Saturday, April 24, 2010

2404210 - Sayonara Prum and Red Light District

Seawal 630am aku dah mula kemaskan luggages aku, pindah kereta dari car park ke depan lobby hotel coz senang untuk nak load barang2 aku yang menimbum.9am siap sedia untuk berlepas selepas selesai breakfast utk kali terakhir kat hotel and make payment to hotel. MPV mercedes aku menyusuri jalan2 di Prum untuk kali terakhir, hanya takdir sahaja yang akan menentukan samada aku akan kembali kesini. Pekan yang mengabdikan seribu satu kenangan pahit dan manis sepanjang aku di Europe ini. Destinasi aku seterusnya adalah Amsterdam, dengan jarak lebih kurang 400km dari Prum, mengambil masa lebih kurang 4 jam dgn pemanduan santai. Perjalanan ke Amsterdam agak selesa pagi ni disebabkan tak banyak laluan yang ditutup. 10am kami melepasi sempadan Belgium dan 11am Mercedes Benz MPV 7 seaters yang penuh dgn muatan melintasi sempadan Netherlands/Holland/Belanda. Dalam banyak2 negara Europe yang aku pi Netherlands yang aku paling suka dan pada mata aku negara yang berada diparas laut ni penuh dengan kehijauan dan sedap mata memandang, menyusuri highway A2 dgn jalan yang baik dan tanpa toll kami meneruskan perjalanan untuk ke Amsterdam. Lebih kurang jam 130pm terpacak depan Novotel Hotel Amsterdam untuk check in ..Wowww...boleh tahan jugak rate hotel ni...EUR219 excluding tax and breakfast..!!! Expensive tu bro...mengalahkan hotel kat Paris..!!! Apa pun nak buat macam mana, dah sampai dah-cuba juga tanya Holiday Inn sebelah Novotel, tapi fully booked...Apa boleh buat...check in ajer lah..Aku heran betul lah dgn orang2 kulit putih kat Europe ni, lebih2 lagi yang boleh berkomunikasi dlm English, depa dok rasa depa tu hebat sangat kut..!Lebih2 lagi bila berurusan dgn kulit sawo matang macam aku ni..!Dia tak tau kata ni Jerlun punya Mariii...! Seorang mamat kulit putih kat front desk ni yang buat registration kat aku memandangkan semua yang aweks punya dah ada customer.Aku hangin sungguh dengan gang kulit putih kat sini,hari tu masa sembang dgn instructor aku, MATA dia pon bagi tau benda yang sama, dia orang ni jenis yang dok perasan kata mereka yang jer yang terbaik dan terpandai dalam segala hal..! Mamat english kat front desk ni pon jenis species macam tu lah walaupun cuma dok register orang nak check in ajer, menyombong bukan main..! Dia boleh layan tak layan jer aku and seorang lagi member aku YS Chan.Tak dak customer oriented langsung..!!! alah, setakat kerja kat kaunter sambil berdiri tak yah sombong dengan aku ler, aku siap menyumpah lagi, tapi dalam bahasa melayu laa, memba aku tu tergelak sampai keluar air mata dengaq aku dok menyumpah,aku boleh rasakan yang dia pun faham yang aku tak puas hati dgn dia dari bahasa badan aku..!! Lepas amik bilik kami ke kereta untuk mengambil barang, aku cuma bawa turun beg plastic 2 beg sekadar pakaian dan makanan, yang hat lain2 simpan dlm kereta la sbb semua dah siap pack, dok tunggu nak fly jer.Perasaan tak puas hati kat mamat front desk tu belum reda lagi, aku perlu lakukan sesuatu,so -masa nak naik lift utk kebilik, lift hotel tu jenis yang kena insert room card baru lift buka, so aku buat tak tau nak guna, alang2 dia dok peleceh aku biar aku peleceh dia cara aku pulak. Aku panggil dia untuk tunjukkan macam mana nak gunakan lift tu so dia tak dak pilihan untuk mai entertain aku, padan muka..!!! belagak sangat..!bukan cerdik sangat pun....nak repair printer stuck pon terhegeh2 nak sombong dgn aku yang dok jaga mesin puluh juta ni..!!!Naik hotel terus masak nasi dgn pack brahim, lepas jer makan perut pon dah padat so masa utk explore Amsterdam, distinasi pertama yang nak pi tentulah lokasi utama pelancong bila ke Amsterdam....Red Light District, tak perlulah aku nak cerita panjang lebar apa yang ada kat sini, kalau nak tau details cari sendiri ler kat Lebai Goggle..! Bertolak dari Novotel dgn kereta ke town hall, lebih kurang 15 minutes drive masuk ke town, mak oiiii...ramainyer orang, dengan laluan tram ditengah jalan, pejalan kaki dikiri-kanan jalan, penganyuh basikal bersimpang-siur juga dikiri dan kanan jalan...sibuk,ramai, sesak, rimas, seronok,cantik,rushing, rakus dan pelbagai kerenah dapat dilihat. Mulanya aku agak heran kemana arah mereka semua ni..Confuse..!Aku parking kereta di lot parking bersebelahan dgn laluan air/sungai Amsterdam, aku pon tak tau tempat tu berbayar ke tak, nampak ler meter berbayar dihujung tapak parking tapi tak dak instruction in English pulak, aku pon tak tau kena bayar ke tak, end up aku decided tak yah bayar..! Menapak dari situ ke central-menarik sekali dgn cuaca yang baik mengusur dan satu venue ke satu venue berpandukan city map yang aku ambik kat hotel tadi.Singgah ke kedai souvenir untuk membeli serba sedikit untuk personel collection dan utk kawan.Barulah aku mengerti kini kenapa dan mengapa ramai sangat orang kat sini dan baru aku faham kenapa lokasi ini dinamakan RED LIGHT DISTRICT..!!! hehehehehe...memang Syurga Dunia,tak ubah seperti di Hatyai cuma disini lebih sempoi lagi bila ganja atau marijuana bebas di isap dikhalayak ramai, Kalau penyanyi Saleem dan Jamal Abdillah mesti suka kalau mai kat sini..!Kota yang Lengkap dgn keseronakkan dunia...aku labelkan sebagai Kota 7 Pembinasa..!! Lenguh dan letih seluruh anggota menyusuri kota 7 pembinasa ini.Aku nak kena dinner dulu sebelum balik ke hotel, singgah ke satu kedai menjual kebab dan pizza yang ada perkataan halal, pekena sebijik Doner Kebab dgn sebotol mineral water terbang EUR10, perut kenyang terus menapak semula ke kereta, tengok kat viper ada satu notice, belek punya belek.....rupanya ticket dari unit penguatkuasa parking...buta jer kena summon EUR59 sebab tak bayar parking...huhuhuhu..mungkin kena sumpahan mamat english front desk pagi tadi tu kut...!!!On the way balik singgah ke Hard Rock Hotel Amsterdam untuk membeli collection T-Shirt untuk aku dgn wife dan terus proceed ke hotel, letih sangat selepas drive hampir 400km then menapak tawaf kota 7 pembinasa-Red Light District. Sampai kat hotel, makan maggie lagi sebungkus dan bersihkan apa yang patut dan tidur dibuai mimpi indah...Red Light District..!!!

No comments:

Post a Comment