Saturday, July 31, 2010

GCB @ Perda Mc. D

Sabtu adalah hari utk Family, no matter how bz I am, I'll try to spend time to my kids. Program Sabtu baru ni, Jalan-Jalan Cari Makan kat Mc.Donald. The nearest Mc D dari KHTP adalah kat Seberang Jaya or Perda jer lah, yang kat Kulim ni dok dengaq kata nak buka bertahun dah tapi jangan kata building dia, signage pon tak nampak pun. Dek penangan iklan GCB kat Radio dan TV, aku tak mampu utk berkata TIDAK dari mencuba menu baru Mc D ni, kalau Prosperity Burger saban tahun aku dok tunggu ni depa introduce burger baru pulak, kami sekeluarga ni memang hantu burger, yang kat stall burger tu pun selalu gak menjadi menu dinner kami. So, sabtu baru ni around 2pm selepas selesai semua kerja2 rumah, kami ke Seberang Jaya utk lunch kat Mc.D-kena sampai sebelum jam 3pm utk dapatkan harga discount. Sampai kat Mc D Seberang Jaya, punya la ramai orang-parking pun full so kami aku tukar venue ke Bandar Perda. Tak ramai orang kat situ, most of customer yg dok ada masa tu adalah students, semua berkepit dgn laptop..perubahan zaman nooo...kalau zaman aku dulu paling standard sekali pun cuma lepak sambil main Brick Games ajerlah, lani semua org bersantai dgn laptop masing-masing, maklumlah zaman FB. Masuk jer parking Otromen Gaia dah start buat hal...Nak "pu-pu" pulak...nasib baik toilet bersih berseri. Sempat lagi dia berposing masa tengah "pu-pu"..! Hammpeeehhh..!Sue pi kaunter utk pesanan lunch kami, elok jer habis Awisy "pu-pu" makanan pun ready.Yummy...Yummmy...!Danial - GCBGirl - Mc Chicken Awisy a.k.a Otromen Gaia - Mc ChickenPls help to get more chilli source pleasssseeeeee....So, american lunch lah kami hari ni. ! Selesai sebijik burger perut aku masih ada ruang yang perlu diisi, so top up lagi sebijik GCB..memang kena betul dgn selera aku..tak kurang hebatnya di banding dengan Prosperity Burger.!Lepas jer semua habis set masing2, baru jer nak light sebatang oksigen...Otromen Gaia buat hal sekali lagi.. masa mai bual hal masa nak balik pon kena bual jugak ler yer...Kali ni dia nak toys pulak...pujuk pi la apa pon...memang tak makan saman laaa...bukan tak mau beli, tapi toys yang dia nak tu mmg tak jual....merchadise utk Birthday Party..yang depa dok display tu...mananya depa mau jual....dia balun nangis kat situ tanpa segan silu... Apa lagi kami angkat kaki jer lah...Sepanjang jalan ke Kulim berendam ayaq mata. Sampai kat rumah rest dan tiduq sat selepas selesai semua kewajipan. Malam ni aku kena jadi kids sitter, mama they all nak kena masuk office till 12 midnight for monthly closure. Lepas maghrib Sue ke office, tinggalkan kami 4 beranak..nak keluaq dinner segan ler pulak...bukan apa kalau depa buat perangai satgi kut2 aku tak blh nak control.so-decided makan kat rumah..mean that-aku kena prepare dinner ler utk kids. Dapur pon dah lebih 2 minggu tak berasap, so time for Chef Zull's beraksi. Menu- Sambal Ikan bawal & Sayur kobis...half an hour settle semua menu tu..dinner kami 4 beranak, depa semua makan dgn penuh berselera...tapi semua kena pegang tisu...running nose all the time sebab terlebih pedas ler pulak, sampaikan lepas jer makan semua kena makan gula-gula. Apa pun semua enjoy dgn dinner malam ni..Rest sekejap lepas makan terus bawa masuk ke bed..semua kena tiduq awai coz esok pagi nak ke sekolah...bukan setakat anak2 jer yang hanyut selepas 10minute masuk bed, dgn aku sekali tiduq..keletihan untuk anak2.

Sunday, July 25, 2010

Kenduri Arwah

Telah menjadi annual event utk family aku kat Jerlun, hujung July merupakan masa untuk kami 9 adik beradik berkongsi budget untuk mengadakan kenduri arwah untuk ke dua orang tua kami. Venue kenduri juga di selang seli tapi majoritinya di adakan di Jerlun, sebab agak senang di uruskan. Tahun ni aku yang pilih tarikhnya iaitu 24 July 2010 tapi end up aku yang last sekali balik ke Jerlun sebab clashed dgn program Charity Car Wash kat Kulim Perdana, memandangkan kedua-dua program penting utk aku maka aku terpaksa mengagihkan masa aku utk kedua2 program tersebut. Kami sekeluarga bertolak dari Kulim jam 8am, on the way singgah kat Lunas utk amik Popiah yang aku order utk di jamu kepada jemputan nanti. 930am sampai kat Alor Setar, transit sat kat Alor Setar untuk breakfast kat Kopitiam terbaik/tersedap/tersempoi/ter"variety foods"/tersenang parking dan segala matleka senang lagi. Kopitiam ni adik aku yang introduced dulu, sejak tu kalu ada kelapangan masa kami balik Jerlun memang tak lepas peluang untuk singgah menikmati pelbagai menu menarik kat sini. Lokasi dia -tak jauh dari Menara Alor Setar. Blank Cek utk anak2 pilih menu kegemaran masing-masing.Berlatarbelakangkan Menara Alor Setar.Pandangan SisiKeadaan didalam-banggunan asalnya adalah bilik kelas sebuah sekolah yang telah dikosongkan.Menu kami pagi tu:-Aku - hot plateSue - SotoBoy - American breakfast " Jumbo Hot-dog "Girl - Roti Telur & American Breakfast.Awisy - Coco crunch....kat rumah pun ada..! tapi biasa laaa, kalau dia dah kata yang tu mana pulak tukar dah...ikut suka ler...janji makan.Oklah, tak membazir - semua menu berjaya dihabiskan.Lepas makan terus bertolak ke Jerlun, ramai dah ada-semua kakak2 aku ada, anak menakan pun ada dan orang2 kampung yang datang membantu memasak juadah utk kenduri.Berehat sekejap then aku di beri AR utk mengambil laksa yang ditempah utk dijadikan juadah sampingan nanti. Sue dengan 2 orang kakak aku ikut sekali sebab aku tak tau tempat tu. Anak2 semua tak ikut sebab syok jumpa dgn sepupu mereka.Dalam setengah jam sampai kat lokasi yang dituju, impressed aku dgn apa yang aku nampak....satu perusahaan kampung yang telah berjaya di tranformasi ke satu dimensi yang baru.Mulanya aku menjangkakan kedai laksa biasa yang banyak terdapat di Kedah ni rupanya sangkaan aku meleset, makcik ni dah 20 tahun involved dlm perniagaan membuat dan menjual laksa, dari membuat laksa secara manual kini semuanya telah dimudahkan dengan menggunakan mesin. pulak tu siap ada banggunan menempatkan semua kelengkapan membuat laksa dan dapur untuk memasak kuah laksa di banggunan khas dibelaknag rumah beliau...Aku minta kebenaran dari makcik tu untuk mengambil gambar. Terkasima aku dgn apa yang aku nampak..! Kerja keras makcik ni selama hampir 20 tahun terbalas dengan apa yang beliau ada hari ini. Aku akan datang lagi kesitu janji aku pada makcik tu.Aku rasa cukup berminat untuk tahu lebih banyak nengenai beliau dan perniagaannya. Kami pon tak blh lama dah coz tetamu dijemput jam 12 tengahari. On the way balik singgah Pasaraya Kawang untuk beli utensils, sampai kat rumah jemputan dari Masjid sedang mengaminkan doa dah pon.By 1245 semua tetamu di hidangkan dengan santapan tengahari bermenukan - Kari Daging + internal organ, masak kicap ikan merah, kerabu taugeh+ perut lembu; ulam-ulaman bersama dgn sambal belancan dan agar-agar & rambutan sebagai pencuci mulut dan tak ketinggalan Laksa sebagai side menu utk kenduri ni. Menu yang agak mewah jugak, dan sudah pasti memenuhi selera aku dan tetamu jemputan. Tetamu bertali arus datang menjamu selera, petang kak aku masak satu lagi menu tambahan iaitu kari kepala ikan memandangkan ada satu lagi group yang akan datang petang hari. Memandangkan aku dgn Sue sampai paling lewat hari ni kat Jerlun so kami berdua membodek kakak-kakak dgn menyuci pinggan-mangkuk, periuk-belanga yang telah digunakan, sampai naik kecut main dengan ayaq...settle semua yang tu pi buang sampah sat kat tempat buang sampah, jam dah dekat pukul 730pm dah. Sue siapkan semua brg2 dan aku siapkan anak-anak. Lepas solat maghrib around 830pm kami meninggalkan Jerlun. Anak2 semua keletihan, tak dan nak sampai Alor Setaq, ketiga-tiga dibuai mimpi indah dah. Highway agak sibuk pulak mlm ni, ramai gak org balik kampung rasanya ni.Macam nak raya la pulak...! 1030 pm sampai Kulim Perdana, angkat bdk2 masuk bilik dan kemaskan semua barang-barang terus masuk ke bed. Esok ajerlah selesaikan, letih sangat dah ni.

Perfumes

Murah sungguh rezeki sebulan dua ni..bertambah lagi collection perfumes aku... bulan lepas dapat satu dari EON Bank masa depa mai buat promotion kat Kulim Perdana, satu perfume brand ESCADA atas kapasiti aku sebagai Presiden Persatuan Penduduk. 2 hari lepas memba baik aku yang merupakan seorang NAVY helikopter pilot baru balik dari US, bagi buah tangan juga perfume - hat ni brand GUESS, hari tu masa pi Europe aku beli satu jenama PLAYBOY...not bad laaa...dapat 3 dlm masa 3 bulan..Terima kasih aih utk semua yg dok bagi perfume kat aku. Lain kali kalau sapa2 yang travel lagi, belilah lagi perfume utk aku...Hehehehehe