Monday, September 20, 2010

Ceritera Raya - Part 2

10092010
Selamat Hari Raya Aidil Fitri, bangun seawal 615am-sambil dok tunggu bilik air kosong-aku start prepare utk memasak kuey teow teng. Selepas solat subuh terus continue masak sambil brekafast lemang dgn rendang ayam. Kemudian aku, Danial & Darwisy ke masjid utk solat. Sue bercuti pulak pagi ni,Girl frust habis ler tak blh ke masjid.Dah siapkan sepasang jubah kedua beranak ni utk di pakai ke masjid, alih2 si mama pulak cuti. Punya la ramai orang kat masjid, 2 biji canopy tambahan pun tak mampu nak memuat jemaah pagi ni, ramai perantau pulang ke kampung utk beraya agaknya. Darwisy buat perangai kat dalam masjid, asyik dok ajak balik rumah jer, siap menangis lagi.Lepas jer solat terus plan nak balik aje lah tanpa mendengaq khutbah dulu, alih2 kereta kena blocked dgn motor..terpaksa tunggu dalam kereta la. 930am selesai solat sunat Aidil Fitiri terus balik kerumah, makan nasi berlaukkan menu malam tadi-terus sambung siapkan Kuey Teow Teng aku.Selesai semua-beraya dgn anak-bini dan in laws aku..bagi semua duit raya bahagian masing-masing. Anak-anak dah kalut nak keluaq beraya dgn ditemani oleh pak su depa...cuaca pulak dari awal pagi tadi hujan, dalam dok gerimis macam tu pun depa still nak keluaq pi beraya jugak , nak larang pun susah...biar ajer lah. 12noon anak2 aku tak balik lagi, bimbang sunggu aih aku. Keluaq pi cari depa dgn Sue, pusing satu blok ke satu blok,bayang2 pun tak nampak, on the way balik-jumpa adik ipaq aku, dia kat- Darwisy dia dah bawa balik dulu coz dah tak larat nak jalan, hat yang lain meneruskan misi mengumpul duit raya. Sampai rumah Darwisy terus layan susu sebotol dan lena keletihan, yang abang dan kakak dia still tak balik2 lagi pon.! Aku siap2 kan diri pulak utk ke masjid sekali lagi untuk solat jumaat. Lepas solat, kami keluaq semua sekali ke Felda Kampung Awah, tempat kelahiran Artis Wanita Tersohor tanahair-Siti Nurhaliza, kedua2 arwah tok ayah dan mak tok bersemadi disana, kami di kubur untuk buat tahlil.Dari kubur terus kerumah pusaka peningggalan arwah..sunyi, sepi dan usang tak dak sapa yang tinggal kat sana, ramai yang minta untuk menyewa tapi masalah faraid masih belum selesai lagi dikalangan anak2 arwah.Dari rumah pusaka kami singgah ke rumah jiran sebelah, my in laws punya kenalan. Lama jugak dok kat situ, tengok ada rendang daging,teringin sungguih aih aku,,walaupun aku suka lemang tapi ketupat daun palas tetap menjadi pilihan number satu aku. Kat sini mana ada orang buat ketupat daun palas, tapi dapat makan lemang cicah dgn rendang daging, sekurang2nya dapat ler jugak mengurangkan keinginan aku untuk menjamah ketupat daun palas dgn rendang daging. Kakak aku kat Jerlun dah janji untuk buatkan ketupat daun palas masa aku akan balik ke Jerlun hujung minggu ini. 430pm kami bertolak balik dari kampung Awah utk kembali ke Jengka 20, sampai jer rumah Sue dgn mak abah dan adik2 dia keluaq beraya ke rumah jiran tetangga. Aku dgn Danial tak ikut, lepak kat rumah ajer lah..letih perjalanan 8 jam kemarin masih tak fully recover lagi. Sempat lagi tiduq sat sementera nak tunggu maghrib, makan malam yang superb, siakap masak 3 rasa, ayam goreng dan sambal belacan- selera sungguh aku,selesai 3 pinggan. Lepas dinner layan anak2 main bunga api and mercun dan terus tidur.

No comments:

Post a Comment