16 July 2010 - Jumaat. Lepas solat Jumaat balik ke tempat kerja sekejap sebab ada Important passdown by top management, program tu habis jam 330pm. Around 3pm aku buat trick biasa yang orang dok buat ler...apa lagi kalau bukan buat2 handphone berbunyi, sambil hallo...hallo...aku keluar dari Multi purpose Hall then terus proceed ke parking...hehehehe, dah big boss cakap semua wajib pi dengaq passdown tu so aku terpaksa ler guna trick tu...Ada agenda besaq utk anak2 aku petang ni. Dari tempat kerja terus pick up Danial kat rumah then pergi jemput Awisy & Girl kat Nursery, terlupa pulak kena tukarkan pakaian pulak..balik semula kerumah utk siapkan mereka then terus ke Office Sue utk jemput dia pulak..waduh...waduh...ribut sekali petang ini..Pak Supir bz sekali...harap2 dibayarnya obertime oleh majikannya..!!
Kami terus ke Kulim Golf Country Resort utk program kindergarden Awisy - Dirty Hand Contest.
Boy & Girl pun tumpang sekaki untuk turut serta, dari awal lagi depa bukan nak masuk contest tu sangat tapi lebih tertarik pada "Swimming Pool", maklumlah semua spices hantu ayaq..!
Tepat 4pm, program dimulakan dengan persembahan tarian dari semua Genius TMC, Awisy performed habis utk show tu..bab-bab nak dancing ni memang saling tak tumpah macam kakak dia jugak laaa.!
Lepas show, buat groupping mengikut Class, memandangkan dia seorang jer 3 Tahun kat kindergarden tu, so dia diletakkan bersama2 dlm Class 4 Genius. Tapi kalau ditengokkan kepada size badannya, orang akan cakap dia 5 atau 6 Tahun ler...mungkin disebabkan mama dia banyak makan Cheese kut masa pregnant kat dia dulu, maklumlah anak "made in USA".
Awisy disamping seorang lagi hero TMC yang sukar dikawal, kedua2 orang ni selalu buat Teacher2 kat TMC hilang sabar. Seorang berusia 6 yrs dan seorang lagi 3 yrs..!
Masa yang ditunggu2 pun tiba..keluarkan color pencil masing2 dan mulakan mewarna...Jelas kedengaran suara Teacher Nor dalam keriuhan anak2 kecil TMC.
Boy and Girl turut serta dalam Kategori Terbuka - Jemputan.
Coaching by mum.


Sokongan tak terbelah bahagi dari semua parents TMC.
Selepas 15 minutes, ternyata kerja2 meng"color" ni bukan menarik minat Awisy pun. Dia siap landing kat floor lagi.
15 minutes masa berlalu- sebahagian ekoq rama-rama pun tak siap lagi..!
Boy and Girl tekun mewarna.
Sebaik tamat masa yang diberikan, parents sekali lagi diihiburkan dgn persembahan seperti pembukaan tadi.
Sementara menunggu keputusan pemenang diumumkan. Anak-anak Genius diawasi oleh
Teacher Loo. Masing2 tak sabar untuk ke aktiviti seterusnya, apa lagi tentulah acara mandi kat swimming pool.
Teacher Loo. Masing2 tak sabar untuk ke aktiviti seterusnya, apa lagi tentulah acara mandi kat swimming pool.

No comments:
Post a Comment