Sunday, July 4, 2010

Weekend for my Kids

Sabtu - July 3rd: Plan nak bawa anak2 menonton movie hari ni. Malam sebelumnya aku layan World Cup game Ghana Vs Uruguay dgn kawan2 kat luar. Game tu jam 230am..Terpacak jam 2am alarm aku triggered, bangun solat Isyak dulu yang aku tak buat lagi sebelum tidur tadi -check sms Lan & Adi ajak tengok kat kedai di Kulim Square, port Stadium Astro mereka..walaupun tak dak HD tapi aku join gak sebab kalau aku layan seorang diri kat rumah sure terlena punya...aku drive ke Kulim Square. Adi, Lan and the Gang Taman mereka yang kebanyakkannya aku kenal telah siap sedia menunggu dari tengah malam lagi, dia orang buat marathon dari game Holland vs Brazil sebelum tu lagi. Sambil diiringi Nescafe tarik, kami layan game tu sampai jam 515am, maklumlah game dibawa sampai ke penentuan penalti. Kalau aku layan kat rumah..gerenti TV yang tengok aku laa...! Habis game terus bertolak balik KP, kalau aku tidur kompom solat subuh mesti terlepas punya, so aku decided utk kemaskan rumah sikit..Sejak maid dah lari balik kampung, kerja2 menge"mop" rumah dah menjadi milikan rasmi aku dah. Aku mulakan dgn menvacuum living room, dining room and kitchen diikuti dengan menge"mop" keseluruhan area dah berakhir dengan menyuci keseluruhan ruang luar rumah aku termasuklah cages kucing-kucing aku..Selesai semua dan solat subuh terus tidur sekejap kat ruang tamu. Kemudian keluar pi beli breakfast, Sue pi office sat, kami breakfast 3 beranak. Mata semakin layu, tak dan nak habis front page Harian Metro aku dah berbongkang depan ruang tamu ditemani anak2 yang riuh rendah main dan sekali sekala bergaduh sesama sendiri. Sempat la tidur 2 jam, bangun keluar sekali lagi pi cari makanan utk Lunch, menu tengahari ni..Sup daging, Telur Dadar, sambal belacan. Lepas makan booking ticket kat internet utk movie ZOO, show pukul 400pm. Danial requested nak tengok movie ni, dia dok tengok the making kat TV, bab2 cerita animal ni anak2 aku semua sama jer..cita2 dia pun nak jadi Zoologist, so cerita2 macam tu sesuai sangatlah..! AKu sambung tidur, 240pm alarm triggered, bangun utk mandi dan solat, sementara nak tunggu semua siap jam dah pukul 330pm, ticket kena collect sejam sebelum show, aku rasa memang booking aku expire dah rasanya. Masuk jer kereta terus tekan sepenuhnya, sampai kat Sunway Carnival ngam2 jam 4pm...mak ooiii...ramainya orang....nak dapatkan parking dekat 15minutes, so sampai kat GSC dah 415pm...memang seperti yang dijangkakanlah...boooking aku dah expired, show pon dah start... ramai jugak rupanya yang layan cerita macam tu..! Mood memang nak tengok wayang so, aku check cerita lain..dia cadangkan cerita Toy Story-3D...canteek laaa...memang dalam list movie utk kami menonton pon, show 440pm tapi yang tak syoknya cuma ada seat paling depan jer lagi..budak ticket tu kata kalau 3D punya movie seat depan pon OK, so aku beli jugak laa..masa masih banyak lagi sempat ler beli pop corn, mashed patato dan soft drinks.Masuk jer dalam theater makk ooiii...sapa kata 3D ok kalau dok depan, memang aku kena crrreeekkkk dgn budak ticket tudah rasanya...Cerita memang best ler utk anak2 layan tapi kesian ler pulak kena melangut depan screen., memang sangat2 tak selesa laa...sapa yang design seats memang hampeeh betul ler...harga sama mahal dgn seat lain2...tapi kedudukan memang tak sesuai langsung.Aku rasa towkey2 panggung ni kena consider soal kelesaan sama laa..ticket bukan masam zaman pangggung Cathay, Odean, Rex, Seri Intan kat Alor Setaq nuu yang aku dok layan cerita Azura, Ali Setan, cerita Hong Kong dulu2 tu...ni cineplex...Golden Screen Cinemas...harga ticket pulak tu berkali ganda dari ticket masa zaman Azura dulu, nak tak nak 3D movie...lagi la mahal...!!! Walaupun cerita Best tapi bab2 macam ni yang hilang terus mood aku untuk menonton tu.! Menyesal sungguh aih percaya cakap budak kaunter ticket tadi tu..! Sampai pening2 anak aku dek penangan 3D dok kat paling depan..! Lain kali "Tobat Lahum" aku nak beli ticket kat barisan depan..! Habis menonton kami terus meninggalkan Sunway Carnivall utk ke Kassim Mustapha Seberang Jaya untuk dinner kat situ, menu wajib kami ler kalau kesitu....Gulai Ayam, Kari Kambing & Dalca, makan bersama dengan nasi minyak dia barulah cool sikit..Lupa habis bab sakit hati tengok movie tadi..! Penangan nasi kandaq Kassim Mustapha. dari Kassim Mustapha terus drive balik KP..anak2 nak sekolah pulak esok dan malam ni World Cup pulak game yang ditunggu-tunggu, pertarungan hidup mati Germany Vs Argentina. Macam biasalah anak2 aku kalau hari sekolah jam 9pm semua dah masuk bed. Aku layan game seorang2 kat rumah sambil diiringi dengan se"Mug" Alicafe dan keropok ikan Kelantan. Huhuhuhuhu...Argentina kalah teruk...!!! So, Isnin ni pi kerja kena tukar lanyard aku ler...so, starting now aku beralih ke GERMANY pulak lor..!!!


Ahad - 4th July : Segan sungguh aku nak bangun pagi ni, malam tadi bangun awal lagi untuk tengok game Sepanyol Vs Paraguay, tapi routine hari Ahad memang bermula dengan menjadi supir untuk anak2 aku ke sekolah, so walaupun mengantuk, letih dan segan terpaksa juga ler. Selepas selesai ketiga3 orang kesekolah aku dgn Sue pi brekafast kat Taman Tiram, lama tak pekena Roti Telur dia, antara kedai roti canai yang memenuhi piawai aku. Lepas breakfast, Sue pi ke office dia sekejap, aku pulak sepatutnya pagi ni ada Gotong Royong kat KP tapi cuaca pulak tak mengizinkan, hujan renyai2 so aku Call Off Gotong Royong pagi ni, balik kerumah...baca paper & berinternet saja lor.. 11am Sue balik then 1130am pi pick up Girl dari Sekolah, dia balik awal hari ni coz petang ni ada Sukan Tahunan kat sekolah dia, dari sekolah Girl terus proceed ke Sekolah Boyu pulak, then kami terus Lunch kat Nasi Ayam Periuk Besar. Lepas lunch terus bergegas balik kerumah, jam 2pm kena ke Sekolah Girl sekali lagi pulak. Kami sampai kat Sekolah dah 215pm, agak ramai dah student dah waris. Hantar Girl kat group dia dan kami lepak kat area tu dibawah panahan cahaya matahari yang panas "lit-lit". Aku pernah berada di podium sebegini untuk acara lari ikat kaki suatu masa dahulu....!!!! Dari dulu sampai sekarang podium sukan sekolah tak ubah2 lagi rupanya..!Kalau VVIP boleh lah dok bawah canopy, ni aku yang tak dak pratokol ni, dok selit celah2 pokok jer lah..Lama sangat dok tunggu aku keluar sekejap untuk cari Oksigen barang sebatang dua, lepas tu Sue call aku suruh mai kat khemah, kata dia Girl dapat hadiah...kami pun tak tau..! Hadiah disampaikan oleh VIP yang merupakan pemilik Syarikat Seluang Tour and Travel. Dia sponsored utk majlis hari ni... I Guess..!Sprinter in the making.Bersama dengan kawan baik Girl - Alia.Rupa2nya depa semua dah bertanding dah pun, hari ni cuma majlis perasmian Sukan Tahunan dan Majlis penyampaian hadiah untuk pemenang jer. Selain tu ada laa perlawanan akhir untuk acara2 sukan berpasukan macam bola jaring, bola sepak...and etc. Girl dapat tempat ke-2 untuk acara 4x50m utk Tahun 1. Terkejut juga aku, dia tak cerita apa pun sebelum ni...!! Lepas jer dia amik hadiah, terus pi redeem coupon untuk lunch pack then kami balik jer lah..! singgah pi amik Darwisy kat Nursery. Overall weekend yang agak santai dan penuh warna-warni bersama dengan anak2

No comments:

Post a Comment