Tuesday, September 21, 2010

Ceritera Raya - Part 4 : Kuantan

Raya ke-3, kami akan ikut my family in laws untuk beraya kat rumah cikgu dan keluarga angkat adik ipar aku. Lokasinya beraya hari ni adalah Felda Chini...jauh tu der dari Jengka 20. Pagi tu selepas selesai breakfast kami bergerak dgn 2 biji MPV. Penuh sesak kedua2 biji coz sebiji kereta lagi tak boleh ikut..huhuhuhu. Rumah pertama yang kami pi adalah rumah cikgu adik ipar aku, nama tempat tu aku dah tak boleh ingat tapi memang jauh laa, jalan pulak jangan cakap ler...berbelit-belit sepanjang jalan...tapi yg bestnya sebab tak panas sebab semua jalan2 yang dilalui adalah dikelilingi oleh hutan hujan tropika. Redup, nyaman dan damai sepanjang laluan cuma mood aku jer yang tak elok pagi tu..Sebabnya tak payah aku nyatakan disinilah. Kami dihidangkan dgn kueh mueh dan lemang, dari rumah pertama drive lagi dalam sejam setengah untuk ke rumah ke 2 yang terletak di Felda Chini. Rumah family angkat adik ipar aku..seorang Wak Jawa dari Sabak Bernam, Selangor-menjadi peneroka 30 tahun lepas..memegang jawatan Ketua Cawangan Pas Felda Chini...2 kali menang anugerah penternak Jaya Pahang dan sekali dianugerahkan penternak Jaya peringkat Negara..ada memelihara 1000 ekor lebih lembu, ada 90 ekar ladang kelapa sawit..Pendik kata Wak ni memang sempoi ler..walaupun dah kaya raya tapi memang humble, down to earth...2 orang anak beliau lulusan Al-Azhar dan sekarang ni sepenuh masa menjadi pendakwah bebas...Hebat dan memang hebat keluarga ni...Kami disajikan dgn sate daging, seekor lembu di korbankan pada hari raya pertama hanya untuk buat sate jer...pehhh...sekali lagi...memang Hebat Wak ni...panjang lebar aku sembang dengan dia...bukan sebab dia kaya tapi sebab macam mana dia boleh jadi kaya dan humble pulak tu...hopefully one day aku boleh jadi macam dia juga..Insyallah.
Dari rumah Wak kami meneruskan lagi perjalanan ke ibu negeri Pahang iaitu Kuantan, singgah kat masjid negeri utk solat zohor dan proceed ke sebuah shopping complex. Depa ajak main bowling pulak...huhuhu...dalam mood yg tak berapa elok terpaksa jugak aku ikut...end up tak jadi nak main coz semua lane fully booked. Kembali ke kereta dan ke satu lokasi yang agak sempoi...tebing sungai Kuantan yang menjadi tempat santai hujung minggu orang2 Kuantan. Hi-Tea merangkap Dinner kat situ...Mahal dan Tak Sedap....!!! cuma panorama persekitaran yang menarik jer yg buat aku cool. Meluat betul aku dengan spieces peniaga yang suka mengambil kesempatan..! Anak2 aku enjoy betul dgn persekitaran area tersebut, especially Danial la bila blh dok menenggek tengok orang memancing kat situ. Selesai menjamu selera kat situ, aku ingatkan dah nak balik, rupanya belum lagi....ada lagi tempat nak pi ...huhuhuhu

No comments:

Post a Comment