Thursday, April 8, 2010

09042010 - An Evening in Prum Not Paris

Mengikut plan asal, habis class hari ni kami akan ke Paris, France. Semua preparation telah dibuat semenjak awal minggu ini. Kalau weekend sebelum ini hajat nak ke Paris terpaksa dibatalkan disebabkan masalah dgn GPS tapi lain pulak kisahnya minggu ni. 2 hari lepas aku mendapat confirmation Hotel yang akan Check In semasa di Paris nanti dari travel agent. Hotel 5 Star - Le Meridien Paris. Sebaik dapat confirmation aku sibuk menyiapkan route terbaik yang akan dilalui. Mengikut Map Point it takes about 4hrs 9min utk sampai ke hotel penginapan aku.

Semalam masa lunch dgn instructor aku Mr. Manual Mata akan bagi tau hajat aku nak ke Paris weekend ni, dia pon bagi green light-kata dia kita habiskan class hari Jumaat awal sikit untuk membolehkan kami sampai sebelum gelap di Paris. Perancangan nampaknya perfect & lengkap. Itu dipanggil perancangan manusia, tapi perancangan Allah SWT tiada siapa menduga.
Pagi tadi lepas breakfast aku Check Out dari Zum Goldenen Stern hotel, kami check out 2 bilik dan tinggal 2 bilik kat sini utk simpan Lugages kami. Setiap seorang membawa persediaan utk 2 hari. Lepas Check Out terus ke Class, tak terasa panjang dan bosan training hari ni sbb petang ni nak ke Paris lah katakan..! Semua kami dgn mood yang cukup baik sekali sepanjang hari ni. Tengahari tadi semua pakat tak ambik lunch yang berat, semua pakat amik salad, buat2an,cokelat dan soda/susu ajer. Lepas lunch sambung training sikit lagi and 315pm kelas tamat dgn jayanya utk minggu pertama ini. Masa untuk hujung minggu sudah sampai, 330pm kami meninggalkan parking park Grohmann untuk kedestinasi hujung minggu kami. Macam biasa aku akan memandu Jaguar dan hari ni selain dibantu oleh GPS aku juga dibantu secara manual oleh co-pilot partner aku Chan Yoke See, memasuki boarder Belgium cuma tinggal aku seorang aje yg masih sedar, 3 yang lain dah siap berdengkur..Hampeehh betul..!!!! Perjalanan hari ni mengambil masa lebih kurang 4 jam sejauh 470km.Melewati 120km perjalanan pertama disusur keluar LIEGE.Ada lopak kecik betul2 dihadapan aku yang aku tak mampu mengelak disebabkan laluan autoban(high-way) 3 lanes,so aku terpaksa merempuh jugak lopak tersebut, tiba2 aku merasa seperti sesuatu kecacatan pada tayar hadapan. Berhenti ditepi SOS highway, tengok2 sebijik tayar hadapan sebelah co-pilot flat dan sebijik lagi dibahagian belakang mengelombong dibahagian tepi sedikit... Peehhhh...panic bro...Jauh lagi perjalanan ni, ditambah pulak dgn kawasan yang kami kurang pasti. Relax sat tepi jalan sambil pekena sebatang rokok, Aku suruh co-pilot aku cal telephone SOS kat tepi highway ni dan aku cuba call Hertz Emergency/Roadsite Assistant dari handphone aku..Pondek betul laa...Cal ajer aku dengaq suara pompuan dari answering machnine cakap dlm Deutch/France. Sudaahhhh dak buat macam mana ni. Pi check dgn SOS telephone pulak...pon hampeeh jugak...tak reti English..!!! Cukup susah betul laa dgn puak2 European ni...Most of them tak tau english..!!!!!! Cool Zull...Cool...Hisap rokok dulu sebatang, bertenang...setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Ambil tayar spare tukar dulu tayar yg flat tu. 15min cautim..!Apa yang penting...? Kerjasama...! Apa yang penting ..? Kerjasama...!Rear tyre yang dah menggelombong sikit kat bahagian tepi.Tayar spare hat jenis kecik punya tu, tak dak masalah sangat laa.Check tayar belakang, still blh guna lagi cuma tak sesuai utk long distance dulu la. Plan sekarang, kita settle bab tayar kereta kita ni dulu..Masuk kereta keluar ke Liege, ada satu airport kat sini..LTTC kot, sbb tak ramai orang pon. Walaupun dalam keadaan stress tapi tetap bergaya...!
Pi parking kat Arrival Terminal..masuk dlm kut2 ada Hertz, hampeeh yang ada cuma AVIS and EUROCAR saja, cuma tanya orang kat situ kat mana Hertz, macam biasa la semua pakat tak tau English. Kebanyakan officce kat situ dah tutup dah coz masa tu dah pukul 6pm lebih dah. Tengok ada satu Airline office masih buka, nama dia Jetair-ada 2 org staff seorg tu langsung tak tau english seorg lagi blh sikit2, Try minta dia buat phone call kat Hertz tak masih sama jugak, namajer 24hrs support, tapi asal weekend jer semua malas nak kerja..Lembab macam Pak Lah..! End up balik semula ke kereta, try explore GPS, ada satu tab tu dia tulis POI and POI near, aku try tekan...pehhh rupanya POI tu stand for Place of Interest, under POI dia breakdown beberapa kategori, aku pilih Car then dia keluar list sykt kereta sewa..tgk2 Hertz pon ada...7.5km dari lokasi kami, soaku decided pi ke Hertz located at LIEGE town. Lebh kurang 15min kemudian sampai la kat Hertz tapi hampeeh dah tutup, buka sampai pukul 5pm jer..Sabtu and Ahad Tutup jugak..! Memang jenis pemalas la puak2 ni..! Sykt buat service mcm ni pon blh tutup masa weekend. Tak guna sungguh..! Menyusahkan orang jer..! Apa lagi option yang kami ada selain dari drive perlahan2 untuk kembali semula ke home town kami, maka jadi lah An Evening in Prum...! Melihat dari sudut positif mungkin ada hikmah dari apa yang berlaku, dah 2 kali plan nak ke Paris gagal..! Walaupun aku rasa perancangan aku dah lengkap tapi perancangan Allah SWT tu lebih dari segalanya. Mungkin juga ada sesuatu yang sukar untuk aku mengerti, mungkin juga satu teguran dari Allah SWT untuk aku yang agak lalai dalam melalui perjalanan seorang muslim di benua yang asing untuk aku. Kadang2 aku leka pada seruan mu Ya Allah, aku leka...! Berada di kalangan mereka dan keadaan yang tidak friendly muslim ni kadang2 membuatkan aku terlepas dari kewajipan aku kepada mu Ya Allah. Sukar untuk aku nyatakan disini,cuma mohonku semoga kau maafkan aku Ya Allah, Maafkan kelalaian ku pada mu Ya Allah. Walau bagaimana pun aku bersyukur kepada mu Ya Allah, Engkau memberi ujian yang masih boleh aku lakukan, Engkau berikan ujian pada ku tapi engkau masih menyelamatkan aku.Alhamdulilallah, aku selamat kembali ke Prum dalam keadaan tayar kereta yang bad condition. Terima kasih Allah, Terima kasih banyak2 kerana menyedarkan aku.! Sebagai manusia kadang2 aku agak lalai pada seruanmu dengan pelbagai alasan. Aku berjanji dengan mu yang Allah untuk lebih memberi perhatian dengan seruanmu.
Sampai kat Prum, aku terpaksa juga check in kat hotel lama aku sebab dah lewat malam, letih dan lugage aku ada kat bilik kawan aku kat situ. Rasa dekat dengan kampung bila boleh pakai kain pelikat...!
Sebelum ni dok kat Bilik 36, hari ni pindah bilik ke 29. Lepas check in terus buat panggilan ke Hertz guna telephone dari bilik aku, Alhamdulilallah kali ni aku dapat bercakap dgn agent dia. Macam itik dgn ayam berkomunikasi bila mamat tu kurang fasih berbahasa Inggeris, tapi sekurang2nya dia faham masalah yang aku hadapi, Hertz terdekat dgn aku adalah di Trier - 60km dari Prum dan dia committed untuk hantar replacement kereta kat aku before 10am pagi esok. Aku tak put hope sgt dgn puak2 ni kerena kebiasaannya bila weekend depa ni semua malas nak berkerja, kira nak party and enjoy ajer..Apa pun kita tengok ajerlah apa yang akan berlaku esok pagi.Perut pon lapar sgt sbb lunch tadi cuma amik salad and buah ajer, aku masak nasi dgn beras yang aku beli kat sini. Color beras nampak mcm tak best tapi bila masak not bad...bolehlah untuk mengisi perut aku yang kosong ni. Lepas makan buka TV tapi macam hampeeh cerita cina pon semua tukar ke Deutchland, apa punya Tuuurrrrr laaaaa..cuci apa yang patut dan terus ZZZZZZzzzzzzzzzz.Sekian sahaja An Evening in Prum.

No comments:

Post a Comment