Thursday, June 10, 2010

Cuti Sekolah = Mendirikan Masjid (Atap Rumbia Vs. Atap Genting)

Asal cuti jer sekolah, mesti ramai yang ambil kesempatan untuk mengadakan kenduri perkahwinan. Pakat berebut pilih tarikh untuk mengelakkan pertembungan. Kalau kat kampung pertindihan hari kenduri jarang berlaku di sebabkan kebiasaannya Pakatan Kenduri ( bukan Pakatan Rakyat..!) akan bermesyuarat sebelum majlis kenduri akan diadakan tapi kalau kat bandar yang kebanyakan memilih catering kebiasaannya tarikh main ikut sedap tuan rumah jer. Lepas balik Pangkor, the next day tu kami balik ke Jerlun, walaupun aku dah tercampak ke Kulim Hi-Tech tapi kenduri kendara masih lagi dijemput. Banyak kenduri yang aku pi sepanjang 3 hari aku kat Jerlun, tapi yang menarik perhatian aku untuk aku kongsikan disini adalah concept kenduri itu sendiri. 2 kenduri yang berlainan tapi pada hari yang sama, suka untuk aku kategorikan kenduri ni sebagai Atap Rumbia Vs. Atap Genting.
Lokasi pertama yang aku pi adalah satu kampung/Pida tapi aku tak ingat dah Pida berapa..aku satu family bersama dgn family kakak2 aku pi secara berkumpulan.Dan seperti biasa kalau balik Jerlun, kereta aku penuh dengan cousin anak2 aku jerlah..dia orang ni asal bergerak jer mesti nak naik dgn aku, tambah pulak Damia dgn cousin dia macam belangkas...buat apa semua mesti nak sekali. So kami bertolak dari Jerlun secara berkonvoi 4 biji kereta . Nak harap aku pi sendiri, masalah sikit ler sbb aku ni bukan ada protokol sangat. Jadi-bab2 kenduri kendara ni aku perlu buddy utk mengiringi aku. Expected ler kalau kenduri kat kampung, penyediaan makanan tentulah secara gotong royong. Kami semua sampai around 1pm memang time perut tengah keroncong ler.Pagi tu hujan sikit, so sedia maklumlah kampung kan..! kalu hujan becak ler bro.yang aku bimbang adalah anak2 aku ler..depa ni kalau jumpa becak/lubang ayaq depa mesti nak lalu kut tu bukan depa nak elak..! Bab2 nak main dengan lumpur/keleboq ni memang ketiga-tiga beradik sama jer.!Kenduri atap rumbia ni agak biasa jer, menu utama adalah nasi putih berlaukkan ayam masak merah dan gulai ikan masin dengan terung.
Dalam keadaan persekitaran yang lembab selembab kuah gulai ikan masin dalam pinggan aku, aku berjaya menghabiskan 2 pinggan nasi walaupun sepanjang masa mulut aku macam bertih dok kena cakap dgn 2 hero aku yang tak berhenti2 bual hal. Darwisy lagi ler teruk, siap buang kasut sebab nak bagi kaki dia kotor...spices apa pun aku tak paham...bab2 kotoq ni memang dia syok sunggguh..! Dia langsung tak makan sebab dok kalut nak explore sekeliling. Kami tak lama kat situ sebab plan nak ke satu lagi majlis perkahwinan.Walaupun serba sederhana tapi aku cukup seronok dgn majlis kenduri macam ni, nak tak nak dengan menu kampung yang macam tu. Dalam dok kalut2 dgn anak2 aku tu pun kami sempat lagi mempotretkan satu gambaq berlatar belakangkan sawah bendang, betul2 cool..! Cukup dekat dgn jiwa aku.Plan awal nak terus ke kenduri ke-2 di Alor Setaq tetapi memandangkan keadaan kasut dan kaki semua anggota rombongan dalam keadaan yang kurang memuaskan lebih2 lagi anak2 aku so kami decided utk balik semula ke Jerlun untuk touch up semula. Lepas solat zuhur kami sekali lagi ke lokasi ke-2, khabarnya rumah ke-2 yang kami akan pergi ni kendurinya cukup besar. Sekitar 3pm kami sampai ke majlis tersebut. Benar seperti yang dijangkakan..Majlis Kenduri Atap Genting ni cukup grand bagi orang kebanyakkan. Berkonsepkan modern dan memenuhi tema dewasa ini dimana setiap ahli keluarga akan mengenakan pakaian yang sama dan keseluruhan majlis begitu kontra dengan majlis kenduri pertama yang kami pi tadi. Rombongan kami juga disajikan dengan menu VIP's. Lauk pauk cukup banyak dan mewah, selain tu ada side menu iaitu bubur kacang & laksa, itu belum kira dgn preparation di dalam rumah lagi..tak cukup dengan semua tu setiap tetamu selain dari bunga teluq ada lagi barangan iringan yang diberi iaitu Mug untuk tetamu lelaki dan Goodies bag untuk tetamu wanita dan kanak-kanak. Seperti kebanyakkan wanita2 lain diluar sana, Sue juga tak terkecuali-asal pergi kenduri jer mesti kena masuk tengok bilik pengantin dan pelamin..sampai sekarang aku masih tak paham dengan situasi macam ni.Lepas setiap inci pelamin dan bilik pengantin diteliti dengan penuh minat, kami ke rumah sebelah rumah kenduri juga rumah ahli keluarga tuan rumah untuk berehat dan sekali lagi dijamu dengan kueh mueh tradisional bersama dengan Kopi-O, aku tak mampu untuk berkata TIDAK bila disajikan dengan Pulut Kacau...memang kesukaan aku sejak azali lagi..! Lepas makan sempat lagi membuta sekejap. Tak lama lepas tu kami dikejutkan dengan berita hand bag dan handphone pengantin dan kakak pengantin hilang dari dalam bilik. Kecoh satu rumah dgn insiden tu. Disyaki berlaku semasa rombongan pengantin sedang bergambaq di dalam bilik pengantin, macam2 theory keluar dan masing2 bukan saja sibuk mencari malah siap esclated to bomoh2 yang mereka kenali untuk menilik barangan yang hilang. Macam2 cerita dok ada..apa pun memang tak berhati perut ler mereka yang terlibat dalam aktiviti macam ni, orang dah jemput mai makan dia balas dgn mencuri pulak dah..! Mode gembira semua penghuni isi rumah dengan sambutan menantu bertukar sedih dengan peristiwa tersebut dan yang lebih mendukacitakan pengantin adalah wang mas kahwin beliau juga turut sama lesap walaupun kesemua barangan tersebut disimpan didalam drawers, tentulah mereka yang terlibat seperti well planned. Apa boleh buat, semuanya ujian dari Allah SWT, untuk kita semua melihat perkara ini dari sudut positive - berhati2 lah dimasa akan datang, Pencuri/Penyamun/Penjahat/Pencopek ada dimana-mana sahaja. Dikala Kenduri Atap Rumbia sedang sibuk mengira berapa duit salam yang diperolehi dipihak Atap Genting kehulu dan kehilir berjumpa bomoh dan ke balai polis untuk urusan berkaitan.

No comments:

Post a Comment