Friday, May 28, 2010

Long Weekend & Hot Ballon

Cuti hujung minggu yang panjang sempena Hari Wesak, ambil kesempatan utk balik Jerlun hari ni.dapat tau dari Sue yang ada Hot Ballon Fiesta kat Alor Setar so kami plan nak bawa anak2 pergi tengok dan naik Hot Ballon then terus over night kat Jerlun.Sekitar jam 1030am pagi Jumaat kami meninggalkan Kulim Perdana utk ke Alor Setar, 1230pm sampat kat rumah kakak aku utk lunch kat sana since Sue dah awal2 lagi inform kak aku utk nak lunch kat rumah dia, sementara dok tunggu masakan siap,sempat membuta ~sejam, letih dan sakit kepala dek cuaca yang sungguh panas kat Alor Setar hari ni. Bangun utk Lunch dgn menu gulai udang + rebung madu, Ikan Gerut2 Sweet and Sour and Ayam Goreng..selamat 2 pinggan nasi then terus proceed ke masjid kat sebelah rumah dia utk Solat Jumaat, lepas solat sambung lagi tidur, bangun telan 2 bijik panadol.....kepala dok berdenyut tak habis2 lagi...! Bangun tidur, shower and solat terus kami bertolak ke lokasi Hot Ballon Fiesta"Taman Jubli Emas" Suka Menanti, Alor Setar. Jarak dari rumah kak aku cuma lebih kurang 5km, tapi ambil masa 30min utk sampai, ramai sungguh aih...orang Kedah nak pi tengok Hot Ballon, maklumlah bukan selalu benda2 mcm tu mai kat sini.

Kami sekeluarga kecuali anak bongsu aku - Darwisy sebelum ni pernah merasa/menengok/menaik/memegang/bergambar dgn Hot Ballon ni masa kat State dulu, masa tu ada Albuquerque International Hot Ballon Fiesta, memandangkan Fiesta tu dekat dgn kawasan kami tinggal dulu, so dapat merasa ler tengok international hot air ballon event tu.Beratus bijik hot ballon dok setup utk terbang. Yang bestnya orang ramai boleh ke tapak berlepas dan tengok dari dekat macam mana depa dok setup ballon. Yang kat Alor Setar ni siap berpagar lagi, walaupun cuma 9 bijik tapi orang ramai cuma blh tengok dari jauh..Crews ajer yang blh masuk kat tapak persediaan.Apa pun Tahniah ler utk kerajaan Negeri Kedah melalui Yayasan Sultanah Bahiyah kerana membawa acara yang agak asing bagi kita di Malaysia ni ke bumi Hijau Kuning. Plan awal janji dgn anak2 nak bawa mereka naik Hot Ballon tapi kecewa bila ticket sold out utk seisi petang. Dalam Cuaca yang cukup panas sekarang ni, keadaan lokasi fiesta hot ballon ni cukup mencabar, dah ler parking kereta nun jauh dekat 2km menapak, nasib baik aku drop anak2 dulu kat entrance then aku drive seorang jer cari parking, kalau tak mau aku drive balik jerlun terus jer, parking kat tepi jalan tanpa ada pihak yang menyelia, maka jadi tunggang langgang ler...semua selfish..! dari main entrance terpaksa menapak lagi utk ke lokasi tapak pameran...pehhh...5 pm pon dok panas lagi bro...cuaca panas sungguh kat Alor Setaq lani..! Sampai terus jer ke Kaunter Ticket tapi dukacita semua ticker dah Sold Out...melepas ler anak2 aku nak naik ballon..semua bad mode jer..!
Selain dari pertunjukkan hot air ballon ada pelbagai lagi pertunjukkan/acara sampingan. Pertandingan Paint Ball, gerai2 jualan, para glider pameran gerek tua dan basikal apa tah yang jenis kayuh sambil baring tu dan mcm2 lagi laahh..! Walaupun banyak kekurangan berbanding dgn kat State, tapi aku rasa kira Ok lah utk kali pertama dianjurkan kat Alor Setaq ni, masa2 akan penganjur perlu lebih sensetive dgn perkara2 macam ni. Walaupun diwar2kan sebagai International tapi cuma 7 pasukan dari negara luar ajer yang menyertai pertunjukkan ni. France, Jepun, Neitherlands, Belgium, New Zealand, Thailand dan pasukan tuan rumah Malaysia menyertaikan pertunjukkan ini. Semua negara menghantar sebijik ballon kecuali Belgium 2 bijik.Perlu kah aku tanam semula....? Sebelum hot ballon berlepas ada pertunjukkan moto glaider dari team UUM.Sebelum balik singgah kat tempat basikal kayuh sambil baring tu, rasa macam menarik gak, ajak anak2 join-yang lelaki semua ok tinggal yang hat perempuan jer tak mau naik..$10 untuk 15min.. quite expensive tapi sebab nak try ...bayar gak ler utk 2 bijik...Syok pulak kayuh gerek spieces mcm ni, riki harga dengan organiser..utk adult ~4K and utk kids ~2K, agent tunggal kat Malaysia ni dari Selangor...kalau ada rezeki lebih teringin gak nak beli sebijik...!Hero aku seorang lagi lesap terus tanpa dapat dikesan...merempet dia dgn gerek 3 tayar ni, siap drift lagi...!!!Lepas kesemua ballon berlepas dan puas kayuh basikal sambil tiduq tu, kami meninggalkan lokasi hot ballon utk ke Jerlun...semua depa tunggu kat entrance then aku sekali lagi menapak utk pi amik kereta...peeehhhhh...jalan lagi sibuk berbanding semasa mai tadi, letih...letih...!On the way balik Jerlun, singgah pasar malam utk beli raja buah...Durian, hero sulong aku ni memang hantu durian. Sampai kat Jerlun around 815pm-macam biasa ler kat Jerlun kalau kami balik...sepupu sepapat anak2 aku aku turut pi sekali..riuh rendah kat rumah bertambah pulak dengan cuaca yang cukup panas...peehhhhh C U B A A N ...!

No comments:

Post a Comment