Saturday, July 17, 2010

Untuk Anak & Community

18 July 2010 - Ahad : Lagi weekend yang penuh dgn activities, mengalahkan seorang YB lagaknya. Dari petang Jumaat until Ahad midnight schedule aku full..! Sebahagian contributed to family, quarter for community/friends and another quarter to my company..!!! Letih...? Memang cukup meletihkan, tapi dalam keletihan tu terpancar kepuasan at the end of the day bila apa yang aku buat tu cukup mengembirakan orang disekeliling aku. Routine pagi ahad dimulakan dgn menyupirkan diri utk anak2 kesekolah. Routine pagi Ahad ni bertukar sikit bila weekly exercise aku dgn bermain badminton terpaksa di kanselkan coz kena kena hadir ke sekolah Girl utk Majlis Julang Bistari SK Tmn Hi-Tech, anak aku Girl @ Damia Haziqah dapat hadiah utk pencapaian akedemiknya. Selepas hantar Boy, terus balik kerumah-Awisy pulak nak gi sekolah jalan kaki pagi ni, mimpi apa pulak pun tak tau, so kena layan jugak ler..!Kegarisan.....Sedia....Poooommmm...!!!!! Lari......!!!!Aku, Sue and Girl terus proceed ke sekolah SK Tmn Hi-Tech, register jam 745am-aku sampai jam 8am, tapi tengok orang tak ramai pun.Hantar girl kat bilik pengumpulan(sound like tempat penjualan getah scrap la pulak...!) utk yang dapat hadiah dlm program ni.Aku & Sue proceed ke Kantin sekolah, sekali sekala nak ler juga rasa makanan yang anak2 dok makan masa hari persekolahan. Not bad la...3.5/5 moderate healthy..lepas makan hantar Sue masuk dewan dulu dan aku keluar dari kompaun sekolah sat...perlu ditambah Oksigen sikit lepas makan..! Kembali ke dewan sebaik pengerusi majlis memulakan acara. Majlis dirasmikan oleh Engineering Head Inokom, syarikat pemasangan kereta Hyundai/Inokom/BMM yang terletak di Padang Meha, Kulim. Aku pun faham pasai apa depa jemput dia....selalunya yang aku tau-kebiasaannya pegawai2 dari PPD ataupun Kementerian Pendidikan dari State/Federal kalau tak pun Exco2 State Govt. Agaknya sekolah nak buat kelainan kut. Dimulakan dgn ucapan Tuan Guru Besar dan diikuti oleh Majlis Perasmian oleh Engineering head tu laa. Kedua2 VIP ni aku puji sungguh, tak perlu mengambil masa yang panjang utk buat ucapan, macam tu lah pendik,padat dan kau memang d'Booommm..! Lepas ucapan terus Majlis penyampaian hadiah...Q menunggu untuk dipanggil menerima hadiah.Tahniah Damia - Keep up the good work...!Jumpa dengan ramai gak gang KP pagi ni. Kalau dah jumpa tu tak benda lain la yang dibuatnya...Sembang...sembang...sembang..! Yang kat atas stage dok bagi anugerah kami yang kat belakang ni tak habis2 lagi berborak..!!! Nak balik pun tak boleh coz lepas jer amik hadiah, anak2 kena kaurentin until program tamat, cikgu pun pandai-kalau tak mau lengang dewan..! Penyampaian hadiah diselang seli dengan persembahan dari murid2. Ada 3 shows tapi yang kat bawah ni betul2 menarik perhatian aku. Persembahan gimnas sekolah.
Kalau diikutkan itenary program habis jam 1230 tapi depa dah ahead schedule sejam setengah awal dari jadual sebenar. Macam ni la bagus, tu lah kelebihannya kalau VIP dari private sector yang mai resmi, protokolnya agak simple...tak macam Dato'/Tan Sri/Tengku...sesuai sangat ler dgn aku yang spieces tak dak protokol ni..! Tamat program ada jamuan makan, sekali lagi aku ke kantin sekolah bersama dgn 2,3 orang gang KP untuk menjamu selera."Hj Izam sedang menggoreng kami semua sambil memakan bihun goreng.....: Mau dapat 7 kalau buat ayat macam ni masa SPM.1130am selesai semuanya, satu program penghargaan yang cukup simple dan santai. Tahniah kepada pihak sekolah.
Isra' & Mikraj Program @ Surau Ittihad KP
Kami terus balik ke rumah untuk berehat sekejap coz lepas ni nak kena pi amik Danial pulak. Tengahari tu lepas pi amik Danial terus Lunch dan lepas Lunch pi amik Awisy pulak kat sekolah, balik kerumah untuk berehat sekejap. Anak2 pergi mengaji Al-Quran petang tu, ingatkan bolehlah rehat sekejap, tapi nak buat macam mana-Ultraman Gaia ada kat rumah, terpaksa melayan dia jerlah. Petang tu kami keluar sekali lagi untuk makan petang merangkap makan malam. Anak2 nak makan roti canai yang bukan roti canai mamak punya, tawaf sampai ke Lunas nak cari roti canai, end up dapat kat Kilang Lama.Terus balik kerumah, nak ke surau pulak-ada program Ceramah Isra' & Mikraj kat Surau Al-Ittihad KP. Penceramah di datangkan khas dari Maktab Tunku Bainun - Dr. Nadzmi - Pensyarah merangkap penulis buku Teks Sekolah untuk subjek Pengajian Islam Tingkatan 3 dan 5. Bukan calang2 ustaz yang dipilih oleh AJK Surau, maklumlah pengerusi surau pun ustaz lepasan Al-Azhar so kena la bawa masuk yang power jugak. Program mendapat sambutan hebat dari residen KP, full house kat dalam surau so aku bagi peluang kat orang lain ler dok kat dalam(kat dalam ada aircon) aku lebih selesai dok kat luaq....hehehehe.Bukan apa makan-minum lepas ceramah nanti tu belum siap diuruskan sepenuhnya, so-kami yang spieces terlebih rajin ni perlulah menyediakan kesemua tu. Menu jamuan malam ni Pulut kuning bersama dengan kari ayam dan daging. Minuman pulak kami berjaya dapatkan sponsored dari Zamri-pengeluar minuman Coklat yang menjalankan operasi beliau kat KP. Nampak satu gandingan menu yang agak mantap jugak lah..!Orang suruh mai dengaq ceramah...bukan mai sembang..!!!! heheheheZamri-pengeluar minuman coklat ELNA sedang menyediakan minuman yang di sponsored oleh beliau.Ceramah tamat sekitar jam 10pm dan diikuti dengan solat Isyak, lepas solat semua disajikan dengan jamuan pulut kuning bersama kari daging/ayam. Keadaan di luar surau, meriah dgn residen KPUstaz jemputan ditemani oleh VVIP Kulim Perdana.

TAHNIAH UNTUK SEMUA YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG ATAUPUN TIDAK DALAM MENJAYAKAN PROGRAM ISRA' & MIKRAJ PADA TAHUN INI.
Untuk AKU sekali lagi weekend yasng cukup padat, balik kerumah dah hampir jam 12 tengah malam, esok pagi akan kembali menjalani routine harian sebagai seorang Suami kepada Sue, Dad kpd anak2, Perkerja kpd Intel, Pengerusi kpd residen KP dan pelbagai lagi rantaian yang pastinya bukan sedikit masa yang perlu diagihkan.

No comments:

Post a Comment