Saturday, April 3, 2010

Trip to Germany - Guten Tag

02042010 – Jumaat : Dalam Penerbangan dr Singapore ke Frankfurt Seawal 430 am aku dah bangun dek penangan Awisy yg nak susu, pulak tu siap nak aku yg buat untuk dia, macam tau2 yang aku nak outstation agak lama jugak kali ni. Lepas buat susu mata dah tak blh nak tiduq, macam2 dok fikir, ni kali pertama aku akan berjauhan dgn family aku untuk jangka masa hampir sebulan. Anak pompuan aku Girl tanya aku hari tu, pasai apa dulu masa pi US depa semua blh ikut, awat kali ni nak pi Germany, Dad pi seorg jer…! Susah juga tu aku nak explain..bdk2 mana depa tau semua tu, dia dok ingat aku saja2 jer nak pi makan angina kat Germany. Apa pun aku kena kuat semangat..Sedih sungguh utk nak tinggalkan isteri dan anak2 kali ni..! Dek penangan mata yg dah tak blh tiduq,aku ON kan laptop utk siapkan kerja2 akhir yg perlu updates & minta follow up kpd colleague and Boss aku..Siap semua kerja around 545am, mandi and terus solat subuh. Beg2 pakaian dan brg2 yang nak dibawa semua dah ready, Sue dah siapkan sejak malam tadi, Turun kat bawah, kakak2 aku yg mai dari Jerlun sejak awal malam tadi, dah siapkan masak nasi lemak dgn sambal bilis & sotong kering. Breakfast dulu dgn nasi lemak yg depa buat, anak2 dan Sue pon semua dah bangun, pakat dok siap semua dah. Kakak2 aku pun dah siap sedia utk nak hantaq aku ke airport. 715am kami meninggalkan Kulim Perdana utk ke Airport, Penang Bridge agak sesak pagi ni ditambah pula dgn anak buah dan in law aku yg drive kereta 2bijik lagi tu tak berapa nak familiar dgn jln2 kat Penang ni, menghampiri jam 845am baru sampai Airport, lepas check IN semua beg2 yang dibawa, cuma tinggal backpack laptop aku jer utk hand carry..Huhuhuhu…moment jejak kasih dah mariiii…! Anak pompuan aku dah tak blh tahan dah, lepas cium & salam dgn dia…meraung kat airport tak nak bagi aku tinggakanl dia. Mama dia pulak sedih jugak ler..tapi control kut sbb malu kat kakak2 ipar & tak mau bagi anak2 lagi stress..! Danial & Darwisy..Cool jer…siap minta duit nak beli Snack lagi..! Tak lama lepas jejak kasih dgn anak bini & family dr Jerlun, aku terus check in utk boarding sbb ramai orang pagi ni, ramai jemaah Umrah sama flight dgn aku utk transit kat Singapore.
1015am Flight SILKAIR meninggalkan Penang Airport utk ke Changi Airport, Singapore. Huhuhuhuhu…Sedih ooooooo….kena tinggalkan anak2 dgn wife, tapi nak buat mcm mana dah tuntutan kerjaya aku ..Sabar ajerlah..! 1140am sampai Singapore, transit ~ 2jam sebelum ke Frankfrut. Pekena rokok sebatang, stock ada 2 karton, beli masa kat Free Duty Penang Airport tadi, cukup kut utk sebulan..! then pekena kopi and puff kat POLAR sambil online sat, sempai lagi hantar satu dua emails kat Boss aku,,Hampeehhhh..betul..!! pagi2 buta tadi dia dah call aku tanya macam2….? Potong mode aku nak travel betul laaa…Come On ler bosss…sporting ler sikit.! Aku pelepas satu email sempoi punya kat dia, terus aku offline.! Jam dah hampir 1pm., pi amik Skyway utk tukar Terminal 2 ke Terminal 3. Pekena rokok sebatang lagi sebelum boarding for another 13hrs. Jam 155pm..pesawat SIA selamat take off dari Changi Airport. Masa Check IN tadi lupa nak pilih seat, dok kalut dgn anak2 main harap depa letak jer…nah kau dapat seat dekat toilet, tapi nasib baik ler seat Aisle – 42 H, dok dengan satu couple Germany, aku buat bodo jer..layan makan, minum, movie dan karang karangan ni.. masa lani aku dok kat Altitute 9754m, melewati Negara INDIA ada lagi lebih kurang 7jam nak sampai Frankfrut. Masa kat Msia lani ~ 730pm dan kat EU 130pm, kita awai 6jam dari depa. Nanti sambung lain, aku nak layan feeling sat.
03042010 : 433am – SteigenBerger Airport Hotel FRANKFURT
Alhamdulilallah, dah selamat sampai ke Frankfurt, sampai lewat sedikit dari yang dijangka sbb cuaca tak berapa nak elok masa kat area India, Kazarstand, lima enam kali jugak ler kena fasten safety belt. Imigresen and Custom puak2 Nazi ni pun tak byk kerenah sangat, senang jer masa sampai tadi. Lepas amik semua beg2, terus pekena rokok secara hatrik, sambung puting 3 batang berturut2..cuaca tak berapa nak sejuk sangat ~11C, selesai semua pi tunggu shuttle utk ke Hotel. Letih tok sah nak kata ler, tidur lebih kurang half an hour jer masa dlm flight tadi, penangan duduk tepi toilet ler tu..! Dalam 10minute STEIGENBERGER HOTEL shuttle sampai, jumpa dgn satu couple Malaysian yg bertugas sebagai Cabin Crews utk Qatar Airline, depa baru sampai dari Dubai, depa dok cerita kat mana senang nak dpt Asean Foods, tak jauh dari Airport ada satu Asean Restaurant, ada jual nasi goreng mamat tu bagi tau..! Cantik ler jugak tu..perut aku ni mana blh tak masuk nsi even satu hari pun..!!! Memang Typical Melayu habis ler…Standard ler…mai dari Jerlun beb…!!!! Agak peramah jugak couple melayu tu,mungkin tak ramai jumpa Malaysia kut, tu yg friendly semacam tu..! Sampai depan lobby pekena rokok lagi sebatang, cuaca sejuk2 mcm ni pekena Malboro Light….syoookkkk wooooo…! Dapat bilik 408 – smooking room lagik..! agak mahal jugak hotel ni… 150 Euro utk semalam, dekat $700 gak ler duit kita, mampuih pi ler..bukan nyer duit aku pon..!!! Masuk bilik, benda pertama yg aku buat adalah masuk toilet pi melepas dulu…dok simpan khazanah nasi lemak dari tadi lagi, feel habis melepas sambil pekena Malboro Light..! Selesai semua, check serba sedikit brg2 yg aku bawa, nampaknya semua stok makanan aku OK, so masa utk ZZZZZzzzzzzzzzzzzzzzz…11pm masa Germany = 5am kat Malaysia, aku hanyut di buai mimpi indah kota Frankfurt..!
Salah satu Channel yg aku jumpa masa dok check kat TV....Rosak Akhlak ..! Tapi kenapa kat negara2 Barat ni tak pulak depa buang bayi bersepah2,padahal porno ada bersepah dimana2.Agaknya di M'sia ni curi2 dok cari tulah yg curi2 juga dok buang...!Sekitar jam 330am terjaga, teringat kat anak2 & wife, buat satu phone call utk depa-sembang sat jer sbb IDD card belum beli lagi, pas ada IDD card nanti kita sembang lama2 OK. Tak tau nak buat apa ni…awai lagi ler bro..baru 400am- mata dah tak blh nak tidur dah..! amik charger nak charge laptop & camera…hampeeh betul, silap bawa adaptor pulak..! bateri dah trigger ni..SMS Rahman dia kata dia dah bangun, pi pinjam charger dia sat utk nak charge bateri camera dulu laa…hat ni penting ni…tak dak camera, macam mana nak ada bahan bukti..!!!! Masuk bilik Rahman, pehhhh…hatni lagi teruk dari aku, mmg typical kelate betul ler mu man wooiii…dia tengah dok kutip beras yang dia bawa, plastic packing pecah masa depa handle kat flight tadi tu ler kut..Pinjam charger Man balik bilik charge batire camera and laptop. Lepak2 sat, shower and nak tunggu cukup time utk pi breakfast..terpacak 630am sat gi aku nak pi, lani baru 610am, sempat ler aku download gambar2 yang amik masa nak mai tadi. Plan hari ni lepas breakfast satgi, terus pi amik kereta then balik hotel check out and drive to Prum, lepas check IN kat Prum, kami akan berangkat ke Kota Fesyen Dunia….PARIS….”An Evening in PARIS” Zull’s @ STEIGENBERGER AIRPORT HOTEL, FRANKFURT GERMANY – 612am

No comments:

Post a Comment