Friday, June 25, 2010

Ultraman Gaia menyerang Pekan Rabu

Sabtu 12 June 2010, baru ni kami balik ke Alor Setaq sekali lagi untuk misi tempahan baju melayu untuk Raya tahun ni kat Pekan Rabu Alor Setaq. Mulakan perjalanan dari rumah seawal 8pagi, singgah kat Pak Ya Lunas untuk breakfast Roti Sardin The Best in Town. Lepas breakfast terus proceed ke Alor Setaq. Sampai Alor Setar terus ke Pekan Rabu...Alor Setaq lani dah tak sama dgn Alor Setaq dulu, nak cari parking pun susah...pesat sungguh aih pembangunan kat Alor Setaq lani...maklumlah dah jadi bandaraya..! Parking kereta kat belakang Pejabat Utusan Alor Setaq, nampak ada ekspo AGRO BANK kat ruang legar opposite Pekan Rabu, patut ler susah sangat nak parking kereta.Jejantas nak ke Pekan Rabu ditutup pulak sebab tengah dok upgrade kut...punya ler susah nak cross street kat situ...pemandu2 kat Alor Setaq ni langsung tak sporting, puas aku dok tahan tangan suruh slow nak bagi anak2 bini aku lintas jalan, langsung tak layan pon..!!! Macam Hampehh..!Masuk jer Pekan Rabu terus ke Tailor favourite aku ler, tempahan untuk kami 3 beranak yang hero2 ni... Sue dan Girl dah buat tempahan dah kat butik kawan dia. Boy pulak tak ikut hari ni sebab masih lagi kat rumah ex-pengasuh dia, dah hampir seminggu dah dia habiskan cuti sekolah dia kat sana, habis setiap inci kampung tu dia nak explore, tulah yang tak mau ikut balik Alor Setaq tu, aku guna ukuran baju last year ajerlah. Nak amik ukuran Darwisy ler yang paling susah, dia dok tertarik dgn satu kiosk kat tingkat bawah yang dok jual Toys..Cakap apa pun tak guna...dok kira nak ke situ jugak..!Asyik dok nak ajak pi beli Ultraman dulu,dia buat Pekan Rabu tu macam rumah dia jer, berlari ikut suka dia...menjerit2 langsung tak heran kat orang yang dok lalu lalang. Uncle Tailor naik pening dan letih dgn kelaku dia.Apa pun dapat ler juga amik ukuran dia lepas pujuk nak beli Ultraman Gaia. OK, settle bab baju raya tahun ni...siap pertengahan bulan August nanti. Lepas settle semua kena gak turun kat level bawah utk ke kiosk tadi, langsung tak makan pujuk, dia beli satu topeng Ultraman Gaia, nasib baik nak topeng jer.. save budget aku, sebelum tu masa dok kalut2 kat Tailor tadi dia dok habaq nak beli patung ultraman Gaia tu, sampai kat bawah jer dah bertukar fikiran, sebelum dia sekali lagi bertukar fikiran aku terus bayar $2 untuk topeng tu dan meninggalkan kiosk tersebut.Dibantainya pakai topeng tu sepanjang masa...dia fire semua orang yang lalu lalang kat depan dia. Keluar dari Pekan Rabu singgah Expo Buku kat luar, beli serba sedikit buku2 utk anak2.Then singgah kat Expo Agro Bank pulak. Cuaca panas sangat hari tu membuatkan mode nak jalan2 terbantut. Sue dah buat arrangement utk Lunch dgn Kakak aku kat Pumpong, dulu kami pernah lunch kat situ, sedap sungguh aih makanan dia, semua menu kampung..! Kebetulan adik aku dan 2,3 orang anak buah aku pun dok ada kat sekitar radius tu, kami ajak depa sekali lain join lunch.Memandangkan kami yang sampai dulu, aku terus jer proceed order makanan yang nak dimakan. Pelik juga aku, awat rasa lain macam jer kedai ni..! Makanan dia pun tak ler sabanyak masa yang aku mai dulu tu.Kucing yang disangkanya Raksaksa, terus ajer di fire..! Nasib baik tak mati..!!!Walaupun pelik tapi aku tetap pi order jugak dan setup kerusi meja sementara tunggu depa yang lain sampai. Sampai jer dia orang baru ler aku tau rupanya kedai dulu tu dah berpindah tempat, tak jauh dari situ ..walking distance jer...kalau dulu dia meniaga kat Food Court tapi lepas dapat sambutan yang bagus dia pindah ke shop lot sebelah food court tu, apa boleh buat..makanan dah pun aku order...nak tak nak kena makan jugak ler...Out of my expectation ler...OUT..! Langsung tak memenuhi selera aku..pulak tu mahal nak mampus...Aku pangkah terus kedai tu..mula2 aku set gak ler kat GPS aku, tapi lepas makan kat situ...terus aku delete jer kedai tu..! Rasa rugi sangat sebab tak sabar nak tunggu depa mai dulu baru order..! Lepas lunch kat situ, kami pi ke rumah kak aku utk rest sekejap sebelum bertolak balik ke Kulim, hari ni tak plan nak balik Jerlun coz masa suntuk sangat. Sampai kat rumah dia, kak aku prepare Keow Teow Teng pulak..aku sempat tidur sat...bangun tidur makan keow teow Teng dgn Cendol Mulut...Pehhh....kombinasi yang mantap..! Lepas makan, shower and solat kami terus bertolak balik, nak singgah Tesco Sungai Petani sat untuk beli barang2 dapur.
Penuh satu trolley stock barang2 dapur - then terus balik ke rumah, kena siap2kan rumah sikit coz pagi tadi tak sempat nak siap. Malam ni ex-pengasuh Boy nak mai hantaq dia balik. Lepas house keeping lebih kurang, bawa anak2 ronda naik motor keliling taman, maklumlah dah jadi Pengerusi Persatuan Penduduk ni, kena ler jugak amik tahu keadaan persekitaran...! hehehehehe...macam YB ler pulak..! cuma yang bezanya YB ronda naik Merc. aku pulak naik Motor cup ajerlah...! Malam tu hampir jam 10pm baru depa mai hantar Boy, lepas depa balik jer terus bawa anak2 pergi tidur, esok pagi depa dah nak kembali ke sekolah selepas bercuti 2 minggu dan aku pulak malam tu ada gotong rotong nak siapkan guard post kami yang baru.

No comments:

Post a Comment