Friday, June 4, 2010

Cuti Sekolah Mai lagi...Pangkor Island

Day 1Di zaman persekolahan aku dulu, kalu cuti penggal/semester adalah detik2 yang aku tunggu yang akan diwarnai dengan dunia Alam dan Manusia, seluruh perusuk kampung akan aku dgn kawan2 explore. Apa lagi yang aku ada untuk memenuhi cuti persekolahan aku pada zaman tersebut...? Dan harap Arwah mak aku bawa bercuti memang tak mungkin akan berlaku, paling bagus pun kalau ada rombongan sekolah tu dah dikira cukup bagus dah tu...! Definasi cuti sekolah cukup mudah bagi aku, boleh bangun tidur lewat, tidur lewat, keluar main dari pagi hingga ke petang, tak payah baca buku dan lain2 lagi yang membawa maksud buku sekolah tolak ke tepi. Keluar rumah selepas brakfastala kadar apa yang ada bawah tudung saji, maklumlah bangun lewat..! pastu aku dan kawan akan explore satu kampung dengan aktiviti2 seperti terebey burung, main guli, gasing, tuju pot, bantai lemak, polis centry, zero point, cari ikan karin, main tui dan segalamak leka lagi mainan yang sezaman dengannya. Cepat sungguh masa berlalu, anak2 aku lani langsung tak berpeluang utk kesemua itu, mainan anak2 zaman sekarang more tu indoor games, dengan segala jenis gadgets yang ada dipasaran sekarang, keunikkan mainan tradisi lapuk dimamah usia. Tak habis dengan itu, asal cuti sekolah jer mesti kena bercuti, betul2 tinggi maintenances anak2 zaman mellinium lani. Kalau cuti semester lepas kami anak beranak ke Zoo Taiping dan Carnival Water Park Sungai Petani, untuk cuti semester ni pulak kami ke Pangkor Island, destinasi kali ni dipilih oleh daughter aku. Bila aku tanya kenapa Pulau Pangkor, jawapannya cukup mudah...sebab rumah sukan dia Pangkor so dia perlu ke Pangkor untuk nak tahu apa yang ada di Pangkor..!!! Aku perlu ucapkan Terima Kasih kat cikgu dia coz park dia kat rumah Pangkor, kalau dibuatnya rumah Tioman..mau makan maggie lagi aku bulan ni..!! Disebabkan perancangan nak kesini dibuat 2 bulan awal maka segalanya agak tersusun, aku dgn Sue awal2 lagi dah plan annual leave a week utk 1st week cuti persekolahan kali ni. Hotel pun awal-awal lagi aku dah booked melalui travel agent kat Pangkor (http://www.pangkorkini.net/) yang aku perolehi melalui satu blog. Kredit utk travel agent bumiputra ni, harga yang ditawarkan juga agak berpatutan walaupun peak season. Cuti hujung minggu yang panjang minggu ni membuatkan ramai yang mengambil kesempatan untuk keluar bercuti sempena cuti persekolahan. Isnin - 7th June 2010, jam 11am kami meninggalkan Kulim Perdana untuk ke destinasi percutian kami kali ni. Sehari sebelum tu, kereta dah siap di servis, destinasi Jetty Pangkor juga dah siap di set kat Garmin GPS aku dan Smart Tag juga dah reload, nampak betul2 terurus untuk trip kali ni. Perjalanan dari Kulim Hi-Tech Park mengambil masa lebih kurang 2jam untuk ke Jetty Lumut. Dalam perjalanan travel agent aku, En Azmi dari Pangkorkini call untuk tanya lokasi dan status, 2 tumbs up utk company bumiputra ni, macam ni ler yang kita nak dari sykt. bumiputra..provide tip top punya services, tak berapa sen pon kalu nak entertain client macam ni..! Pada sesiapa yang bercadang utk ke Pangkor aku rekomen untuk berurusan dgn travel agent ni, room rate yang dia offer aku pon lebih murah dari harga yang ditawarkan oleh hotel yang aku menginap ni eventhough kita sendiri yang booking. Dalam pukul 130pm, kami sampai kay Jetty Lumut. Tempat parking pon cukup bagus sekali, tak seperti parking nak ke Langkawi..semua diuruskan secara persendirian oleh ulat2 parking, dah ler parking tak berbumbung, charge yang dikenakan pon lebih tinggi dari yang kat Pangkor ni. Dengan multi level parking dan infrastruktur yang cukup baik aku rasa pihak2 berkenaan di Kuala Perlis mahupun di Kuala Kedah perlu mencontohi apa yang di provide oleh pihak Majlis Daerah Manjung yang menyediakan semua ini. Two tumbs up to Kerajaan Kudeta Dato' Seri Zambry..hehehehe...kredit utk dia walaupun bukan masa pemerintahan dia masa semua tu di dirikan.! mungkin dia contribute sikit kut coz dia ADUN Pangkor.Selesai parking kereta kami lunch dulu kat Jetty Terminal, anak2 aku makan pon dah tak berselera dah, masing2 dok kalut nak nak ferry dah. Lunch depa cuma ambil ice cream dan ABC jer.230pm kami menaiki Ferry yang akan membawa kami ke Pulau Pangkor, dengan bayaran RM10 round trip utk Adult dan RM5 untuk kids, aku rasa amat berbaloi dgn service dan infra, yang ada di Jetty Pangkor ni.Sampai jer kat Jetty Pulau Pangkor, kami menggunakan perkhidmatan Pink Van/Shuttle untuk check in kat Carol Bay Resort. Lokasi hotel ni 3km dari Jetty Pulau Pangkor, charge $10 utk perjalanan sehala..OK lah tu sebab peak season.! Nasib baik aku booked bilik ealier, fully booked time2 cuti sekolah macam ni rupanya, kursus goverment staff pun ada 2 group ditambah lagi yang jenis spieces aku yang bawa anak2 mai bercuti ni, jadi riuh rendah kat lobby masa nak check in. Masuk jer ke bilik, anak2 aku dah siap tukar swimming suit masing2 dah tak sabar nak turun ke swimming pool, walaupun keletihan terpaksa ler jugak layan anak2.Lepas mandi kolam renang, bawa semua ke beach pulak utk mandi-manda air masin pulak. Ombak agak besar petang tu, puas jugak ler nak mengawal 3 orang, bertempik riuh rendah...dengaq suara aku jer petang tu..!!!

By 7pm balik semula ke hotel, shower then keluar dinner kat satu Seafood Restaurant bersebelahan dengan Carol Bay Resort. Lepas dinner jalan2 kat area2 situ utk tinjau barang2 yang sesuai utk dibeli sebagai cenderahati. 10pm semua kami anak beranak ZZZZZzzzzzzzzzz.

No comments:

Post a Comment