Sunday, September 19, 2010

Ceritera Raya 1

09092010
Seawal 2am bangun untuk menyiapkan diri sebelum bertolak balik Jengka, lugages dah siap susun dlm compartment dah mlm tadi.Bangun, mandi dan solat, Sue siapkan anak2-semua mode happy jer walaupun kejut jam 2am coz nak balik kampung. Selesai semua around 315am kami meninggalkan Kulim Perdana.
Perjalanan hampir 500km and expected to arrive in 5.0 hrs driving..huhuhuhu, tapi sure aku akan sampai lewat dari yang dijangka.Seat belakang terpaksa di lipat utk membolehkan semua lugages blh di isi. Macam la nak dok samapi sebulan, apa blh buat Sue dah memang spices bawa semua pakaian dari pagi till midnight untuk tiap2 hari.Reset meter utk monitor distanceGirl tersenyum riangA minute before departure..
Collection tudung Sue.
Apa yang tak kena dgn GPS aku pon tak tau, dibawanya ikut route kearah Batu Kawan,Valdor dan Simpang 4..aku ikut jerlah...rupa2nya masuk ikut Toll Jawi, Ok lah...save toll BKE. Highway agak lengang utk ke selatan berbanding dari arah bertentangan utk ke Utara. Pit stop yang pertama kat RnR Sungai Perak utk bersahur,blank cheque utk anak2 tapi yang kat bawah ni jugak yang depa nak. OKlah tu, sahur terakhir utk Ramadhan tahun ni dengan Maggie Cawan,aku pekena nasi ayam and Sue nasi campuq, lepas makan dan merokok sebatang dua,teruskan perjalanan..mata pun dah lintuk semula la lepas makan tak sat...memang aku dah spare asam siap2 dlm kereta utk time2 macam ni, tapi tak mampu bertahan lama jugak, masuk RnR hentian sebelah kat mana tah utk tiduq sat..time tu around 550am-tiduq tak dan 10 min, Sue offer nak drive coz nak keep up Subuh kat RnR Tapah,s0- bertukar driver hingga ke Tapah, solat subuh kat situ dan sambung lagi perjalanan, keluaq tak dan10 min dari RnR Tapah, traffic slow moving kedua2 arah,jengok punya jengok...tengah jalan sebijik treller panjang bawa sayuq terbalik di tengah2 highway,block kedua2 arah aliran trafik. Waktu tu pihak PLUS & Polis dok sibuk dgn kren utk nak alihkan treller tersebut. Radio pun ada update eksiden ni, kenderaan line up sehingga 8km headed to northern and slow moving for 2km utk trafik headed to selatan. Cerah mata aku sat bila tgk eksiden mcm tu, tapi tak lama jugak aih...dia dok mai menyuap setiap 30 second sekali, mana blh tahan..Sekali lagi masuk pit stop kat Tanjung Malim pulak, kali ni aku siap mandi lagi..tak lap terus pakai baju ngan seluaq..bagi fresh sikit. Alhamdulilallah, lepas tu mata kembali segar bugar, elok sangatlah coz aku akan EXIT kat Tanjung Malim utk masuk route Kuala Kubu-Genting Sempah-Kuantan Highway.Awal pagi laluan tu agak santai juga la memandu, tak byk sgt kenderaan.Around 9am aku dah masuk Genting Sempah via Lebuhraya Kuantan. 1030am selamat sampai kat Jengka 20. Tak tunggu lama aih-terbongkang terus kat sofa-tiduq sampai jam 12 t/hari. Bangun tgk my father in law tengah dok siapkan lemang, nak tolong pun tak reti so,aku tolong tengok jerlah.Lemang in the makingRest sekejap kemudian shower and solat Zohor, pastu nak pi Bandar Pusat, Jengka utk pergi beli barang-barangan utk juadah berbuka dan hari raya esok hari.Beli ayam, daging, ikan dan barang2 keperluan untuk Kueh Teow Teng-esok aku dgn Sue akan memasak Kuey Teow Teng utk santapan hari raya di Jengka 20.Sampai kat rumah, semua pakat sibuk termasuklah aku untuk menyediakan juadah berbuka, aku pulak terpaksa layur 2 ekoq ayam yang dibeli utk kuey Teow Teng esok.Semua ayam yang dijual disini tak disalai. Petang tu berbuka dgn lemang dan rendang ayam, popiah goreng, ayam percik (beli kat pasar ramadhan), daging masak kicap dan sup ayam (Sue yang masak)..Bolehlah tahan menu berbuka hari ni, aku banyak layan lemang dgn rendang jer. Lepas jer solat maghrib, pakat sibuk kat luaq pulak dengan bunga api dan mercun, gila-gila punya orang Jengka main mercun, stock mana yang depa dapat pon tak tau, aku pun bawa balik bekalan juga, campuq dengan yang my brother in laws, pehhh bergegar Jengka 20 dgn pelbagai jenis mercun.Stock dari KulimSelesai main mercun sekali lagi pakat dok sibuk cucuk sate pulak, home made sate-marinate sendiri,cucuk sendiri, bakaq sendiri makan ramai-ramai. Lepas makan sate jer, mata pun semakin layu-terus tiduq sampai kesubuh. Hari pertama kat Jengka yang penuh dengan keletihan.Jamong macam ni hanya boleh jumpa kat Jengka sahaja. Susunan tempurung kering dan kemudian di nyalakan..Menurut Pak Mertua aku, orang dulu2 buat mcm ni la utk malam tujuh likur..sekali tengok macam kat gelanggang silat daaaaa..
Good Nite.

No comments:

Post a Comment