Saturday, July 17, 2010

Aku @ Gotong Royong Surau Al-Ittihad KP

17th July 2010 - Sabtu. Aku menyertai kawan2 lain utk gotong royong membersihkan surau kami sempena persediaan untuk program Ceramah Israk & Mikraj pada esok hari dan juga gotong royong ni merupakan annual event sebelum ketibaan Ramadhan. Menjadi kebiasaan kepada mana2 surau atau masjid untuk dibersihkan sebelum kedatangan Ramadhan. Surau Al-Ittihad pun tak ketinggalan untuk melakukannya. Malas betul nak bangun pagi ni, malam tadi aku terpaksa masuk ketempat kerja dari jam 12 midnight until 3 am bila ada Excursion yang memerlukan perhatian aku. Walaupun letih tapi dah janji dengan kawan-kawan maka terpaksa ku gagahi jugak...! heheheheh.
Seawal jam 8am aku keluar dari rumah untuk membawa anak2 & Sue breakfast, kemana lagi kalau bukan kedai panel brekafast kami..gerai makan kat depan Pejabat Hutan Kilang Lama laa. Berbekalkan Water Jet aku ke surau selepas selesai routine pagi dgn family. Tak ramai yang ada disurau pagi tu walaupun jam dah 9 lebih. Team aku ditugaskan utk menyuci lantai, berbekal Water Jet dan dibantu dgn 3 orang assistants kami menyuci disetiap inci lantai surau termasuklah koridor dan toilet. Haji Izam sedang menyelia kerja2 pembersihan oleh AKU.Jelingan Makrifat. Penuh Prejudices.....heheheheheWoit...apasal dia jalan sendiri laaaa...!Di luar Mr. Gardener NIK sedang asyik memotong rumput di bawah panahan cahaya matahari yg cukup terik pagi ni.Tuan Bendahara Surau yang cukup committed..AidieZamli ditugaskan utk bahagian atas sebab dia tak gayat...heheheheYang ni seorang lagi yang tak tau gayat...Bro Zub....puncak menara pun dipanjatnya untuk alihkan speaker. Nak bagi keseluruhan KP dengaq azan katanya....hehehehe....kita tengok pulak lepas ni surau penuh ke tak...!
Pakar botani...Tuan Pensyarah Zamri merangkap assistant aku kat Persatuan Penduduk tekun menanam pokok di sekeliling kompaun surau.Bro Zub berperanan sebagai Mandor utk kerja2 lanscaping.
Jam 11am, Aniza juga AJK aku kat Persatuan Penduduk mai jenguk kami yang tengah dok bergotong - royong, bukan dia mai jenguk kosong tapi mai jengok sambil bawa yang kat bawah niii..Walaupun sajian dah sampai, tapi kami masih bertahan untuk nak selesaikan serba sedikit lagi kerja. Khuatir kalau berhenti malas pulak nak sambung, maklumlah penangan Bubur Kacang dgn Roti Gardenia bisa mampu melintukkan mata.Pak Lan & Haji Izam tekun dan bertukar ganti tasks. Aik....berapa orang jer yang ada ni...?Unit Tingkap sedang menyelesaikan task terakhir mereka dgn memasang kembali sliding window yang dibuka untuk major cleaning.Finally, Tok Sidang memberi isyarat untuk Break time. Bubur Kacang yang disponsored oleh Aniza bersama dgn Roti Gardenia disulami dgn Air Teh O dan Isotonic drink menjadi penyambung tenaga kami pada pagi tu.AJK Surau - Anuwar walaupun berkerja pagi ni tetap balik meluangkan masa untuk melawat kawan2 yang sedang menjamu selera...heheheheheSebahagian 15 orang dari 200 keluarga KP sedang menjamu selera dgn bubur kacang..!Selesai menjamu selera, kami meneruskan kerja-kerja yang berbaki.Hj Izam sedang membersihkan white board sambil diselia oleh Timb. Pengerusi Surau - Cikgu Asri.Mr. Maintenance - En Nazim sedang meng"update" Pengerusi Surau - Ustaz Hapiz hal ehwal penyelanggaraan Surau Al-Ittihad.

Finally- jam 1 PM kami selesai fasa pertama pembersihan Surau kami. Masih ada banyak lagi yang perlu diselesaikan sebelum kedatangan Ramadhan. Berbaki 3 minggu sebelum ramadhan cukup mencabar kami semua utk menyelesaikannya. Insyallah. Spirit Gotong Royong Kulim Perdana, walaupun hanya orang2 yang sama yang datang setiap kali dianjurkan tapi kami optimis boleh di selesaikan sebelum Fajar Syaban berlabuh.
Dari Surau aku terus pick up anak2 and Sue untuk Lunch, memandangkan mood rajin hari ni aku continue cuci lantai dan longkang depan rumah aku dgn water jet..hampir jam 330pm baru selesai. Mandi, solat dan terus tidur keletihan until 7 pm, tu pun sbb anak2 aku kejut utk solat Asar. Malamnya aku memenuhi request anak2 utk masak dinner utk dia orang. Menu sambal ikan bawal, sayur kobis + ikan bilis dan telur dadar. Lepas dinner layan anak2 sekejap sebelum ke Bed..Lega dapat tidur semula, keletihan di sebabkan seharian bermain dgn water Jet terungkai malam ni.

No comments:

Post a Comment