Sunday, April 11, 2010

11042010 - Luxembourg

Hari minggu di Prum ni membuatkan jiwa menjadi lebih parah,dah la duduk kat pendalaman ditambah dgn sifat european yang malas pada hujung minggu menjadikan pekan koboi ni menjadi semakin sunyi dan sepi, sesepi hati dan perasaan aku.!Jangan kata supermarket, petrol pam pun turut tutup..! Aku perlu keluar dari pekan koboi ni walau apa cara sekalipun,so pagi ni selepas breakfast dgn sehelai sepinggang kami meninggalkan Prum untuk kesebuah lagi negara di Europe ni bersempadan dgn Germany iaitu Luxembourg, tak seperti tempat2 lain yang aku plan akan kunjungi, kebiasaannya kau akan sediakan plan dan places of interest tapi untuk Luxembourg ni aku tak buat semua tu, mungkin frust kut sbb sepatutnya minggu ni berada di Paris, France.Apa pun weekend aku perlu juga keluar dari Prum walaupun sekejap. Luxembourg terletak lebih kurang 110km dan mengambil masa lebih kurang sejam jer untuk sampai. Tapi disebabkan kesilapan setup GPS pada awalnya, membawa kami ke lokasi pertanian di selatan Germany yang aku pon tak tau apa nama tempatnya, menyedari kesilapan laluan kami berhenti utk setup semula GPS dan rupanya dah terlajak hampir 50km,walaupun tersesat tapi masih sempat singgah satu Wild park yang aku tengok mcm tak dak apa binatang pun..! Punya ler sejuk kawasan ni sbb berada di elevation yang agak tinggi. Kami meneruskan perjalanan ke Trier sempadan antara Germany dan Luxembourg, lebih kurang jam 1100am kami memasuki Negara Luxembourg, destinasi yang dituju adalah capital city Luxembourg yang nama dia juga Luxembourg, ambil masa lebih kurang 40min untuk sampai ke town hall dia. Luxembourg ni berada pada elevation yang agak tinggi maka cuaca dia pon sejuk,masa kami sampai walaupun dah tengahari tapi masih lagi sejuk, nasib baik bawa semua glove & snow cap. Walaupun sejuk di Luxembourg hari ni tapi ada sinaran matahari, boleh la juga memanaskan badan. Menarik juga town dia, tak ubah seperti Brussels banyak banggunan2 sejarah yang dikekalkan, kami terus ke Tourist Center untuk mendapat maklumat2 Places of Interest, kat sini semua tempat2 menarik tertumpu dibahagian town dia ajer,so senang la-kebanyakkkannya walking distances so Parking kereta dah kami keluar jalan2 ke lokasi2 menarik disekitar Luxembourg.
Over acting...!TulipAku acah dia macam2 nak bagi dia cakap atau gelak....tapi dia boleh buat bodoh jer..!!! Pusing2 jumpa Mc D, terus jadi lapaq-sebab plan hari ni utk pulang semula ke Prum maka kami semua tak bawa bekalan makanan. Jadi Lunch hari ni pekena Mc Fish & Chip. Terasa dekat dengan kampung jer walaupun makan Mc D, kat Prum semua2 ni mana nak ada.! Kulim lagi maju sebab sekurang2nya semua fast food ada kat sana. Lepas lunch kami meneruskan pusing2 mencari destinasi tumpuan pelancong. Then end of the day terasa macam nak tercabut tempurung lutut aku. Dalam pukul 4pm kami meninggalkan Luxembourg, macam biasa aku akan jadi supir untuk kawan2 aku, yang anginnya lepas 15min perjalanan aku tak perlu ON kan stereo kereta sebab sound system depa tiga orang mengiringi perjalanan aku sehingga ke Prum..Hampeehhh betul..! Sampai Prum, pekena maggie sebungkus sebelum menunggu nasi aku masak. Dan seperti biasa juga, aku menunggu panggilan phone dari wife dan anak2 aku untuk mengurangkan kerinduan aku kepada mereka. Baru la bermotivasi kembali selepas dengar suara kesemua anak2 dan wife aku. Selesai makan malam, berinternet sekejap dan perlu tidur awal hari ni coz esok aku akan kembali ke Grohmann untuk minggu ke-2 training aku.
Pink Tulip for loving heart .....Sue'z

Facebook aku untuk gambar2 lain - Zulls Yaacob

No comments:

Post a Comment