Friday, July 2, 2010

World Cup & Me

Apa yang significantnya World Cup dengan anda..? Aku ni walaupun main bola bukanya pandai pun tapi aku tetap suka menonton dan mengikuti perkembangan sukan nombor satu dunia ni. Local league pun aku ikut, apatah lagi International League such as EPL tentulah menjadi topic yang perlu diperbincangkan setiap kali ada perlawanan, nak tak nak dengan Lunch Partners aku..they all ni mmg hard core EPL laa...Aku utk domistik league tentulah Pasukan Hijau Kuning KEDAH DARUL AMAN menjadi pilihan kami sekeluarga, sampai ke Bukit Jalil pun kami turun kalau ada game Kedah, lebih2 lagi masa aku ada bibik dulu... mid-week punya game pun kami anak beranak akan turun kalau game kat Darulaman Stadium, anak2 aku dan Sue dah sedia maklum dah kalau Kedah yang lawan..! Kulim - Alor Setar baru 2 jam, so tak dak masalah sangat ler utk kami turun stadium.Bercerita tentang bola sepak tak lengkap kalau tidak memperkatakan tentang World Cup, last 3 World Cup cukup meninggalkan kenangan yang menarik utk aku. World Cup 2002 paling best, aku dapat ikuti sepenuhnya bila aku dapat MC selama sebulan disebabkan Demam Denggi. Sampai lekat gelaran Zull Denggi dek penangan MC sampai sebulan. Time tu Japan dan Korea jadi host..time zone yang sama so, tak dak masalah ler utk nak ikuti setiap games, ditambah pulak dgn MC yang sakitnya tak seberapa sangat pun..maka World Cup edisi tu cukup meninggalkan kenangan yang menarik utk aku.
World Cup 2006 - Germany host, time tu kami sekeluarga tercampak kat New Mexico, USA. Time zone berbeza tapi tak susah2 menahan mengantuk diawal pagi coz time kat US masa game adalah siang hari..game between 11am to 4pm, yang menjadi sedikit halangan pun cuma kalau games weekday susah sikit ler coz kena masuk kerja, tempat aku kerja dia orang sediakan big screen tapi aku lebih selesa tengok kat rumah. Siap ajak officemates lepak kat apartment aku lagi untuk menonton. 4 tahun selepas WC tu aku berkesempatan kt Germany so dapat ler beli merchandise WC Edisi 2006 Germany dengan harga yang murah coz dah outdated, aku difahamkan mana2 negara yang pernah menjadi tuan rumah akan terus menjual merchandise walaupun bertahun2 dah menganjurkannya, Japan dan Korea pun tak terkecuali dalam soal ni.
Dan kini World Cup 2010 - South Africa aku ke dimensi yang baru dengan mutu visual yang cukup teruja. Seminggu sebelum WC bermula aku pasang Astro b-yond utk dapatkan kualiti HD, ternyata berbaloi dengan sedikit bayaran utk kualiti sebegini. Hilang rasa mengantuk menonton WC dgn HD. Tapi kali ni teruk sikit ler coz time zone berbeza, game awal pagi cukup mencabar kekuatan mata aku untuk bertahan, masa peringkat pusingan pertama baru ni-kalau weekend aku akan menonton secara marathon...duduk depan TV started 7pm till subuh, bawa anak-bini dinner sebelum 7pm. Bentang Toto depan TV then melangut kat channel 825 sampai kesubuh....indah...cukup indah...! tapi kalau hari berkerja...kebiasaannya game awal pagi tu..TV ler yang dok tengok aku..!!! Team mana pilihan aku utk edisi ni...? Tentulah Germany & Argentina...tapi apa boleh buat kedua2 team ni akan bertemu seawal Quarter FinalSo, terbelah bahagi la sokongan aku...tapi aku agak berat kepada Maradona punya team setakat lani... aku ada kedua2 lanyard team ni..lani aku dok guna lanyard Argentina tapi kalau malam ni keputusan sebaliknya maka aku akan bertukar lanyard dan sokongan kepada Germany pulak lor...hehehehe !!!

No comments:

Post a Comment