depa kat sini, tak semua sign board ada translation in English, 2 kali tersilap jalan-pusing pi pusing mai dok kut tu jugak..sat2 terlepas pi Terminal 1, sat2 patah balik pi Terminal-2, end up dapat juga aku ke lokasi Car Rental Return. Masuk ke Hertz serah kunci untuk inspection, sekali minah tu cakap minyak kalau hantaq dgn minyak empthy depa akan charge EUR250, so dia cadangkan aku pi fill up ler coz kalu full tank pon tak lebih EUR100. Nak tak nak aku terpaksa keluar semula coz rugi ler kalu depa charge sampai macam tu sekali,,,cekik darah betul laa Hertz ni..! Tak jauh dr tempat return tadi ada satu ESSO , fill up full tank baru EUR84.50, nasib baik buat keputusan yang bijak dgn keluar semula dan return kereta awal sehari dari departure, kalu pi hantar esok pagi semasa nak fly mmg kalut habis ler kalu dah procedure macam ni. Selepas selesai inspection by Hertz crews kena pi office depa pulak kat tingkat atas Terminal-1 untuk settle semua payment. Panic juga awalnya coz kontrak car rental aku tak boleh nak close, depa terpaksa call HQ dulu utk confirmation, takut jugak aku sbb 2 tayar Jaguar yang aku pecahkan dulu tu kut2 dicasnya kat aku, mau parah aku..! satu lagi pulak depa ganti kereta kat aku dari Jaguar ke MPV Merc. dah kira lain class dah tu, dari full size ke mini van-rate dia dah tak sama dah. Minah Germany tu suruh aku tunggu sat utk membolehkan dia bercakap dgn HQ, dlm 15minutes tunggu, Alhamdulilallah semua settle, aku tak payah bayar apa pon utk damages tu..Total cost aku kena settle sepanjang menyewa dgn Hertz adalah EUR2116.52, tak ler mahal sangat -masih dibawah allocation yang sepatutnya.! Selesai semua rasa senang hati sikit, tunggu nak berlepas jer esok pagi, nak kat atas pekena Mc D dulu, menu standard la Fish n Chips, makan sambil mengadap dgn lapangan terbang-peehhh memang busy habis ler FrankfurtAirport, every single minutes ada Flight landing, heran betul aku apa kena dgn KLIA, buat sikit punya canggih tapi tak banyak Airline yang mau guna pon, semua dok pilih SIA termasuk ler aku..!! hehehehe...Lepas makan Mc D, hari masih awal lagi tak kan nak lepak kat bilik ajer kut, soDeretan katil yang disediakan oleh pihak Airport masa Valcano Ash last 2 weeks, till hari ni depa tak remove lagi mungkin bila2 masa Valcano kat Iceland tu blh meletup lagi kut..apa pun kalau nak meletup tunggu bagi aku fly dulu..hehehehe-nak tutup sebulan pun aku tak der hal..!Kami decided utk explore Frankfurt dgn menggunakan Tram, heran gak aku tak macam Metro yang yang kat tempat2 lain aku pi tu, tak dak gate utk Ticket pon, yang ada kiosk yang dok jual ticket secara automatic tu, lama gak aku dok observed tak dak gate keeper pon yang dok check ticket utk naik tram. End up aku pi check kat Kaunter Ticket- dia bagi tau kalu amik group ticket utk 5 persons unlimited town ride cuma cost EUR14.80, ni dah cukup baik, so aku kami amik ticket group dan start explore dari satu station ke satu station. Depa base on trust jer, kalu kat Malaysia mau tutup kedai kalau buat macam ni. Venue pertama adalah ke Frankfurt Center, 5 station dari Airport-Banggunan pelik kat Center of Frankfurt, ada lubang kat tengah..! Macam lubang pusat daaa....!Sampai kat sana lepak2 sambil jamu mata, sempat lagi shopping - beli remote control car untukmy oldest son, then beli 2 bijik Adidas beg utk barang2 yang aku perlu hand carry esok. Lepas selesai kami semula ke Tram utk tukar destinasi lain pulak,kat satu station tu jumpa kedai tok arab .Singgah beli apa nama roti tu pun aku tak tau, nampak lebih kurang macam tortilas, sedap la jugak dlm keadaan perut yang lapar ni, sebelah kedai tu ada satu lagi kedai tok arab, kat situ tudung pompuan pun ada jual.Sepanjang perjalanan aku tadi ramai aku jumpa wanita Muslim kat sini, majoriti of them dari belah Arab sana dari muka dan pertuturan depa, mungkin keadaan politik, peperangan dan ekonomi yang tak baik menyebabkan mereka berhijrah kesini agaknya. Lebih kurang jam 4pm kembali ke Tram Station kat Airport dan pusing2 kat Airport Mall sekali lagi, kaki pun dah kebas sebab banyak berjalan terus ambil Hotel Shuttle untuk kembali ke hotel. Sampai hotel kemaskan barang utk kali terakhir, susuh semua elok2 kat tepi, dok tunggu masa jer nak check out and fly back to Malaysia. Makan maggie jer malam tadi untuk nak clearkan semua stock makanan aku, disebabkan kawan2 aku yang lain semua kehabisan stock makanan so aku donate semua stock2 aku kat depa utk perabis..! Terpaksa gak connect internet kat hotel walaupun mahal sangat sebab ada kerja yang perlu disettlekan. Semua hotel 5 Star kat Europe ni internet dia mesti kena bayar,mahal pulak tu..masa aku dok kat Prum hari tu, walaupun hotel tak dak bintang tapi internet 24hrs FREE..! Aku amik package 5 hrs kena chare EUR9.00. Sempat la updates 2 entry blog. Call wife utk informed flight aku and by 1am tidur.

No comments:

Post a Comment