Tuesday, April 6, 2010

07042010 - Day 2 Training

Alhamdulilallah, dah bertambah baik masa tiduq aku-,Malam tadi tidur jam 10pm dan bangun 5am pagi ni, dah back to normal. Cuaca pagi ni pun agak baik, kalau pagi semalam -2C tapi pagi ni dah jadi 2C, hari ni agak santai sikit coz class start at 830am. Selepas register terus ke trgn room dan seperti semalam jugak, kami disediakan dgn welcome drink and cracker. Baguih sungguh secretary Mr Grohmann ni, semua persediaan dari badge, trgn room, trgn material, F&B and etc well prepared. Patutpun Mr Grohmann sayang kat dia...! Selepas ambik a cup of coffee aku akan buat panggilan utk my wife Sue and anak2 , timing pon cantik time ni coz dia baru balik lunch, around 2pm time Malaysia dan anak2 pun dah balik dari sekolah. Disebabkan call free so tak kisah la kalau nak cakap lama2 sikit pon..!! hehehe save budget, blh guna utk nak pi Paris hujung minggu. Traning hari ni agak santai kalau nak berbanding dgn hari semalam. Jam 10am pi coffee break sekali lagi. Makan sebijik bun, coffee and sekotak milo then cas sebatang dua, sambung trgn pukul 1230pm sekali stop utk Lunch, tak banyak pilihan untuk aku nak makan. Nampak gayanya tiap2 hari kena makan makanan vege ajelah aku.Tapi yang bestnya semua yg kat aku sebut kat atas tu FREE, so disebabkan aku tak berapa lalu nak makan makanan depa yang tah apa2 tu, maka aku akan ambil coklat bar, buah, susu, milo dan disebabkan ianhya terlalu banyak maka aku akan bawa balik ke hotel...hehehe sekali lagi tindakan bijak utk nak save money utk spend kat Paris nanti. Asean culture maaaa...memang macam ni pon....!By end of the day, back pack aku penuh dgn stock makanan free yg Grohmann provide utk kami...!Cuba bayangkan yang kat atas ni cuma untuk hari ni jer, mau penuh bilik aku kalau tiap2 hari aku bawa balik macam yang kat atas. Class habis jam 530pm hari ni.Kat depan Grohmann Engineering ni ada kilang CLASS, jenama yang sebelum ni aku dok tengok kat mesin padi kat Jerlun tu, kat sini rupanya yang depa buat,dari luar pagar aku nampak pelbagai jenis jentera yang pelik2. Kalau tengok kat anak2 aku mau disuruhnya aku beli seorang sebijik ni...!Lepas tu bertolak balik dr Grohmann and singgah 2 supermarket sekitar Pekan Prum, cuci mata jer-satu barang pon tak beli. Survey dulu la kut2 jumpa benda2 yang berkenan utk nak beli bawa balik nanti. Pusing2 jumpa satu kedai jual bicycle, pehh punya la besaq store dia, macam2 jenis ada dari klasik sampai kan yg hi-end. Bicyle and MTB ni mmg menjadi kegemaran org2 Germany. Borak dgn owner dia, dia habaq kata PRUM ni mmg bentuk geografi dia amat digemari pengemar bicyle utk datang berkayuh disini, especially weekend ramai orang2 luar dari Prum akan datang kesini utk berkayuh. Pelik aku, pada aku tak dak la menarik sangat pon, kalu depa pi Jerlun lagi depa impress agaknya...!!!Aku dok tengok plag kat bawah ni depa lekat kat entrance hotel aku, tulisan Deutchland mana aku nak faham, tak puas hati aku tanya mak salleh yg dok kat customer service, dengan english yang tahap Siti Nurhaliza dia cuba explain kat aku, rupanya hotel yang aku duduk ni dah dianugerahkan Quality Services yang execellent dan preffered hotel utk gang2 cycling rupanya. Lebih kurang patnership dgn persatuan basikal Germany gitu. ..macam ni pun ada rupanya..!Masuk bilik jer aku terserentak dgn message kat bawah...Aahhhh sudah...baru semalam berselera benar makan dgn chicken curry hari ni dah terima notice tak boleh masak, aku bukannya tumis dan guna santan ka apa ka, Aku cuma reheat semula jer..! Aku cuba buat analisis notice dia secara mendalam, so secara positif nya dia cuma larang aku masak dlm bilik jer, tapi dalam bilik air dia tak kata tak blh pon...so, ptg ni aku masak dalam bilik air looor, guna socket saver yang ada tepi sink, kira ok ler tu...! Mana boleh tak makan nasi even satu hari pon bro,ni anak Jerlun la bro...kecik2 lagi dah diajar menyerok dgn nasi lemak, lunch dgn nasi campur dan dinner pon dgn nasi..! Kalau depa larang aku lagi lepas ni dari masak dlm bilik air, sah aku akan Check Out time tu jugak..banyak lagi ler hotel yang boleh aku masak nasi laaaa...tak heran AKU..!!!! Huhuhuhuhu

No comments:

Post a Comment