Saturday, March 20, 2010

Carnival Water Park SP

Ingatkan dah bawa pi Zoo dah kira OK dah utk cuti penggal ni, rupanya tak habis lagi.Sebab pi tak tiduq jadi kena pi lagi mana2 tempat..Sebab anak2 aku jenis spesis hantu ayaq, so kita pi mandi manda kat water part pulak, yg ni aku yg decide.
Sabtu-20/March-2010, kami sekeluarga sekali lagi memenuhi percutian sekolah anak2 utk ke Carnival Water Park SP. Sehari sebelum tu aku cuba booking entrance fees kat internet. Alhamdulilallah dapt discount yg agak menarik. Satu ticket dia offer aku $15 jer, rega asal Adult $25 and Kids $19, so kira berbaloi ler..! Save byk jugak tu..Aku cuma perlu spend $60 jer utk tiket. Awisy dikecualikan dari tiket. Sekali lagi keputusan yg tepak, kami bertolak awal..930am dah terpacak kat main enterance, park pun tak buka lagi, operating hrs at 1000am, so tunggu ler half an hour. Terpacak pukui 10 kami orang pertama enter the park. AWESOME...!
Pencinta Binatang, kat mana pi pun kalu ada haiwan mesti nak pegang & bergambaq..terbang $10.
Yang ni pulak nak jadi artis, asal jumpa stage mesti over acting..! Service yg lembab tak setanding dgn price yg depa charge..dah ler makanan luar tak dibenarkan bawa masuk, yg ada pulak mahal dan tak sedap, next time-kena smuggle bawa masuk jugak ler..!


Kusyuk menikmati kelazatan ais cream.
Ais Cream Time.




Ok dah dulu utk cuti persekolahan semester ni..balik rumah check semua home works kut2 ada yg miss..Stop dulu bab2 lain..Kita jalan2 lagi cuti sekolah semester ke-2 nanti. Girl dah bagi tau siap2 nak ke Pulau Pangkor bcoz rumah sukan dia nama Pulau Pangkor...macam tu pun ada gak...!So kena pi Pulau Pangkor laaa nampak gayanya semester break nnt.

Friday, March 19, 2010

Sehari Di Zoo Taiping

Cuti sekolah datang lagi, masa utk bersama dgn anak2.Mcm dah menjadi trend-asal cuti sekolah jer mesti kena pergi jalan2. Kalau masa aku kecik2 dulu..Cuti sekolah adalah masa untuk bangun tiduq lewat, tengok TV sampai lewat malam, main dari pagi sampai petang, balik rumah utk makan jaa..seingat aku tak dak ler pulak emak aku bawa pergi jalan2 pon....kalu ada pon jalan pi makan kenduri adalah..! Dunia dah berubah, kehidupan alam kanak2 aku tak sama dgn generasi anak2 aku sekarang. Kalau cuti sekolah jer mesti nak kena bw bercuti,kalau tak cuti sekolah tak lengkap tanpa bercuti kemana2 destinasi.! Mungkin betul juga demand dia orang,asyik terperap kat dlm rumah & tgk TV jer, mananya tak bosan..! mana ada sungai nak terjun tiruk, nak main gerek depan rumah pon susah..kereta lalu lalang laju bukan main..alih2 dok terperap jer lah dlm rumah.
Sebagai tanda penghargaan pada BOY yang jadi penyelamat Awisy baru2 ni, maka dia diberi pilihan utk memilih lokasi percutiaan, so tak lain tak bukan ZOO ler yg dipilihnya, Selasa 15/March/2010 seawal 800am kami sekeluarga meninggalkan Kulim Perdana utk ke Zoo Taiping.Aku sengaja memilih laluan belakang memandangkan kami bertolak awal. Melewati kawasan Ahli Parlimen yang baru beralih arah dari PKR ke BEBAS, Kami singgah menikmati sarapan pagi disebuah gerai dikawasan TERAP. Nasi lemak berserta Radix sebagai alas perut pagi tu. Selesai bersarapan, kami meneruskan perjalanan ke Bandar Baru dan memasuki PLUS hi-way utk meneruskan perjalanan ke Zoo Taiping. 1000AM terpacak-dah dok kat parking Zoo. Parking pon senang dpt coz blh kira dgn jari jer,pagi2 Selasa ni-berapa kerat jer nak ke Zoo walaupun cuti sekolah. Satu keputusan yg tepat mai weekdays. Ticket Adult $12, Child $8 with unlimited TRAM ride. Mmg worth it ler, anak2 aku balun 2,3 round ride keretapi Zoo. Sedikit gambar2 kenangan masa kat Zoo Taiping...

Pose untuk mengelakkan dari nampak ke"boroi"an
Dah pandai bergaya anak2 aku ni
Bersama dgn Badut Zoo kat Zoo Sentral
Sebijik belon sehinggit, 3 bijik 3 hinggit-still OK lagi ler
Cemoieh nak train depa ajak tawaf pulak daaaaa...ikut jer laaaa
# 1 Dad...? No.......huhuhuhuhuMerajuk nak main kat playground yg berlumut dan kotoq..! Mula2 ajak naik train, pastu ajak jalan2..then lepas tu dia nak naik kuda ler pulak..!!
Dengan mak andeh berlatar belakangkan Gajah Malaysia
Selepas tawaf dua tiga pusingan, bertolak balik -kali ni guna PLUS Hi-way, depa nak makan Pizza pulak, singgah Juru Auto City.




By 530pm sampai rumah..overall, satu perjalanan yg enjoy dan santai.

Friday, March 12, 2010

Trajedi 3 Kupang


Kerana 3 kupang diatas,aku nyaris2 kehilangan putera bongsu aku..! Alhamdulilallah-Syukur kehadrat Allah SWT kerana memberi peluang kedua kepada kami aku suami isteri untuk bermuhasabah. Banyak pengajaran untuk renungan diatas kejadian 3 kupang ini.
Alkisahnya-petang tadi around 330PM,anak bongsu aku Darwisy Hardiff tercekek coin 30cents. Satu coin seposen dan satu coin 2posen. Kebiasaannya hari jumaat Damia & Darwisy akan ke pusat asuhan, Danial akan lepak kat rumah jer. Lunch time Sue akan pi amik kedua2 dari nursery, aku pulak balik amik si Danial untuk solat jumaat, then selesai semua kami kembali ke office, depa 3 beradik akan dok kat rumah sehingga kami balik dr berkerja. Tapi hari ni, dek kerana meeting t/hari habis agak lewat sikit, aku tak amik Danial pergi solat jumaat. 230pm Sue tinggalkan mereka 3 beradik kat rumah. 320pm Aku dapat call dari Damia reported that depa ada gaduh2 kecil sikit, lepas cakap dgn ketiga2 org..keadaan kembali tenang.Alih2 340PM dapt call dr wife minta balik tgk bdk2. Darwisy muntah penuh ruang tamu dek tercekek coin, kalut punya pasai, sampai tertinggal h/phone kat office, lari pi amik semula..! Cool...Jgn panic bro...!
Sampai kat rumah...Darwisy baru keluar dari bilik air ditemani oleh Danial, muka pucat lesu..Kat ruang tamu, 3 bijik bantal, tikar, remote Astro...penuh dgn muntah..! Selepas cool down , aku minta Danial & Damia cerita situasi critical tadi.
Danial tengah siapkan homework, Damia pun sama gak..Darwisy tengok TV sambil 2 keping coin dok dlm mulut, Awalnya Girl cuba menghalang tapi sebab Awish marahkan dia, terus dia buat tak kisah ajer,sejurus selepas itu jer, si Awis tergolek2 kat ruang tamu sambil mengalir air mata tapi tanpa tangisan. Girl and Boy terus Panic, Boy awalnya langsung tak tau yang adiknya dok main dgn coin, terus girl bagi tau kat dia kata Awish tercekek coin. Sambil menangis Girl cuba call aku, tapi engaged, call mama dia..tak dak kat cube pulak. Pada masa yang sama, tengok adiknya tergolek2 BOY memeluk adik dia dari belakang dan terus menekan perut Awis, tekanan kali ke 3 menyebabkab semua isi perut Awisy keluar bersama dgn coin 3 kupang. Selepas tu baru terdengar suara tangisan adik mereka.! Girl keep on try to call both of us, finally dapat bercakap dgn mama dia, then Sue call aku utk inform. Peehhhh...Tahniah..anak2 Dad..! Aku tanya Boy mcm mana dia tau kalau tercekek kena buat mcm tu...seingat aku, tak pernah pulak aku hantaq dia ikuti kelas CPR pon. Kata dia, dia tengok dlm TV...rancangan HIKAYAT PUTERA SHAZLAN, ada sekali tu katanya, makcik Sazlan tercekek masa makan, then Sazlan buat macam tu, terus makcik dia OK, so dia apply ler kat adik dia tadi...Alhamdulilallah..! Syukur...Syukur sangat2. So...tak semua rancangan TV tu tak bagus bukan...?
Selepas dressing rumah, mendobi...keadaan kembali seperti biasa..mama depa slow talk dgn Girl utk stay dgn adik dia kat nursery sampai kami balik kerja selepas ni...terpaksa phyco. worse case scenario yg mungkin berulang. Alhamdulilallah, dia setuju tapi dgn satu syarat..sampai hujung tahun ni jer..2011 nak ada Bibik semula..pening..pening...Perlukah aku ada maid semula?

Utk Danial pula...Dad amat berbangga dgn U, Walaupun U tak sesempurna seperti rakan2 U diluar sana, tapi u'r my HERO...!Sebagai tanda penghargaan : Kita akan ke ZOO Taiping Selasa ni, kelokasi yang paling dia suka, alam & manusia...! U explore la sepuas-puasnya satu Zoo tu utk kali yg keberapa pon Dad dah lupa..Untuk mereka diluar sana, cita2 Danial utk ada satu Zoo dia sendiri suatu hari nanti.

Malamnya, aku suruh dia aksikan semula mcm mana dia buat kat Awish tadi,





Jadi untuk semua, awasi anak2 anda dgn persekitaran mereka, jangan ulangi apa yang berlaku pada kami tadi. Sedikit kecuaian mungkin membawa penyesalan seumur hidup. Untuk kami suami isteri, banyak benda yg perlu kami reorganise-utk mengelakkan situasi seperti ptg tadi berulang.