
Aku- tahun ni turn raya kat Pahang, cuti pun agak panjang jugak raya ni-dapat total 11 hari termasuk public holiday. Awal pagi satgi ~200am aku akan bertolak Jengka 20, Pahang Darul Makmur, akan berada disana sehingga hari Isnin kemudian kami sekeluarga akan ke negeri Hang Tuah MELAKA untuk menyambung cuti raya dan sebagai reward kepada Danial & Damia yang berjaya berpuasa penuh untuk ke sekian kalinya lagi Ramadhan ini. Kami akan berada 3D 2N kat Melaka dan akan transit kat KL sehari sebelum bertolak balik ke Kulim dan seterusnya kembali sekejap ke Jerlun untuk habiskan cuti hujung minggu di sana. Kita hanya merancang, Allah SWT yang akan menentukannya, semoga segala perancangan kami akan dirahmati di dipermudahkan segala urusan nanti. Insya-allah. Last but not least - SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI - MAAF ZAHIR & BATIN untuk semua yang meraikannya nanti. Terima pantun Raya dari aku...
Anak Pak Mamat di cucuk duri
Di cucuk oleh anak Pak Jali
Puasa penuh raya Aidul Fitri
Kalau tak penuh, rayalah Deepavali
Deepa oli paravathum.!
Inbam yendrum pongathum.!
Selvam yendrum peregathum.!
Amaithi yendrum nilaikhatum.!
AIDIL FITRI SIRAKATHUM, AIDIL FITRI NAL VALTEKAL...
(Derrick nanti hang tolong translate sat...hahahahaha)
Ampun dan Maaf apa yang Terkhilaf
Mohon halalkan apa yang termakan
Semoga dalam menjalani sirah
Kita kembali kepada FITRAH
Raya di nanti-nantikan
Anak bulan di cari-cari
Nak tunggu apa lagi...
Dah sampai masa kita nak ber happy-happy..!!!!
** Sireh pulang ke gagang...anak Jerlun beraya di Jengka **
No comments:
Post a Comment