Sunday, July 25, 2010

Kenduri Arwah

Telah menjadi annual event utk family aku kat Jerlun, hujung July merupakan masa untuk kami 9 adik beradik berkongsi budget untuk mengadakan kenduri arwah untuk ke dua orang tua kami. Venue kenduri juga di selang seli tapi majoritinya di adakan di Jerlun, sebab agak senang di uruskan. Tahun ni aku yang pilih tarikhnya iaitu 24 July 2010 tapi end up aku yang last sekali balik ke Jerlun sebab clashed dgn program Charity Car Wash kat Kulim Perdana, memandangkan kedua-dua program penting utk aku maka aku terpaksa mengagihkan masa aku utk kedua2 program tersebut. Kami sekeluarga bertolak dari Kulim jam 8am, on the way singgah kat Lunas utk amik Popiah yang aku order utk di jamu kepada jemputan nanti. 930am sampai kat Alor Setar, transit sat kat Alor Setar untuk breakfast kat Kopitiam terbaik/tersedap/tersempoi/ter"variety foods"/tersenang parking dan segala matleka senang lagi. Kopitiam ni adik aku yang introduced dulu, sejak tu kalu ada kelapangan masa kami balik Jerlun memang tak lepas peluang untuk singgah menikmati pelbagai menu menarik kat sini. Lokasi dia -tak jauh dari Menara Alor Setar. Blank Cek utk anak2 pilih menu kegemaran masing-masing.Berlatarbelakangkan Menara Alor Setar.Pandangan SisiKeadaan didalam-banggunan asalnya adalah bilik kelas sebuah sekolah yang telah dikosongkan.Menu kami pagi tu:-Aku - hot plateSue - SotoBoy - American breakfast " Jumbo Hot-dog "Girl - Roti Telur & American Breakfast.Awisy - Coco crunch....kat rumah pun ada..! tapi biasa laaa, kalau dia dah kata yang tu mana pulak tukar dah...ikut suka ler...janji makan.Oklah, tak membazir - semua menu berjaya dihabiskan.Lepas makan terus bertolak ke Jerlun, ramai dah ada-semua kakak2 aku ada, anak menakan pun ada dan orang2 kampung yang datang membantu memasak juadah utk kenduri.Berehat sekejap then aku di beri AR utk mengambil laksa yang ditempah utk dijadikan juadah sampingan nanti. Sue dengan 2 orang kakak aku ikut sekali sebab aku tak tau tempat tu. Anak2 semua tak ikut sebab syok jumpa dgn sepupu mereka.Dalam setengah jam sampai kat lokasi yang dituju, impressed aku dgn apa yang aku nampak....satu perusahaan kampung yang telah berjaya di tranformasi ke satu dimensi yang baru.Mulanya aku menjangkakan kedai laksa biasa yang banyak terdapat di Kedah ni rupanya sangkaan aku meleset, makcik ni dah 20 tahun involved dlm perniagaan membuat dan menjual laksa, dari membuat laksa secara manual kini semuanya telah dimudahkan dengan menggunakan mesin. pulak tu siap ada banggunan menempatkan semua kelengkapan membuat laksa dan dapur untuk memasak kuah laksa di banggunan khas dibelaknag rumah beliau...Aku minta kebenaran dari makcik tu untuk mengambil gambar. Terkasima aku dgn apa yang aku nampak..! Kerja keras makcik ni selama hampir 20 tahun terbalas dengan apa yang beliau ada hari ini. Aku akan datang lagi kesitu janji aku pada makcik tu.Aku rasa cukup berminat untuk tahu lebih banyak nengenai beliau dan perniagaannya. Kami pon tak blh lama dah coz tetamu dijemput jam 12 tengahari. On the way balik singgah Pasaraya Kawang untuk beli utensils, sampai kat rumah jemputan dari Masjid sedang mengaminkan doa dah pon.By 1245 semua tetamu di hidangkan dengan santapan tengahari bermenukan - Kari Daging + internal organ, masak kicap ikan merah, kerabu taugeh+ perut lembu; ulam-ulaman bersama dgn sambal belancan dan agar-agar & rambutan sebagai pencuci mulut dan tak ketinggalan Laksa sebagai side menu utk kenduri ni. Menu yang agak mewah jugak, dan sudah pasti memenuhi selera aku dan tetamu jemputan. Tetamu bertali arus datang menjamu selera, petang kak aku masak satu lagi menu tambahan iaitu kari kepala ikan memandangkan ada satu lagi group yang akan datang petang hari. Memandangkan aku dgn Sue sampai paling lewat hari ni kat Jerlun so kami berdua membodek kakak-kakak dgn menyuci pinggan-mangkuk, periuk-belanga yang telah digunakan, sampai naik kecut main dengan ayaq...settle semua yang tu pi buang sampah sat kat tempat buang sampah, jam dah dekat pukul 730pm dah. Sue siapkan semua brg2 dan aku siapkan anak-anak. Lepas solat maghrib around 830pm kami meninggalkan Jerlun. Anak2 semua keletihan, tak dan nak sampai Alor Setaq, ketiga-tiga dibuai mimpi indah dah. Highway agak sibuk pulak mlm ni, ramai gak org balik kampung rasanya ni.Macam nak raya la pulak...! 1030 pm sampai Kulim Perdana, angkat bdk2 masuk bilik dan kemaskan semua barang-barang terus masuk ke bed. Esok ajerlah selesaikan, letih sangat dah ni.

No comments:

Post a Comment