Thursday, April 22, 2010

22042010 - Penangan Coconut Milk @ Thai Seafood

Dalam keadaan perut aku yang masih lagi dok cirit-birit ni, petang semalam dinner kat Thai Seafood pulak, so expected la kalau hari ni pon cirit lagi...malam tadi tidur nyenyak betul, bangun pagi ni rasa segar jer. Malam tadi lepas jer call wife terus layan tiduq,nak berinternet tak dapat coz kat hotel ni internet dia daily basis so aku kena ambil access dia tiap2 hari lepas aku balik dari Grohmann tapi memandangkan mlm tadi balik lewat, front desk dah tutup dah even main door pon dah tutup kami semua telah diberi satu kunci untuk main door since day one kami check in kat sini coz dia punya main door close at 10pm. So, malam tadi first time kami balik after 10pm. Pagi ni bangun terus ambik breakfast kat hotel, ramai pulak pagi ni guess kat hotel ni hinggakan telur rebus pon habis, tak pernah sebelum ni telur rebus habis..! Aku ni tiap2 hari makan telur rebus, so faham2 jer lah..kalau aku lepaskan angin...peeehhhh...aku sendiri pon tak tahan aroma nyer....menyusuk kelubang hidung hingga ke kerongkong..! Perit bro....tapi apa boleh buat kan...!!! Itu jer antara yang aku boleh makan, dah ler breakfast makan teluq, dinner aku pon lately ni telur dah dikira sebagai menu wajib selain dari instant pack Brahim. ..Hehehehe...Kalau dok kat KM5, memba aku Azilan la yang paling kentut busuk....tapi kalau ada tool yang blh measure kebusukan kentut, tentu aku menang kalu bertanding buat masa lani...Padam muka memba2 aku yang selalu tiduq masa aku drive....Aku selalu lepas kalau depa tidur masa aku drive, bagi depa sedut seorang sikit, cuma masa aku keluar dgn instructor aku jer aku agak bersopan sikit sebab aku segan dgn dia, kalau dgn 3 orang lagi memba aku kat sini, dah magli dah dgn bau kentut aku...hehehehehe..habis cerita kentut, ni cerita cirit pulak...entry ni aku nak cerita bab kentut dgn cirit jer..!! aku nasihatkan kalau belum makan lagi tolong jangan habiskan article ni..
Lepas breakfast kat hotel tadi aku dah ke toilet sekali, sampai kat Grohmann dia dok mai pulak dah..cuba nak tahan pun dah tak blh terpaksa gak pi mengadap toilet yang aku tak suka tu,jiran sebelah aku bukan main sempoi lagi dok tembak, bertali arus jer...bunyi pulak mengalahkan mesingan..! Aku pon tak boleh biar la kalau dah macam tu gayanya, sekali aku bagi yang cirit punya....nah kau....terdiam yang kat sebelah tu...siap ada echo lagi..hehehe...baru dia tau penangan Coconut Milk macam mana...!!Tisu sebungkus pon tak blh nak cover..! Lepas tu aku pi breakfast kat Grohmann sekali lagi...lepas jer breakfast dia mai pulak dah...! tak dan nak kata apa aih...kena pi sekali lagi..!!! Letih ler kalu macam ni..! Lepas tu aku cuba dok tahan sampai lunch time, hari ni training agak santai sikit coz more to software jadi byk kena mengadap PC jer lah. Lunch time sekali lagi aku minta excuse untuk balik ke hotel dgn alasan yang sama seperti semalam. 2 orang kawan aku Rahman & Pak Ya ikut sekali, kami siap masak nasik, goreng telur, sambal telur dan serunding daging...selesai seperiuk nasi..! Kenyang sungguh aih...2,3 hari ni lunch & dinner tiap2 kali ambik nasi..! Petang ni instructor aku ajak makan kat satu lagi Vietnamase Restaurant kat Prum, dia kata kat situ ada seafood, so lepas Class kami plan nak dinner kat sana la. Lepas lunch kami kembali ke Grohmann-bateri handphone aku habis terus, aku pulak lepas balik dari hotel tadi terus jer ke training room langsung terlupa nak call depa, kesian anak2 aku dok tunggu call aku..! 2nd half training pon agak santai, mode nak cepat2 habiskan training jelas terpancar kepada kami semua. Instructor aku kata kami adalah group yang paling sempoi sepanjang dia dok conduct training sebelum ni dari Intel Worldwide, dah la semua cerdik2,handsome dan cakap banyak pulak tu....! hehehehe - dia rasa macam ada chemistry antara kami, sebab tu dia suka sangat spend masa bersama kami malah siap offer untuk drive kalau kami mahu kemana-mana. Dia pon agak sibuk sikit hari ni coz esok dia pon nak fly ke Spain memandangkan kami semua dah nak meninggalkan Prum dah...sedih juga lorrr....,walaupun rasa teransing sangat sebelum ni tapi bila semua dah dapat sesuaikan diri ditambah pulak dengan instructor pon sempoi...syahdu ler jugak nak tinggalkan Grohmann and Prum esok ni. Class habis jam 430pm dan dia janji nak jumpa kat Hotel pukul 6pm untuk dinner bersama dgn kami. Dah balik awal kami singgah hypermarket REWE yang bersebelahan dgn Grohmann untuk membeli apa2 lagi barangan untuk family. Aku masih belum beli lagi mainan yang anak2 aku pesan, yang sulung nak Remote Control Car, daughter aku pulak nak Barbie doll yang ada bath tub dan hero bongsu aku nak scooter...Peeehhhhh...expensive semua tu kalu kat sini, disebabkan tak mau mengecewakan depa semua,terpaksa ler jugak pejam mata utk beli kesemua tu....balik ni mau kena makan maggie sekurang2nya sebulan ni...! Cuma jumpa 2 dari 3 barang yang depa pesan, remote control tak dak pulak kat Rewe, hari tu dah nampak tak beli sebab ingat nak survey dulu, alih2 dah tak dak pulak kat rack dia..ada orang lain yang beli ler tu..! Barbie doll EUR27.50 , Scooter EUR20 dan misc total kopak gak EUR100 lagi petang ni..!!!! Balik kat hotel dah dekat 6pm, shower and tukar pakaian-bawa seluar 3 helai jer, asyik dok ulang yang tu ajer lah, bau pon dah naik tungkit dah, baru basuh sekali sepanjang berda disini-nasib baik ler cuaca sejuk, tak ler busuk sangat..! Aku bawa seluar pendik jean 2 helai, nak pakai tak blh sbb sejuk tapi petang ni aku nak try gak pakai seluar pendik.Turun kat lobby, informed fornt desk sabtu morning nak check out, suruh dia sediakan bill siap2, then sementara dok tunggu Mata sampai pekena Ais Cream kat Kedai sebelah hotel aku ni, dah lama dah dok teringin sbb dok tengok ramai orang dok singgah beli kat situ, nama kedai dia Eis Cafe Stella D'ora, sedap ais cream dia sesedap nama kedai dia..! 610pm Mata sampai, terus kami ke restaurant tu, working distance jer dari hotel aku.Menu aku petang ni - Gebratene Gerlenen Vietnam - Art, kalu di translate kan kepada bahasa melayu jadi Udang masak bersama vege ala Vietnam. Kalau kat Malaysia dok tengok gang2 Vietnam dok kayuh basikal sambil pakai topi putih yang besar ramai2 masa balik kerja, aku selalu dok menyumpah,nah aih...awat tak ambik...mai sini makanan depa yang aku dok mengadap hari ni. Aku berkeyakinan penuh yang menu aku hari ni bersih, suci dan halal. Tiada yang meragukan sebab Vietnamase yang kat Malaysia dengan yang kat sini berbeza maaa...Yang kat Malaysia tak tau cakap Deutch...tapi yang kat sini blh cakap Deutch...Aku dok belik juga menu tak jumpa pulak menu berasaskan kucing ataupun anjing...! heheheheNot bad...kami semua amik menu yang sama kecuali Mata, dia order menu berasaskan Itik dan vege.Pekena dengan secawan coffee, lepas makan sembang2 sampai pukul 830pm. Mata bayar untuk dinner malam ni. Lepas makan kami kembali ke hotel, Rahman dgn Pak Ya terus kebilik sebab sejuk sangat kata depa. Aku, Yoke See and Mata singgah sekali lagi kat kedai Ais Cream yang aku beli tadi tu dan pekena seorang 2 scope lagi, lepak kat depan hotel sambil borak2 sampai jam 9pm. Aku sejuk nak mampuih dok lepak dengan seluar pendik dalam keadaan cuaca 7 degree...!!! Kembali ke bilik, kemas2 barang yang akan dibawa balik...Pehhhh- nak buat macam mana ni..? Barang2 aku dah tak cukup muat dah dgn beg2 yang aku bawa, kacau ni kalu macam ni....nak kena tumpang kawan2 juga ler rasanya. Dok nampak gaya macam dah nak kena bayar lebih untuk extra weight ni..!

No comments:

Post a Comment