Saturday, June 12, 2010

Full Schedule

Sesekali kalau kami balik Jerlun schedule kebiasaannya memang full, ada jer benda yang depa plan. Balik baru ni pon terkecuali, selain dari menghadiri kenduri kahwin sempat lagi bersantai dgn anak2 dan counsin mereka di Jitra sambil menonton wayang. Pagi Jumaat dimulakan dengan gotong royong membersihkan kampung, kami yang lelaki ni ditugaskan untuk menebang sebatang pokok yang menghalang laluan dihadapan rumah pusaka kat kampung. Orang kanan aku yang sentiasa akan menemani aku dalam segala urusan..!Sikit punya besar ka pokok tu tapi nasib baik ler batang dia jenis yang tak berapa keras..hampir 2 jam jugak ler untuk nak selesaikan task tu. Lepas tebang pokok bawa Sue, Damia & Darwisy ke Pekan Nat di Kuala Jerlun, Pekan sehari yang menjadi tumpuan penduduk kampung berdekatan untuk mendapatkan ikan segar. Aku dgn Darwisy terleka kat jeti pendaratan ikan Kuala Jerlun melihat nelayan membuang ikan dari pukat masing2. Rezeki murah sungguh nelayan Kuala Jerlun pagi tu, semua pukat mereka dipenuhi dgn ikan kembung, lepas melerai ikan dari pukat terus bawa ke Nat dihadapan pengkalan pendaratan untuk dijual secara terus kepada pelanggan. Harga untuk sekilo ikan temenung/kembong pagi tu dijual dgn harga RM4.00...Wow lumayan tu..kalau setiap boat dapat mendarat 200kg, RM800 dapat laba untuk hari tu, kos rasanya tak berapa sangat coz they all semua dapat subsidi Petrol/Diesel...tak susah nelayan zaman sekarang kalau dibandingkan dengan zaman dahulu. Walaupun aku pro PAS tapi aku agak rasional dlm menilai sepak terajang politik Malaysia, aku perlu ucapkan Tahniah kepada Dato' Mukhriz - MP Jerlun, sejak beliau menang sebagai MP kawasan Jerlun dlm PRU yang lepas, banyak perubahan dari dilihat di kawasan parlimen Jerlun. Jeti pendaratan ikan disetiap kuala dalam Parlimen Jerlun semua dinaik taraf, cara beliau managed kawasan beliau perlu di beri kredit-pendekatan yang beliau ambil dalam menanggani issues penduduk setempat yang kebanyakkan dari mereka terdiri dari petani dan nelayan cukup berjaya, walaupun life style beliau yang agak urban tapi bila balik ke kawasan beliau lebih senang menyesuaikan diri dgn masyarakat setempat, approach secara down to earth sangat berkesan..! Mungkin sebagai MP di pihak goverment beliau ada access kepada pelbagai dana dan ini memudahkan beliau untuk deliver kepada penggundi beliau, tapi kepada MP yang bukan di pihak BN jangan jadikan faktor kewangan sebagai alasan untuk menghalang pembanggunan di kawasan mereka, sebagai MP/ADUN mereka perlu kreatif dan mencara ikhtiar macam mana nak memenuhi semua keperluan pengundi mereka. Kalau setakat dok commit masa election tapi lepas menang langsung tak amik tau keperluan pengundi, aku pon mau jadi MP. Banyak alternatif untk nak dapatkan dana, walaupun pelbagai sekatan dikenakan kepada ADUN/MP pembangkang tapi kalau nak seribu daya tak nak seribu dalih..! Lepas explore pekat Nat, balik ke rumah utk Sue and kakak2 aku siapkan Lunch, menu lunch cukup memenuhi selera aku, lepas jer makan terus ke Masjid untuk solat Jumaat. Lepas solat anak2 aku dengan counsin dia orang semua dah siap sedia, program seterusnya adalah menonton wayang di satu cineplex kat Pekan Jitra, wow Jitra pun sekrang ni dah ada Cineplex.
Ticket dah siap dibooking oleh adik aku..12 orang kesemua rombongan Cik Zull's ke Cineplex Jitra..tau dak filem apa yang kami tengok..? Cerita cinta Melayu bro...! Tangkap nangis habisss...hehehehe ..bukan nangis dgn movie tu tapi nangis dgn kerenah anak bongsu aku..Darwisy..!Tahap gaban punya dia buat perangai hari tu..nak salahkan dia pon tak blh jugak coz cerita tu memang tak sesuai utk tontonan kanak2 pun...tapi dah itu jer yang ada time tu ditambah pulak cousin2 anak aku yang meningkat remaja tu memang nak sangat ler menonton cerita2 macam tu..." Lagenda Budak Setan" aku layan anak aku lebih dari layan tengok cerita tu...mula2 sebelum masuk .. dah beli pop corn, soda and sausage. Habis jer stock makanan dia, dia dah mula buat perangai...! nasib baik ler satu row tu semua suku sakat aku jer,tapi yang dok kat seat depan dgn belakang row kami memang tension habis ler hari tu...dia siap tendang2 seat depan dia, cakap kuat2 pulak tu...siap dia boleh tenking nak ajak pi Tesco....sabar jer lah..! apa pun dapat ler jugak kami menamatkan tontonan kami petang tu, walaupun dah banyak kali aku bawa di masuk panggung, tapi syle dia tetap sama jer..! Lepas menonton kami terus proceed ke Tesco Alor Setar, amik highway dari jitra ke alor setar, ingatkan nak save masa tapi tak jugak rupanya.! dah janji nak pi Tesco so kena bawa ler jugak, aku beli junk foods utk stock World Cup game yang pertama mlm ni, anak2 buah aku dah janji nak mai Jerlun untuk tengok bersama. Sampai Jerlun dah 7 lebih dah, depa yang lain tengok dok cicah "garam-belacan" buah pelam kat luar rumah..! Pencicah home made. Kesedapan dia mengalahkan yang dok jual kat Pekan Rabu tuuuu..!Pehhh... terliur aku..mana boleh tahan...! Pekena dulu sebijik dua sebelum solat maghrib, lepas maghrib ada satu lagi program sementara nak tunggu perlawanan pertama world cup antara South Africa Vs Mexico iaitu main badminton dgn adik dan anak2 buah aku kat court badminton yang awal2 lagi anak buat aku dah sewa siang tadi. Lepas jer maghrib terus proceed ke situ, sempat la main 3 set then balik kerumah utk shower dan rest sekejap then lepas tu layan world cup dgn anak2 buah aku yang siap sedia menunggu kat rumah. Sambil pekena kacang goreng, kuaci, snack dan kopi -O panas kami layan world cup, finally belum pun tamat game aku dah terlentuk depan tv kepenatan. Satu hari yang penuh dengan pelbagai aktiviti. Macam tu le kalau aku balik Jerlun, mesti tak lekat kat rumah punya..macam2 program yang diatur oleh Sue, kakak2 aku, anak2 buah aku mahupun aku sendiri...!! Keletihan boleh pun pulih, awal pagi Sabtu tu, anak sulung aku Danial dah sibuk ajak teman dia mancing ikan pulak, memandangkan dia dari awal lagi dah bawa balik set memancing dia terpaksa le layan dia pulak. Nasib baik ler dia nak mancing kat ban depan rumah jer, siapkan set mancing dia lebih kurang, aku layan ler dia sat mancing.

Like father like son..! apa boleh buat..aku pun suka gak mancing...walaupun malas dan letih terpaksa gak la layan.Lepas layan Danial mancing, Sue dan Kakak aku ajak pi Pekan Nat kat Sungai Korok pulak..! Bawa depa pulak pi shopping kat Pekan Nat, buakn beli apa sangat pun..tapi heran sungguh aih...asal balik kampung jer, Pekan Nat dah jadi agenda wajib.Aku dgn Darwisy lepak dalam kereta jer, tak larat aku nak melayan Darwisy....ada jer benda yang dia nak beli...!

Balik dari Pekan Nat terus siap2 untuk pi makan kenduri kat Jitra dan kami akan terus proceed balik ke Kulim coz ada satu lagi kenduri kat Kulim. By 6pm aku sampai kat Kulim Hi-Tech, rehat sat sbb lepas tu nak buat marathon World Cup...layan bola dari jam 730pm till 430am secara marathon, stop untuk solat, makan dan isap rokok jer...hehehehe...syokkkk ooooo tengok bola channel 825... HD bro....hilang habis rasa mengantuk kalau dapt tengok bola yang ada HD.

No comments:

Post a Comment