Saturday, April 10, 2010

10042010 - Germany-Belgium-Netherlands

Seperti yang aku jangkakan, pukui 2pm baru Hertz mai hantaq kereta kat aku, aku pun malas nak complain lebih2 memandangkan memang spieces depa ni malas kalau weekend, so pada aku asalkan dapat replacement kira ok la tu. Tapi masalah ke-2 pulak, kereta utk full size habis yang ada kat depa lani 2 bijik ajer,sebijik tu compact size..jenis Ford Focus-tapi transmission manual and tak dak GPS dan yg ke-2 - mini Van tempat kita panggil MPV jenis Mercedes Viano 7 seaters. Yang ni Auto Transmission and ada GPS, so nak tak nak aku terpaksa ambik yang ni jugak buat sementera waktu ni walaupun tiada keperluan untuk nak menggunakannya. Selepas settle semua documents depa amik Jaguar aku dan ganti dengan yang kat atas ni, maka mulai hari ni jadilah aku seperti driver Shuttle Intel...! Lepas amik kereta mandi dan aku nak keluar ke Factory Outlet Center, tempat ni Instructor aku yang bagi tau kalau nak shopping. Memandangkan banyak benda yang aku rasa aku perlu beli utk family aku maka ada decided untuk habiskan hari ni dengan pi kesana.
Jarak perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam dan akan melintasi 3 buah negara iaitu Germany, Beligum dan Netherlands. Cukup menarik untuk explore sbb blh melintasi 3 negara hanya dalam masa 2 jam. 300pm bertolak dari Prum and expected to sampai sana 5pm coz Outlets tutup at 7pm. They open 363 hari setahun, off 2 days only for Christmas & New Years, makna kata yang berkerja kat sini boleh dikatakan rajin la tak seperti european people kat tempat lain..!
Kalau sebelum ni aku berlagak dgn Jaguar siap dgn sport rim 19 inches tayar 245 /40, nah sekarang amik kau...macam driver bas mini dah...!!! Awal pemanduan agak kekok ditambah pulak dgn GPS dia langsung berlainan dari Jaguar dulu, tetapi lepas setengah jam drive aku dah dapat sesuaikan dgn jentera baru aku ni. Lebih kurang setengah jam perjalanan, kami melepas LIEGE sempadan antara Germany dan Belgium, kat sini la tayar jaguar pecah baru ni.Cantik LIEGE sbb located disepanjang sungai yang lebar dan besar. Kemudian kami memasuki BELGIUM, teruskan perjalanan lebih kurang setengah jam lagi kami memasuki sempadan negara dibawah paras laut iaitu Netherlands. Negara ni lagi cantik jika dibandingkan dgn Germany & Belgium. Memang Holland/Netherlands/Belanda ni menjadi salah satu tempat yang aku plan akan melawat, kemana lagi kalau bukan ke Amsterdam, tapi bukan hari ni la..mungkin minggu depan atau minggu sekali lagi kut. Untuk hari ni aku akan Roermand dimana terletaknya Factory Outlets.Seperti yang dijangkakan around 5pm kami sampai ke destinasi yang di plan.
http://www.designer-outlet-roermond.com/
Huge Factory Outlets, macam2 international brands ada kat sini, naik rambang mata aku..! tapi harga tak seperti yang aku jangkakan, factory outlets kat United States lagi murah banyak kalau nak dibandingkan disini. Memandangkan dah datang ~200km maka aku beli ler juga serba sedikit untuk aku, wife dan anak2..Pejam mata dan cuba tak convert EUR dalam RM baru boleh beli kalau tak tak payah laaa,,,!! Memang mahal kalau ditukar ke RM.!
Selepas shopping lebih kurang kami meninggalkan Outlets dan ronda2 sekitar Roermond, masuk ke kampung2 kat Netherlands ni mmg teruja habis, teringat kat kampung laa bro...!!!Kami meneruskan perjalanan keluar dari Roermond untuk kembali ke Prum sebab esok pagi plan untuk nak kesebuah lagi negara Europe - LUXEMBOURG


Cantik rumah-rumah kat Netherlands.
R and R HighwayKeretapi ni melintasi seluruh benua Europe.
Lebih kurang jam 9pm selamat sampai kat hotel, rehat sekejap, masak nasi-menu malam ni sambal bilis and serunding daging, kemudian berinternet sekejap dan terus ZZZZZZZZZZZZzzzzzzzzzzz.

No comments:

Post a Comment