Saturday, April 3, 2010

04042010 - Prum to Brussels

Disebabkan plan asal nak ke Paris terpaksa dibatalkan disebabkan GPS navigation Jaguar tak setup Negara France, so aku tak nak amik risiko utk kesana tanpa bantuan GPS. Malam tadi masih lagi sama mcm sebelumnya,masih bermasalah dgn masa tidur aku lagi, dok nak kira masa kat M'sia lagi...susah betul la macam ni, masuk hari ke-3 dah pun tak settle2 lagi...! kulit pun dah jadi kering dek penangan suhu bawah 10C tambah pulak dgn kurang tidur maka sakit kepala aku bersilih ganti, nasih baik bekalan Active Fast aku dah bawa siap2 masa nak mai hari tu. Sakit perut malam tadi, 2kali bangun ke tandas.Jam 330am masa Germany aku dah bangun dah tak blh nak tiduq dah, mana dgn dok rindu kat anak2 and wife lagi, so ...susah sungguh aih, kalu blh tiduq kan senang.Tak payah dok pikiaq macam2 dah..! Badan letih, kepala pening tapi mata tak mau tiduq...!!! Aku explore Map Point utk cari plan utk esok, nak lepak kat Prum mmg tak blh ler,dengan keadaan hotel yang serba kekurangan, terasa masa tersangatlah panjangnya..Aku dah plan nak tukar hotel,,susah sungguh kat area ni nak dapatkan hotel yang memenuhi piawaian aku...hehehehe. Kat bawah ni plan utk perjalanan hari ni....Brussels BELGIUM.
" Located in the very heart of Europe at the crossroads between Paris, Amsterdam, London and Frankfurt, Brussels is a City Region (one of the three Regions within the Belgian Federal State) of one million inhabitants; the capital of the Kingdom of Belgium; and the headquarters of the French and Flemish speaking Communities"
Jam 5am aku masak nasi lepas tu pekena dgn sambal bilis dan serunding, selesai 2 pinggan nasi..hehehe...! Aku bukannya blh tension, kalu tension jer mesti berselera nak makan nasi punya...! Selesai mandi, email dgn wife secara kebetulan dia dok online....Rindu ler pulak...! Nak buat macam mana ni...? Sabar ajer lah...! Lepas tu mandi, tengok nasi masih ada balance lagi, sementara nak bertolak...aku balun lagi balance2 nasi yg masih ada..! Clear...senang sikit nak cuci.! Sekitar jam 8am, turun ke car park, setup GPS navigator Jaguar, walaupun high end punya kereta, tapi GPS dia tak friendly user ler....Garmin aku lagi OK. Pastu bertolak meninggalkan Prum utk ke Brussels, Capital city of Belgium. Tersilap set GPS dia bawa pi jalan belakang, agak jauh ler sikit tapi scenary kampung2 english mmg menarik mata memandang. Hari ni tak blh nak pandu laju sgt, takut kena speed trap, kalu semlm aku balun 200km/j tapi hari ni aku cuba memandu mengikut speed limit, pulak tu jarak Brussels kalu ikut Map Point cuma lebih kurang 2 and half hour jer dr Prum. Sampai kat Border Deutchland & Belgium stop sat utk mengabadikan sekeping dua gambar kenangan.
Sempadan Deutchland & Belgium
Pose untuk cover album kumpulan metal - Gagak Hitam Apa sangat Jaguar ni...! anak Jerlun letak kaki jer....!!!!Lepas tu terus masuk highway and berdesup Januar aku meninggalkan sempadan Germany, lupa habis plan nak bawa ikut speed limit. Sepanjang jalan hujan on-off, pertengahan perjalanan berhenti sekali lagi untuk sebatang dua Malboro Light.Pastu meneruskan perjalanan ke Brussels. Jam 100pm sampai depan Hotel Metropole Hotel, bertempat di tengah2 Kota Brussels yang penuh dengan peninggalan banggunan zaman kolonial, cantik sungguh scenary dia, sistem jalan raya dia pun superb..! ada lorong khas untuk bicycle, bus, tram, taxi and kereta , ditambah lagi dgn sikap pemandu2 tempatan yang betul2 behave so perjalanan agak smooth hari ni,cuma aku masih tak cukup cekap lagi panduan sebelah kiri ni, masih dok kekoh lagi utk hari ke-3 ni pun, seingat aku masa kat State dulu tak ler seteruk ni kalu akan memandu, tapi kat Europe ni....susah sungguh nak sesuai, mungkin sbb agak lama dah kut dok drive ikut sebelah kanan ni. Check dgn preffered hotel, masih ada bilik kosong tapi depa tak blh nak bagi corporate rate since kami tak booking upfront by our travel agent, rate dia 170Euro, so tak pa ler still within the budget. Bilik dah confirmed tapi Check IN time 3pm.
" Hotel Metropole - Tailor made for you since 1895; The 'Place De Brouckere' is the awe-inspiring central point of the great avenues of Brussels and thus the most impressive buildings may be found here. The Hotel Metropole is the 'icing on the cake'. In this Luxury Palace, everyone is made to feel like Royalty, if only for a moment."Hotel Jockey bagi aku part Jaguar betul2 depan main enterance Hotel Metropole 5 Star Hotel @ Brussels - anak Jerlun pertama yang menginap kat sini. !
Masih ada satu setengah jam ni, so kami bertolak ke destinasi wajib utk semua pelancung kalau ke Brussles, mana lagi kalau bukan...MINI EUROPE, 6km dari Hotel so kami drive ajerlah utk kesana. Peehhhh menarik bro...Ticket 13.1E utk basic park, so kami amik yang tu ajerlah. So, hari ni kira aku dah explore the whole EUROPE hanya dgn mai kat sini. Brussels mini landmark @ Mini Europe Lobby Mini Europe Kalau dapat mai sini dgn family kan ker best..! To my kids & lovely wife - Insyallah kalu Dad ada rezeki lebih, kita mai kesini nanti.
Sekitar 5pm balik ke Hotel, perkara pertama yang aku buat adalah cari kettle utk nak masak air panas, hampeh betul hotel jer 5star tapi kettle pon tak dak, lapar punya pasal amik air panas kat paip and rendam maggie lor....sedih kan..! Makanan ruji aku semasa kat Europe....!Sementara dok tunggu maggie aku nak kembang aku balun biscuit dgn tuna yg aku bawa mai. Lepas maggie aku kembang lebih kurang jer...aku balun ingat tak ingat punya...sejuk2 ni mmg perut aku asyik nak makan jer. Lepas makan,kepala pening pulak, letak kepala jer terus hanyut...dapat tiduq 3 jam..jaga sekitar jam 830pm, mandi and turun explore nite life kat Kota Brussels. Banyak restautant hala rupanya kat Brussels ni, kebanyakkan diusahakan oleh Tok2 Arab, pekena kebab dgn teh 0, baru 5E-kira OK ler tu..! Kebab RestaurantCuaca kat luar sgt2 sejuk, dibawah takat beku tu bro...tak blh dok lama sgt, pukul 11pm balik hotel and ZZZZzzzzzzzzzzzjam 3am aku dah terbangun dah, dah tak blh nak paksa tiduq dah. On laptop, berbalas emails dgn wife serba sedikit and update blog aku. Setakat ini dulu, nanti senang2 aku update lagi.
Zull's - Metropole Hotel, Brussels BELGIUM 418am

No comments:

Post a Comment