Sunday, July 5, 2009

Aku, MTB & Blog

Agak lama masa aku ambil untuk mengupdate blog aku, kalau nak claim kata sibuk, org lain pun mcm aku jugak..! dikurniakan 24jam sehari semalam, tapi dapat melangsaikan segara urusan timely..Aku..? Yang ni aku kena akui...penyakit keturunan agaknya..suka menangguh.Dari segala hal dalam pengurusan masa aku mmg failed.! Tabiat suka menangguh ni byk mendatangkan pelbagai kesukaran dlm kehidupan aku, walaupun menyedari akan hakikatnya tapi...! Mungkin dah sebati dlm batang tubuh aku agaknya. Bil electrik tertangguh sehingga 4 bulan, nyaris2 dipotong bekalan.Ada member yg tanya, sekarangkan zaman technology,semua blh disettlekan dihujung jari saja..Yes..mmg betul, tapi kalau dah menjadi saka dlm tubuh badan ni, benda sebegitu pon tak blh nak diuruskan.! Full stop.!
Bertitik tolak dari hari ini, aku akan lakukan anjakan pradigma, berubah untuk kebaikan. Resolusi aku utk 2010 - nak buat saka bertangguh ni dari batang tubuh aku ..! Berjaya ker tak...kita tunggu dan lihat.!



Itu satu hal, satu lagi bab MTB and Blog memBlog ni...aku ceburi dunia MTB ni bila terikut2 dgn memba2 taman aku...konon2 nak beriadah dan exercise ler...selepas seorg demi seorg kwn2 taman aku pakat dok beli, one day tu aku pon pi la angkat sebijik kat kedai Din, rega pon tak ler mahai sgt, dlm RM1400 jer kut, dari beriadah terus setup satu team kat tmn aku ni, dah berteam tu tentu la nak update activities maka aku terjerumus pulak dlm dunia blogger ni. Pantang pi kayuh macam tak dan2 nak update, alih2 selepas satu momentum besaq berlaku dlm team kami, aku dan gang2 yg kononnya "Mat Kacau" digugurkan dgn cara yg sgt tidak profesional...sebagai manusia aku amat terluka berada dlm situasi tersebut, tapi apa blh buat..kalau dah nama meLAYU ni...mmg dah genetic mcm tumalaih aih aku nak ingat2 lagi benda2 lepas yg menyakitkan..! Bertitik tolak dati situ aku setup team baru, kali ni dgn bdk2 sama tempat kerja...mungkin sbb antara kami dah saling kenal mengenali utk tempoh masa yg agak lama maka keserasian wujud, masing2 dah sedia maklum dgn peel dan perangai masing2, maka mudah utk kami utk bersama berkayuh, walaupun aku yg paling malas berkayuh tapi mcm biasa laa bab2 nak riuh rendah ni mmg portfolio aku ler...pastu rakan provokasi aku si Bob pon join sekali utk meriuhkan MTB dan tumpang jadi moderator utk blog kayuh kami, maka makin meriah ler activity depa dan blog kami..hehehe (http://www.gerek-kulim.blogspot.com/)

Friday, June 19, 2009

Friday, January 30, 2009

Kenangan Yang Menyesakkan - Suatu ketika di bumi Uncle SAM

Tuesday, June 6, 2006 2:54 PM
Assalamualaikum wbt,

i- Waktu aku kecik2 dulu kat kampung aku selalu ada wayang pacak,fun fair, wayang cina,wayang kulit dan joget lambak. Dalam semua2 shows kat atas yg paling menarik perhatian aku adalah fun fair. Walaupun aku ni phobia dgn benda2 yg pusin dan tinggi ni tapi aku tetap menunggu fun fair yg biasanya akan diadakan selepas musim menuai padi.Dui pusin, keretapi, ceduk anak itik dlm kolam,tauk gelang, cawan pusin, kuda royal (bukan royal albert ! ) adalah antara keseronokan fun fair dizaman aku dulu.

ii- Masih aku ingat lagi bila setiap kali nak election/tahun baru/merdeka ,Jabatan Penerangan aku masuk kampung aku buat wayang pacak. 2, 3 hari sebelum show van Jabatan Penerangan aku pusin satu kampung aku buat announcement tentang show yg akan ditayangkan.Biasanya cherita2 P.Ramlee atau pun Jin Shamsudin yg penuh dengan segala macam jenis ESOK tu menjadi tontonan kami sekampung. Cuma berbekalkan sekeping surat khabar untuk dijadikan alas duduk,bunyi bising generator dan hiruk piruk aku dan kawan2 aku berlari kesana sini bukan halangan kepada seisi kampung untuk berhibur sambil memakan kacang rebus dan jagung bakar.

iii- Cuti sekolah adalah time aku dgn kawan2 aku untuk meneroka alam dan manusia. Routine harian kami adalah mandi sungai, tangkap ikan (dari ikan karin sampai la ke ikan sepat benua,haruan dan keli). Sungai,paya, parit adalah umpama swimming pool bagi kami. Terjun tiruk dan kuak lentang antara skill yang aku gilap sejak zaman kanak2 aku lagi.
TAPI, itu semua cherita aku masa kecik2 dulu. Tak semua orang dapat menjalani kehidupan kampung yang macam aku ni. Aku pernah pasang angan2 dan bercita-cita masa aku kecik2 dulu nak jejak kaki aku ke obersee. Melalui cakap2 kawan aku yg pernah menonton television time tu aku amat teruja bila depa kata kat obersee ada "Fun Fair" yg jenis Macam-Macam Ada.!, ada Studio untuk buat filem2 hebat yang tentunya lebih hebat dari cherita2 wayang pacak yang pernah aku tonton dulu dan kata kawan2 aku jugak kat obersee ada kolam besaq yang ada pelbagai jenis ikan samada ikan dari sungai, laut dan macam2 lagi hidupan laut yang tak pernah aku tengok. Aku amat TERUJA sekali, naluri aku meronta2 untuk melihat kesemua benda2 tersebut, tapi aku sedar budak kampung macam aku ni, sejauh mana yang aku boleh pergi, nak ke Pekan Alor Setaq pon setahun sekali, tu pon mak bawa masa nak pi beli baju raya.!
Tapi tu dulu, cherita 30 tahun yang lalu,lani sapa sangka anak Jerlun yg cuma tahu fun fair, wayang pacak dan mandi sungai ni dah pon berada di obersee. Syukur alhamdulilallah, mainan perasaan aku masa kanak2 dulu dah menjadi REALITI.

Kesimpulan dari klausa2 cerita aku diatas adalah betapa KEMARUKnya aku nak pi ke Disneyland, Universal Studio dan Seaworld. Mungkin angan-angan mat jenin aku bisa direalisasikan.!