Wednesday, April 14, 2010

14042010 - Trier

Routine hari ni agak berubah dan sedikit santai, seperti yang diplan dgn instructor aku, lepas class kami ke Trier, it was amazing..! diluar jangkaan aku.Pada awalnya aku ingat pekan ni pon pekan cowboy juga, rupa2nya sebaliknya. Trier merupakan sempadan Germany dgn Luxembourg. Pekan yang sepuluh kali ganda besar dan maju berbanding Prum tempat yang aku tinggal sekarang ni. Seperti pekan-pekan kat Europe yang lain, Trier juga banyak tinggalan sejarah dan salah satu object yang mendapat pengikhtirafan UNESCO World Heritage Site pada tahun 1986 adalah satu banggunan Roman tertua di Germany. Dibawah adalah banggunan yang aku maksudkan.Pada masa dahulu banggunan ini merupakan pintu masuk kepada bandar atau kerajaan Roman di Germany. Strukturnya masih kukuh sehingga hari ini dan ianya menjadi tumpuan kepada sesiapa yang datang ke Trier. Kebanyakkan pembanggunan di Trier berpusat dikawasan ini dan menjadi nadi kepada bandar Trier. Deretan kedai2 dan supermarket berjenama antarabangsa dapat diperolehi disini.
Kami sempat explore beberapa kedai2 dan supermarket di kawasan ini memandangkan most of the shops cuma beroperasi sehingga jam 800pm,kami ke satu sepermarket sbb mamat Costa Rica tu nak beli extension usb cable and pen drive. Pelbagai barangan berjenama mahupun yang kurang berjenama terdapat disini dan harga pon nampaknya dalam kemampuan untuk nak spend. Banyak barangan yang mendapat tumpuan aku tapi memandangkan masa yang agak terhad hari ni maka aku just survey dulu. Esok lepas class kami akan datang sekali lagi kesini utk bershopping. Banyak fast foods restoren ada kat sini dan ada kedai Kebab yang halal dan satu restoren tu namanya NordFish menjual semua menu berasaskan Fish. Jadi untuk nak makan dah tak jadi masalah, so hari ni kami plan dinner kat sini. Ada beberapa option yang boleh dipilih and finally kami decided utk makan Kebab. Kawan aku tu bawa ke satu Restoren Turkish yang menjual Kebab, harga pon tak lah berapa mahal sangat, sebab aku kemaruk sangat nak makan kat luaq maka aku order satu menu yang paling mahal...tu pun baru EUR8.00 dan tambah dgn a cup of Coffee lagi EUR1.50 jadi total tak sampai EUR10.00 aku spend utk dinner aku malam ni. Superb dinner sepanjang aku berda di Europe ni..!
Lapas dinner kami sambung ronda2 sekitar pusat pusat perniagaan ni dan kebanyaakannya dah start nak tutup kedai dah, dasar pemalas mmg mcm tu kut...! depa tak kisah ada orang lagi kaa, cukup time jer terus tutup pintu. Around 8pm kami bertolak balik,kalau masa mai tadi aku yang drive so masa balik ni memba aku merangkap instructor aku ni iaitu Manual Mata orang Costa Rica yang drive pulak, dapat gak aku menikmati scenary indah sepanjang laluan balik coz dia bawa ikut laluan lain. Masa mai tadi aku guna Autoban tapi masa balik dia guna jln belakang, jalan yang aku guna masa nak ke Luxembourg minggu lepas. Kawan2 aku yang lain tu macam biasa la tak dan 15 minutes dok dlm kheta semua hanyut dibuang mimpi indah, end up tinggal aku seorg nak layan instructor aku, mcm2 bab yg kami borak. Dia dok cerita mcm mana masa mula2 dia kerja kat Germany ni dan serba sedikit tentang negara Costa Rica. 900pm kami sampai semula kat Grohmann utuk drop dia dan seorang lagi FSE dari Cengdu yang ikut kami then aku terus drive balik ke hotel, 915pm sampai hotel, tak mandi dah sbb dah lewat, solat dan berinternet sekejap. Malam ni kena tiduq awai sbb agak keletihan dan esok aku akan sekali lagi ke Trier untuk bershopping....Yeeehaaaa...!!!!Cukup untuk hari ni,aku nak sambung berinternet hal2 politik Malaysia sekejap dan lepas tu aku nak ZZZZZZZZzzzzzzzzzzz.

No comments:

Post a Comment