Sunday, June 27, 2010

Alhamdulilallah dengan Anugerah ini

Hadiah dari anak2 untuk Dad & Mama mereka..! Syukur kehadrat Allah SWT diatas semua perencanaan ini. Aku cancel semua aktiviti hari ini untuk spend masa untuk anak2 hari ni, schedule main badminton dgn gang pun aku cancel gak, awal pagi tadi cuma pi beli shuttle cock jer then pi hantaq kat depa. Lepas hantar Darwisy ke sekolah aku dgn Sue pi breakfast then terus proceed ke Sekolah Hi-Tech untuk seisi perjumpaan dgn Guru kelas untuk penyerahan report card untuk anak perempuan tunggal aku. Sampai kat sekolah jam 9am, dah berbaris ramai dah waris kat kelas 1 Perdana. Terlalu awal untuk menilai pencapaian Girl, walaupun masa kat kindergarden dulu selama 3 tahun berturut2 dapat best student tapi peringkat elementary ni agak berlainan sikit. Aku berpendirian untuk tidak terlalu menekan sangat dlm pembelanjaran sbb aku dulu pon masa peringkat umur macam ni, banyak main dari belajar pun.!! So, anak2 aku pun aku nak mereka merasai moment2 indah kehidupan awal mereka mengikut naluri kanak2. Cuma yang Girl ni dia agak serious sikit dlm hal2 berkaitan persekolahan dia, tak nak mengalah dalam segala hal dengan kawan2 dia, tak terkecuali dlm hal pembelanjaran..! So, ini yang dia dapat untuk semua itu, walaupun quite good score dia tapi sbb dok dalam Class pertama untuk Darjah satu, dia cuma mampu dapat tempat ke-3 jer. Apa pun pada aku yang penting dia mampu dapat straight A dah kira cukup Alhamdulilallah dah tu..! Selesai kat sekolah Girl balik kerumah sat, petang ni kat sekolah Boy pulak...dia pun tak kurang hebat juga kerana dapat tempat pertama dlm kelas dia. Hebat sungguh sambutan Hari Anugerah Cemerlang SK Sri Kulim..program start jam 2pm till 5pm...aku punya ler mengantuk bila terpaksa dengar ucapan2 dari VVIP yang dijemput, termasuk ler dgn MC yang bercakap seolah2 berada dizaman ke Sultanan Melaka, sempat ler jugak aku membuta sekejap. Aku yang spieces tak dak protokal ni rimas betul ler dgn Majlis yang penuh dgn protokol ni, lepas anak aku amik jer hadiah aku ke kereta, pekena 2 batang rokok then masuk sambung tidur dalam kereta, dah ler cuaca hujan sepatutnya VIP semua tu tak yah bagi ucapan panjang2 sangat ler pun..! Semua kaum2 bapak aku tengok muka stress jer..Lepas selesai penyampaian hadiah ada persembahan dari student pulak dah, dah macam expo ler pulak...lepas satu show ke satu show aku bertambah menjadi semakin bosan..! Call wife ajak balik, tapi dia kata Danial tak boleh nak balik lagi pulak, so tak dak pilihan ler...terpaksa ler tunggu jugak. Aku masuk semula ke sekolah then ajak anak bini pi kat dewan sajian makanan,ada mee dan bihun gereng berserta karipap dan kueh lapis yang dihidangkan bersama dengan kopi O dan teh O..Bolehlah...perut pun agak lapar jugak ni...pekena sepinggan mee goreng, 2 bijik karipap, sebijik kueh lapis bersama dengan Kopi O panas, mata aku kembali terang untuk seketika. hampir 520pm baru boleh keluar dari majlis tersebut, terus balik untuk pi amik Darwisy pulak...Teacher dia dah call tadi sebaik jam melepasi pukul 5pm..rushing ke KP utk amik dia then balik kerumah di dalam cuaca gerimis. Terpaksa ke pasar malam bila Sue bagi tau mak/pak mertua bersama dgn adik ipar aku on the way utk kerumah kami, pi pasar malam Kilang Lama untuk nasi daging janggut. Apa pun TAHNIAH ler untuk kedua2 anak aku kerana mengembirakan kami sekeluarga dgn pencapaian mereka.

No comments:

Post a Comment