Friday, May 28, 2010

Anual Event - Fishing @ Tuas YAN

Anual event dgn kawan2 office kembali untuk tahun 2010, seperti tahun sebelum bulan 6 adalah masa utk kami ke Tuas, Yan untuk memancing. Rata-rata kawan2 aku ni bukan tau memancing sangat pun.! Kebanyakkan dari mereka ni rod memancing pun tak dak , tu pun jangan... asal sebut nak memancing...sibuk nak ikut...!!! Hehehehe ...macam hampeh..!!
Tahun ni perancangan dibuat seawal bulan 3 hari tu. Ahli wajib yang akan turut serta adalah Aku, Adi, Lan, Hazardi, Faz dan ada satu tempat kosong since Harris tak leh nak ikut serta tahun ni memandangkan wife dia Linda just delivered new baby boy...nak cari pasai ler kalu dok ikut kami jugak..!!!!so, ada satu tempat kosong...3 orang dok melobi utk nak ikut...sebagai penaung utk trip kali ni aku pilih Pak Jan sebab dia ni kenai gak ler alat-alatan dan teknik2 memancing ni...boleh ler tolong aku sikit...nak harap yang lain2.....!!! menghabiskan boras jer..!!!!
2 minggu sebelum berlepas, Adi dah sibuk susun meeting dan perancangan2 lain...Well plan...every single items dia captured and atur cantik2...Lu memang brother laaa bro..! Adi pinjam 3 bijik mesin hi end bapak dia and dia beli satu set light action utk Apollo.
Faz kali pertama dalam hidup dia beli set memancing..budget kecik tapi nak yg hi end...puas gak ler aku nak cari..! Pak Jan dia memang ada satu set yang medium action. Lan lansung apa pon tak dak, pinjam dari office mate dia 2 sets. Hazardi bawa set anak dia yang light action, mungkin sesuai utk Apollo jugak ler rasanya. Hat yang lain2 tu aku la yang punya. Set memancing semua dah ready...peralatan2 lain semua siap sedia dari awal lagi dek penangan Adi yang dok chase after us...So, tinggal nak turun pi Yan jer lagi. Semua ahli berjaya mendapat Lesen dari wife masing2 prior departure..Pak Jan, Faz and Hazardi kira kategori lain berbanding kami yg 3 orang lagi ni coz depa 3 orang dah termasuk dlm Kategori Lesen Agong...Pukui 1 AM nak pi pukul 1259 baru bagi tau.!
Seperti yang diplan...Melintasi jam 1 pagi - Ahad 30th May 2010, Adi dengan lagak seperti pahlawan keluar dari rumah untuk mai jemput kawan2 lain yang dok kat Kulim ni, semua berkumpul kat rumah aku kecuali Hazardi. 145 am kami meninggalkan Kulim utk ke rumah Hazardi, jam 215am dikala orang lain sedang enak di buai mimpi indah kami terpacak depan rumah Hazardi, hampir 17 minutes diambil utk menyedar beliau dari tidur...memang tak blh harap..! Selesai menyusun semua kelengkapan kedalam 2 bijik kereta kami meneruskan perjalanan ke KAPITAN Bandar Perda untuk mengisi perut dan tapaw stok utk trip pagi ni. Seawal 3 am Pak Jan dah balun nasi kandaq dan kami yang lain pekena Roti Naan. 330am secara rasminya kami bertolak utk kedestinasi memancing tahunan kami...!
Aku plan nak tidur sekejap dalam perjalanan memandangkan aku pasti menjadi orang yang paling sibuk masa memancing nanti since aku seorang jer yang tau sikit pon selok belok memancing berbanding dgn team mate aku yang lain...hehehehe! Tapi yang hangin satu badan tu sbb aku langsung tak blh nak tiduq.. Adi yang dari tadi dok sebut tak sedap perut....pelepas baik punya kentut kat dlm kereta bertali arus dari Perda sampai ke Yan...Peeehhhh, tiada perkataan yang sesuai utk aku gambarkan kebusukkan kentut Adi dipagi yang hening tu..! Melekat sampai kedalam seluruh anggota pernafasan aku..!!! 15 minute sebelum 5am kami sampai kat Jeti Kuala Dulang Yan, ramai jugak orang pagi ni nak turun ke Tuas. Touch down jer kat Kuala Dulang Adi dan Lan terus proceed ke toilet, depa lawan dok bergilir jaga pintu toilet utk melepaskan hajat masing2..! Cerita bab Toilet kat Kuala Dulang ni, tak lengkap kalau tidak memperkatakan atau membangkitkan soal mentaliti orang2 melayu diperkampungan nelayan...maaf ler no kalau ada sapa2 yang ada adik beradik kat sana...Susah sangat ka nak buat toilet elok2 sikit, kawasan tu dah memang mendapat perhatian kaki pancing dari seluruh Malaysia, susah sangat ka towkey2 boat pakat donate seorang sikit buat toilet yang lebih baik dari apa yang depa ada lani, dah ler gelap sebab sebijik lampu pon tak dak, nak ada mcm mana kalau wiring pon tak buat..!!! Toilet sebijik mcm tu pon depa tak blh nak mantain...! Busuk/Mual/Hancing/Jijik dan semua yang sama maksud dan selari dengannya..! Tak dak perkataan sesuat utk aku nak gambarkan..!! Ustaz Azizan Menteri Besar Kedah kalau baca blog aku ni, tolong ler masa balik melawat kawasan tu jengok2 ler kemudahan kat Kuala Dulang ni..Lakukan lah sesuatu....buat malu orang Islam jer kalau bab2 kebersihan ni tak di titik beratkan..!!!
Jam 5am kami start load barang2 ke dalam boat yang sedia menanti kat Jetty, 530 sharp kami meninggalkan Jetty Kuala Dulang utk misi Ikan Tenggiri 2010. Hazardi & Faz dapat port yang sempoi punya, tak dan boat nak keluar kuala lagi dah hanyut dibuai mimpi indah, kami yang lain yang dok kat bahagian hadapan boat cuma pakat blh nak layan alunan laut cina selatan jer lah...alun agak kuat pagi tu ditambah pulak dalam kegelapan, masing2 muka panic jer sepanjang perjalanan...nasib baik dah telan ubat tahan muntah tadi, kalu tak mau terburai isi perut aku..! Tak banyak persediaan yang blh dilakukan memandangkan keadaan persekitaran yang masih gelap. Selepas hampir sejam berlepas, tekong Hairi memberhentikan engine boat, pasai apa pulak dah..? rupa2 nya dia dok sibuk telefon kawan2 dia....dah terbabas dah kami rupanya....dia tak dapat nak cari dentinasi Tuas dalam kegelapan...kalau aku tau tentu aku dah bawa Garmin nuvi aku dah.....!!! hehehehe.
Finally sekitar 645am kami sampai ke Tuas yang dinanti2kan...walau pun kat mana berada,kewajipan tak blh nak dikesampingkan...pakat solat subuh dulu dan berdoa utk keselamatan dan hasil utk dibawa balik kepada anak bini yang sedia menanti kat rumah. 7am kami start menduga penghuni Tuas Mat Arip YAN untuk mencari umpan hidup dgn menggunakan teknik Apollo...Wow, menarik sungguh aih pagi ni....banyak sungguh ikan kembung yang sangkut kat Apollo, hampir 40 ekor ikan kembung hidup utk umpan dan banyak lagi anak2 ikan lain yang sangkut utk dibawa balik menjadi lauk. Permulaan yang agak menarik walaupun keadaan laut pagi ni bukanlah sebaik masa trip2 yang lepas. Kami meninggalkan Tuas tersebut untuk ke Tuas Mat Arip yang satu lagi utk menguji Tenggiri pulak. 3 jam pertama disitu, tak banyak hasil yang diperolehi walaupun pelbagai teknik di cuba, tenggiri langsung tak sudi menyahut umpan kembung hidup kami. Dek kebosanan dan keletihan aku layan tidur sekejap, dapat gak ler dalam sejam tidur berlantaikan boat dan berbumbungkan langit, bangun jer tidur tekong ajak ubah tempat, kembali semula ke Tuas yang awal tadi, teorinya kalau tak dapat tenggiri pun sekurang2 pakat boleh apollo ikan kembung/temenung kat situ.blh gak buat lauk katanya, Ok jugak lah kalau mcm tu, so kami back to Tuas yang awal tadi..Peehhhhh rupanya rezeki kami kat situ, sekor demi sekor ikan Tenggiri dan Banang ( Ikan kacang ) berjaya didaratkan..Team yang dok Apollo pon tak berenti mendarat ikan kembung, kerisi dan pelata. Mode semua kembali gumbira, masing2 sibuk dgn joran masing2..dalam cuaca yang panas melampau kami berusaha keras utk laba santapan anak bini yang setia menunggu di rumah. Bekalan makanan bersilih ganti masuk kedalam mulut, tekong pelawa pulut dgn ikan pekasam...dah tentu aku tak mampu mengatakan TIDAK dengan offer macam tu, dengan muka tak malu aku dan hazardi balun jer tanpa segan silu..! Menghampiri 4 pm, kami bersiap sedia utk kembali ke Jetty selepas berhempas pulas memancing tanpa jemu, Hasilnya...? not bad...better then last years....6 ekog Tenggiri bersaiz sederhana (2.5kg-5kg) and 13 ekor ikan banang (ikan Kacang), 4 ekor ikan rapuh dan puluhan ekor ikan2 umpan. Tergambar kepuasan yang maksimum dimuka masing2.
5pm sampai kembali kat Jetty Kuala Dulang, selepas transfer semua ikan dan kelengkapan memancing ke dalam kereta kami meninggalkan Kuala Dulang dgn penuh kepuasan. Singgah kat Masjid utk bersihkan diri dan solat kemudian misi seterusnya adalah ke Pekan Yan untuk menikmati Pasembor tersedap di dunia. Ramai orang sungguh aih kat kedai tu maklumlah spices buka kedai ikut suka hati depa jer, jenis yang tak dak schedule off tu la yang bila buka jer berderu orang pi tu..Minum 2 gelas air baru pasembor sampai...walaupun marah tapi masuk jer suapan pertama ke dalam mulut...terus hilang rasa marah kena tunggu lama tu. Dah ler tunggu nak makan lambat, mai masa nak bayaq pun macam tu gak...memang spices "Lembab Macam Spender Cikgu Mat" la crews kat gerai Pasembor tu..! Lepas makan kami meneruskan perjalanan ke Taman Pauh, destinasi untuk pembahagian ikan. 815pm terpacak kat depan rumah Hazardi, pakat solat maghrib sat then terus mengagihkan ikan. Masing2 berpuas hati dgn laba trip kali ni. Dari rumah Hazardi kami ke rumah aku utk last transit before balik kerumah masing2, 930pm selamat sampai kat rumah aku, aku tak amik semua ikan2 untuk bahagian aku coz family aku bukan suka sangat ikan besaq2 ni...sedekah kat depa then balik rumah aku siangkan ikan2 kecil yang aku bawa balik..mandi, solat and terus lelap keletihan disepanjang malam. Banyak lagi kerja menanti aku keesokkan pagi...routine harian yang penuh stereotype

No comments:

Post a Comment