Friday, May 7, 2010

Selamat Hari IBU

You don't really understand human nature unless you know why a child on a merry-go-round will wave at his parents every time around - and why his parents will always wave back.
Selamat Hari ibu / Happy Mother's Day utk semua yang bergelar IBU, MAMA, EMAK,MAK,MAMI atau apa sahaja panggilan yang membawa maksud anda adalah wanita yang mengandungkan baby dan seterusnya melahirkan zuriat tersebut dan memberi kasih sayang sayang sepanjang tempoh membesarkan baby anda. Ucapan ini terkecuali kepada mereka yang melahirkan anak melalui penzinaan, mereka yang bergelar mummy kepada anak2 ayam..!, mereka yang masih belum berkahwin tapi dah sibuk dgn panggilan Papa /Mama to each partner masing2...menyampah betul aku...!!! dan juga kepada mereka yang cuma tahu melahirkan anak tapi tak tahu nak mendidik anak2 tersebut, membuang anak2 tersebut di dalam tong2 sampah, atau ditinggalkan dirumah2 ibadat. ..yang ni semua terkecuali dari mendapat penghargaan ucapan Selamat hari IBU walau dari sesiapa pun..!

Hari Ibu adalah hari peringatan/ perayaan terhadap peranan seorang ibu dalam keluarganya, baik untuk suami, anak-anaknya, mahupun lingkungan sosialnya.
Peringatan dan perayaan biasanya dilakukan dengan membebas-tugaskankan ibu dari tugas domestik yang sehari-hari dianggap merupakan kewajibannya, seperti memasak, menjaga anak2 dan urusan rumah tangga lainnya.Setiap tahun pada hari Minggu ke-2 bulan May merupakan hari yang perlu anda hargai kepada setiap makluk yang bergelar IBU, esok kalau aku dah bergelar PM aku akan declare hari Ibu sebagai Public Holiday..!

Bagi aku pulak, tak pernah aku tau pun wujudnya hari ibu ni sebelum ni...! seingat aku tak pernah pun aku ucap atau celebrate hari ibu kepada Arwah Ibu aku...tapi bila aku ada family sendiri, barulah aku tau rupanya tiap2 tahun pada hari minggu ke-2 bulan May ni rupanya masa utk nak celebrate kaum IBU, tu pun sebab anak2 aku sibuk utk utk celebrate mama mereka..! Mungkin pendedahan yang mereka dapat sejak di awal pengajian mereka di kindergarden lagi kut, bagi aku yang tadika pon tak masuk ni..mana la nak tau semua2 tu..!Menyebut soal IBU rasanya tak lengkap kalau tidak menyebut tentang Arwah Ibu aku, wanita pertama yang aku kenal dlm kehidupan aku, manusia yang penuh ketabahan untuk membesarkan 9 orang anak seorang diri setelah kembalinya Arwah ayah aku ke rahmatulallah seawal usia aku 3 tahun. Sedar tak sedar dah 11 tahun dah Arwah mak aku meninggalkan kami semua. Membesarkan kami 9 adik beradik dgn 7 orang pertama adalah perempuan dan aku dgn adik aku jer lelaki tanpa mendapat bantuan dari seorang yang bergelar suami kepada beliau, aku rasa tak semua orang dapat berbuat seperti Arwah mak aku.! Kalau boleh aku kembalikan semua itu, pasti Hari Ibu yang disambut sekarang ni cukup bermakna utk aku..! Tapi ternyata Allah SWT lebih tahu apa yang terbaik untuk setiap insan.

Aku akan pastikan perkara ni tak akan berulang untuk generasi ke-2 aku, so sempena hari Ibu ni kami anak beranak akan turut meraikan Mama mereka dengan cara yang tersendiri. Selayaknya semua insan yang bergelar IBU diraikan, kepada anda semua luangkan sedikit masa dan hargailah mereka semua yang bergelar IBU dengan cara anda tersendiri, yang pentingnya adalah Penghargaan, raikan dengan cara anda tersendiri.!
Your responsibility as a parent is not as great as you might imagine. You need not supply the world with the next conqueror of disease or major motion-picture star. If your child simply grows up to be someone who does not use the word "collectible" as a noun, you can consider yourself an unqualified success.

No comments:

Post a Comment