Tuesday, April 13, 2010

13042010 - Grohmann : 2nd Week Day 2

Masih lagi routine yang sama, tiada apa yang menarik untuk diupdate kalau hari2 training. Kehidupan yang agak stereotype. Anak2 pun minggu ni dah happly kembali bila Tok, Tok Wan and Pak Su depa dari Jengka mai ke rumah, sekurang-kurang depa dapat mengisi masa dan aktiviti dgn my in laws. Walupun berada di jauh beribu batu dari Intel Kulim tapi kerja-kerja kat sana still kena buta, macam2 AR's dok dapat dari boss, sampai naik takut nak check emails. Hampeh betul..ingatkan mai training boleh lah relax sikit, rupanya tak juga..!!! Mulai malam ni aku kena consentrate 2 paper work yang due date dia hujung minggu ni..Tension..Tension..!
Balik kerjadi tadi mcm biasa singgah supermarket, tiap2 hari ada jer benda yang aku terbeli. Anak2 pesan nak color pensil walaupun setiap seorang dah ada 2,3 set dah pon tapi masih nak jugak. Agak mahal kalau convert to RM, size 12 batang dah cost aku dekat EUR4..kalu kat M'sia aku ingat baru dalam RM5, tapi apa boleh buat anak2 dah pesan,kena nak beli jugak walaupun mahal...!
Tak sat masa lunch dgn instructor, dia ajak pi ke satu bandar bersempadan dgn Prum iaitu Trier, so esok habis Class kami semua termasuk instructor dan seorang FSE dari Cengdu, China akan hang out kat Trier. Dinner malam ni aku masih kekalkan lagi menu telur goreng, peehhh hari ni dia punya texture pon agak menarik berbanding dgn percubaan pertama semalam.

Stock makanan yang aku bawa dah masih berkurangan so aku dah kena start catuan sikit kalu tak menu harian aku cuma nasi dgn telur goreng ajer lah. Dah bermain difikiran aku once aku touch down kat Penang nanti perkara pertama yang aku akan buat adalah pi pekena nasi kandaq Rahim Bayan Lepas dulu...peehhh dok terbayang gulai kepala bawal, udang and ayam kicap bawang dia....!!! Stock minuman, cokelat & buah2an makin bertambah, waktu mana aku nak minum pon aku tak tau, worse case aku bawa balik M'sia jer ni...Save sikit kut...memang mentaliti Asean betul ler aku ni..!!!

No comments:

Post a Comment