Thursday, June 10, 2010

Pangkor - Day 3 - Bye Bye Pangkor

Hari ke 3 di Pangkor dan bermakna dah nak kena check out dah hari ni, seperti biasa pagi ni dimulakan dengan breakfast kat hotel dulu. Menu yang berlainan dari semalam-berselera masing2 menikmati breakfast pagi ni.Lepas jer breakfast, layan anak2 aku utk last lap kat swimming pool. Pakat berendam sampai kecut. Mama diaorang sibuk dok berkemas brg2 yang menimbun.
Lepas dah puas kat swimming pool, kembali ke bilik utk bersiap sebelum check out. Pam dulu sebotol sebelum berlepas pulang.1230 pm Check out from Carol Bay Resort.Lepas Check Out, naik shuttle ke Pangkor Town untuk shopping serba sedikit barang-barangan hasil laut Pulau Pangkor untuk buah tangan dan cenderahati kenangan.Lepas shopping lebih kurang terus proceed to jetty, working distance jer dari Pangkor town, sampai kat Jetty ferry sedia menanti untuk kembali ke Lumut. Service yang baik utk peak season macam ni, dia orang dah tak ikut schedule dah..Penuh jer ferry terus berlepas. Sekali lagi aku perlu bagi kredit untuk management ferry kat Pangkor ni, baik berlipat kali ganda dengan perkhidmatan ferry untuk ke Langkawi.Masuk ferry jer anak2 aku semua tidur keletihan walaupun perjalanan ferry tak sampai 30 minutes. Sampai jer kat Lumut, ketiga-tiga beradik terus nak refreshment...cuaca agak panas hari ni.Dari jetty Lumut kami terus ke parking kereta untukk berlepas pulang meninggalkan moment-moment indah dan menarik sepanjang 3 hari di Pangkor. Overall memuaskan dan satu terapi yang baik untuk kami sekeluarga.Around 2pm kami meninggalkan Lumut untuk kembali ke Kulim Hi-Tech. Singgah di RnR Bukit Merah untuk Lunch selepas gagal berjumpa dengan kedai/restauran yang memuaskan sepanjang laluan Lumut-Pantai Remis.Sekitar 5pm sampai kat Kulim Perdana, kami anak beranak terbungkang keletihan depan living hall dan Sue pulak sibuk berdobi 3 hari stock pakaian sepanjang di Pangkor sebab esok awal2 pagi kami akan balik ke Jerlun pulak untuk menghabiskan cuti hujung minggu kami di sana.

No comments:

Post a Comment