Saturday, May 29, 2010

Baju Raya

Eid Mubarak jauh lagi, ramadhan pun belum tapi wife aku dah sibuk utk preparation pakaian raya. Last week masa balik Jerlun plan nak shopping kain utk pakaian pagi raya di Jackel Alor Setar, baru seminggu buka Jackel kat Alor Setaq ni, mengikut kata kak aku depa buat Sale besar-besaran sempena pembukaan. Mak Andih aku pun apa lagi, macam tak dan2 nak pi laa..day 1 masa kat balik kampung tu dah dok sibuk dgn hot ballon maka next day tu, terbit jer mata hari kami dah bersiap2 utk balik semula ke Kulim dan akan singgah terus Jackel utk shopping kain utk baju raya. Wooowww...Apa nak kata....! 3 bulan lagi nak raya...baju raya dah nak beli dah..!!! Schedule raya tahun ni kat Jengka, Pahang so since kami ni jarang2 balik Jengka so sekali sekala balik, nak tak nak time raya pulak tu tentulah Mak Andih aku nak buat preparation sebaik mungkin..Aku macam biasa laaa...bab2 nak bawa shopping tak dak hal punya, asalkan time kat kaunter pembayaran tu dia yang settlekan..hehehehehe.

9am kami dah terpacak depan Jackel Alor Setar, located kat Simpang Kuala-opposite dgn Sekolah Teknik Alor Setaq. Sekali lagi aku stress kat sini...pukui 9am terpacak depan Jackel...tengok ada ler 2,3 bijik kheta dgn 5,6 bijik motorcycle..ushar punya ushar rupanya depa tak buka lagi ler...Jam 10am baru start operasi...mak oiiii kemaruk sekali no nak beli baju raya sampaikan kedai pon tak buka lagi kami dah sampai. Memandangkan sejam lagi utk Jackel buka, so Mak Andih decided utk shopping kat Alamoda Sungai Petani, yang ni pon dia bagi tau aku Group of Jackel jugak..so, kita orang terus meninggalkan Jackel Alor Setaq utk ke Alamoda Sungai Petani..Drive slow2 then by 10am kami sampai kat situ, notice board tulis buka jam 10am tapi hari tu depa ada briefing pulak, delay 20 minutes...Wow....banyak sungguh aih halangan utk nak beli baju raya tahun ni..!!!! Macam - macam jenis pose dah kedai tak buka2 lagi kut..!Tunggu punya tunggu finally depa buka jugak dan sudah tentulah kami pelanggan pertama utk hari tu...Aku ni bab baju melayu ni agak memilih sikit...tukang jahit aku cuma satu jer iaitu kat Pekan Rabu Alor Setaq, so even beli kain kat mana pun, mesti kena balik Pekan Rabu jugak utk jahit baju aku. Walaupun agak expensive tapi so far aku amat berpuas hati dgn qualiti jahitan dia. Walaupun mai dari Jerlun tapi bab2 macam ni aku amat particular sikit..!!! Macam biasa jugak, pemilihan color juga adalah kuasa Veto aku...lepas satu rack ke satu rack...jumpa ler yang berkenan..memandangkan aku ber-ideologi-kan PAS so tema utk tahun ni adalah kehijauan sikit. Utk aku dan hero2 aku akan beruniform sama pagi raya ni. selesai utk kami yang hero2 ni..lepak jerlah utk Mak Andih and daughter aku punya turn pulak..depa tak laa sedetails aku. Sekejap jer dah dapat pilihan hati. Kain semua dah ada, so kena tunggu balik Alor Setaq pulak ler utk jumpa tukang jahit aku...Toiler aku ni adlah toiler yang sama yang dok buat baju melayu mantan PM kita Tun Mahathir, aku pon tak tau kat mana yang istimewanya tapi aku memang suka tempah baju melayu aku kat situ. Walaupun agak mahal berbanding dengan toiler kat tempat lain tapi dah jadi tradisi aku agaknya, mahal sikit pon tak per laa..pulak tu bukan selalu..setahun cuma sekali jer..! So, next week kena balik Jerlun lagi lor utk ke Pekan Rabu pulak..!

No comments:

Post a Comment