Monday, April 26, 2010

25042010 - Windmill, Clog & Cheese of Amsterdam

Bangun awal pagi ni, terus masak nasi dan kemaskan barang, sementara dok tunggu nasi nak masak, shower dan tukar pakaian-petang semalam masa ronda2 kat Red Light beli sehelai T-Shirt trade mark Hollond, apa lagi kalau bukan T-Shirt Orange - I amesterdam.Masak nasi untuk kali terakhir coz semua stock beras and pack instant Brahim adalah balance yang terakhir.Selesai breakfast dgn nasi berlaukkan kari daging bersama dgn ubi kentang dan sebiji telur rebus,rasa cukup pakat perut aku dan sesuai sangat la untuk explore hari ke-2 Amsterdam. Kemaskan semua barang untuk terus Check Out dari 5 Star Novotel Hotel yang hampeh lagi sombong ni, cuma yang blh ok sikit sbb bilik dia selesa, itu aje yang blh bagi kredit pon.Masa dalam lift jumpa dengan 2 orang Malaysia, mula2 tu kedua2 pihak buat derkk ajer...depa 2 orang dok cakap dlm BM, seorang tu nampak selekeh lebih kurang macam aku gak dan yang seorang lagi mamak, depa dok sembang hal kontrak Telekom, so aku buat kesimpulan yang depa ni mungkin biz man la kut..! Aku mulakan perbualan bila menyedari depa mcm dok tengok aku ajer,Tanya gitu-gitu ajer lah sebab lift pon dah sampai kat lobby hotel. Nampak 2 orang lagi gang depa dok tunggu kat bawah rupanya, depa mai bercuti kat sini..heheh -seronok nooo...mungkin depa pon nak ke Red Light District juga kut..!! Lepas check out dari hotel terus ke destinasi seterusnya, hari ni plan nak menikmati keindahan Amsterdam yang bukan sahaja terkenal dengan Red Light District jer tapi dgn kincir angin/windmill. Kat Netherlands ni ajer yang ada windmill, selain dari windmill Netherlands juga terkenal dgn bunga Tulip, Cheese dan juga Clog (trompah kayu). Satu lagi yang menarik perhatian aku adalah setiap jalan dia kecuali highway semua disediakan laluan bicycle.Pagi ni cuaca sangat baik sekali sekitar 20 Celcius so dapat dilihat setiap laluan yang aku ikuti di penuhi dengan pengayuh basikal. Aku jangkakan mereka ini terdiri dari pelancong dan rakyat tempatan yang mengambil kesempatan dengan cuaca yang baik pagi ni. Berpandukan GPS lebih kurang 23km dari Hotel aku untuk ke Lokasi terletaknya tumpuan pelancong untuk melihat windmill, pembuatan Clog dan Cheese dari jarak dekat.Lebih kurang setengah jam sampai ke destinasi yang dituju, Ramai nyer orang-bas2 pelancong penuh, kereta tak payah nak cakap le. Aku dah impressed dah bila dari parking dah nampak orang berpusu-pusu masuk kat area yang terletaknya windmill, nampak dari jauh ada 5,6 biji yang besaq2.Bersama dengan 2 biji kamera aku memulakan exploration aku. Aku dah bagi tau kat memba2 aku yang tiada limit masa disini, sbb aku rasa aku perlu spend banyak masa kat sini.Menjejaki jer kawasan ini, terus mengembalikan aku ke zaman kanak-kanak aku,betul-betul suasana kampung cuma kat Jerlun tak dak windmill ajer laah...laluan talian air kecil memisahkan dari satu area ke area yang lain, dipadang2 ragut dan pertanian dapat dilihat dengan jelas lembu dan kambing enak meragut rumput2 subur, itik dan angsa berenang2 didalam sungai di darat pulak rumah2 hijau tradisional dikiri dan kanan laluan saling tak tumpah macam kat kampung aku dulu.Suasana pagi ni betul2 membangkitkan nostalgia zaman kanak2 aku dulu. Dari satu venue ke satu venue aku jejaki dengan penuh minat.Bermula dengan tempat membuat clog, macam muzium clog-ada gambaq2 asal macam mana tok nenek depa dulu buat clog secara manual dan kat satu area lagi ada demonstration buat clog tapi dah moden sikit dgn menggunakan mesin khas. Majalah 3 pernah datang kesini untuk satu segmen mereka suatu ketika dulu, lepas jer setiap inci rumah hijau yang menempatkan clog aku jejaki dengan penuh minat aku beralih ke Cheese Farm pulak, punya ler ramai orang dok beratur nak masuk, malas nak buang masa line up kat situ aku ke hujung area yang menempatkan Windmill, teruja dan terkesima aku seketika melihat kepada keunikkan Windmill ni, mereka masih mengekalkan bentuk asal cuma sedikit sebanyak yang telah dimakan usia telah diganti tapi masih nampak jelas keasliannya.Dari satu windmill ke windmill aku jejaki dengan penuh minat, setiap sudut yang menarik aku potretkan. Lama aku spend masa kat sini untuk betul2 mendalaminya kerana suasana kehidupan begini yang aku idamkan,kehidupan kampung yang penuh dgn kedamaian, baru aku sedar kini bukan Red Light District jer yang menjadi tumpuan orang tapi product2 asal mereka sangat menabjubkan.!Lepas puas bernostalgia kat situ aku meneruskan penerokaan aku ke Cheese Farm,tengok macam mana process membuat Cheese dan Cheese dari sini penuh memang pertandingan Cheese Antarabangsa, aku beli sebijik jenis cheese yang menang kat pertandingan tu.Keluar dari situ beli pekena ice cream Ising yang memang superb, sambil menikmati ice cream bersandarkan reban kambing aku sempat bernostalgia sekali lagi.Kawasan ni betul2 menarik minat aku..!!! Seterusnya ke souveniers stall untuk perabihkan Euro yang masih berbaki, expected la kan dah tempat yang paling aku suka so banyak benda la yang menaro\ik perhatian aku untuk aku beli.Sebelum ni banyak aku beli souveniers dari Paris, sampai kat sini Paris dah jadi no. 2...banyak betul benda yang aku berkenan dan terbekenan.! Separuh hari aku habis disini tapi aku amat berpuas hati.Seterusnya aku ke Valondam dan plan untuk ke Keukonkeuf untuk nak tengok Tulip Farm dan Tulip flowers terbesar, lokasi2 lain kurang menarik minat aku dah..miniature europe dah masuk dah masa kat Brussel dulu, lebih kurang ajer lah dgn yang kat Brussel.Kalau ikutkan aku tak nak kemana2 dah sebab aku dah cukup puas masa kat Windmill tadi tapi memandangkan kawan2 aku berminat dgn tulip so aku bawa gak ler depa pi sana. Dari situ ada 400km lebih lagi utk distinasi seterusnya, mana lagi kalu bukan Frankfurt.Ada perkara penting untuk diselesaikan di Frankfurt hari ni.Keluar dari Amsterdam dgn rasa penuh kepuasan, sakit kepala aku mai tiba2 jer- minta member aku tolong drive, tahu sangat aku kalu pening macam ni pekena 2 bijik Active Fast then tidur sat memang Ok balik lepas tu,bekalan ubat aku masih mengcukupi. Dapat tidur dalm sejam-pehhh penuh kenikmatan, patut la memba2 aku ni asal tayar golek jer mata semua jadi sayu...! Berhenti rest kat Border Netherlands-Germany utk fill up gasoline thenaku kembali memandu utk bali 250km lagi. Lepas drive sejam singgah kat Mc Donald utk lapik perut sikit, pekena Fish n Chips dan relax sat sebelum meneruskan perjalanan ke Frankfurt. Dalam 8pm sampai kat Frankfurt terus pi ke hotel sbb nak kena pull in, original plan check in on 27th-dapat bilik terus ambil Airport Shuttle utk ke Frankfurt Airport Terminal 1 yang menempatkan SIA, ada satu lagi agenda dan task yang belum selesai iaitu nak pull in flight pulak, dapat flight utk esok tapi connecting flight pulak tak dak, tak kan nak lepak kat Changi 24jam kut, baik lepak kat Frankfurt..! Finally dapat confirmation flight dari sini hari Selasa 27th dan sampai Singapore28th- 630am, pukul 330pm pulak baru dapat flight dari Singapore to Penang, 8jam transit kat Changi bolehlah keluar Sentosa Island kut kalu macam tu...Terus Balik ke hotel, kemaskan serba sedikit barang2, pekena maggie sebungkus..then terus tidur ZZZzzzz keletihan.

No comments:

Post a Comment