Sunday, April 18, 2010

18042010 : France - Lexembourg - Germany

Hari ke-2 di Kota Paris, sebelum berangkat pulang ada 2,3 venue lagi yang perlu di explore. Pagi ni breakfast dengan mushrom sup istant yang aku bawa, panaskan air masuk satu pack and siap untuk dimakan, cicah dgn biscuit jacob ...peehhhh sedap tu..sesedap roti sardin Pak Ya yang kat Lunas tuuu..! Habis 2 pack Jacob biscuit...cukup utk mengalas perut aku pagi ni.
Lepas jer breakfast terus check out dari Novotel, destinasi seterusnya adalah Hard Rock Cafe Paris, bukan nak pi minum atau layan live band tapi nak pi beli collection aku apa lagi kalau bukan T-Shirt, cuma beli untuk aku dgn wife jer, terbekenan dgn hat budak2 tapi mahal sangat ler kalu nak dibandingkan dgn kat tempat lain so cuma beli untuk aku dan wife ajer.
Dari Hard Rock Cafe terus drive ke Notre Dome, satu lagi monumen yang menjadi tumpuan pelancung bila ke Paris. Aku pun tak tau apa benda Notre Dome tu, tengok orang dok beratur ramai nak masuk ke situ aku pun ikut sekali,sekali masuk2 tengok Church depa la...terus aku keluar and lepak kat luar. Lama aku spend masa kat situ sambil tengok gelagat pelbagai jenis manusia. Kat luar Notre Dome tu ramai orang dok lepak dan dok meniaga pelbagai jenis barangan. Gang2 Bosnian yang dok minta sedekah tu pon ramai berkeliaran kat situ, aku menggunakan trick yang sama seperti masa kat Eiffel Tower semalam, tapi kali ni bila dia tanya aku...Speak English..? aku terus cakap...Kawe kecek kelate, dok pahe setabuk hame pom..!! Terus depa belah jer dari aku..Selamat..!!! Yang hat satu ni aku donate jugak sebab sekurang2nya dia berusaha, boleh dia pakai costume Firaun kut dan berdiri tegak kat atas tembok kat situ, mulanya aku ingat patung alih2 bila tengok orang ramai pakat dok boh duit dalam cawan yang dia sediakan dan bergambar dengan dia aku pun ikut sekali laa, aku bagi ler sikit balance2 coin yang ada dlm pocket aku. Kira Ok la juga cari rezeki macam tu dari terus meminta sedekah kat orang. Lepas puas melepakkat situ, aku menapak kat street area2 situ pi Souvenier stall,kat Paris ni yang paling banyak aku spend utk souvenier berbanding dgn tempat2 lain yang aku pi sebelum ni. Jam pon dah pukul 1pm so tibalah masa untuk meninggalkan Paris, kena bertolak awal sikit sebab aku nak sampai kat Prum sebelum malam dan sebelum tu nak singgah Trier jap untuk nak beli barang2 yang aku terbekenan masa aku pi minggu lepas. So, masa balik aku pilih route yang berlainan dari masa mai hari tu, kalau masa mai hari tu aku ikut Germany-Belgium-France tapi untuk balikaku pilih France-Luxembourg-Germany sebab Trier berada disempadan antara Lexembourg dan Germany. Jarak perjalanan lebih kurang sama jugak around 500km tapi 75% dari perjalanan melalui Private Highway yang dikenali sebagai A4, so kena toll laa..Toll yang perlu dibayar adalah EUR22.90 berbanding masa mai EUR13.00 dgn menggunakan Highway A1. Pertengahan perjalanan singgah RnR sat untuk isi minyak,masa mai dah isi EUR80.02 then masa balik kena lagi EUR80.06, cas sebatang dua sambil pekena kerepek ubi dan terus drive ke TrierLebih kurang pukul 6pm sampai kat Trier, perkara pertama yang buat adalah terus proceed ke kedai kebab, perut aku lapar giler dah ni..pekena kebab dgn Limon Tea.Frustrated betul la..lupa yang hari ni hari minggu..! Puak2 nazi ni mana mahu bisnes kalu weekend,depa dok kira nak party and bersantai jer,nampak gayanya aku kena datang semula ler kalu nak beli juga barang2 tersebut. So,jalan2 cuci mata jer laa, singgah kedai souvenier beli collection aku, aku ni dari dulu lagi bila pi satu2 tempat tu aku mesti beli 3 items collection aku iaitu magnet yang dok lekat kat peti sejuk tu, small glass and loceng perhiasan, so kat sini pun tak terkecuali dari membeli 3 barang tersebut. Lepas tu jalan2 tengok barang2 melalui cermin kedai ajer laa. Terberenti kat satu kedai ni....pehhhh...barang ni ker yang aku nak beli sangat tu...??? hehehehe...banyak ker duit aku..???? tak mungkin kut boleh beli...sbb banyak coin dari note..!!!
Orang2 kat Europe ni suka sangat makan ais scream, aku pon try ikut style depa gak, singgah beli ais scream 2 scope terus jalan pergi ke parking kereta. Teruskan perjalanan balik ke Prum, sampai kat Prum masih lagi terang benderang lebih kurang jam 830pm. Kemaskan barang2 yang dibeli dan makan maggie lagi sebungkus bersama dgn Ali Cafe. Berinternet dan call wife sekejap ten terus ZZZZZZzzzzzzzz..

No comments:

Post a Comment