Tuesday, August 31, 2010

Ziarah Ramadhan Merdeka ke Al-Wadi, Kupang BALING

Dah hampir 3 tahun aku tinggalkan aktiviti Ziarah macam ni, sejak transfer to Kulim ni-komitment dgn community dan kehidupan sebagai seorang bapa kepada 3 anak menyebabkan agak terbatas untuk memenuhi kegiatan sebegini. Itu semua alasan, kalau orang lain yang lebih sibuk dari aku pun mampu berbuat demikian, kenapa tidak AKU..? Nak seribu daya tak nak seribu dalih.Kelmarin -Isnin 30/8/2010 dapat permintaan dari Tuan Hj Mohamaddan, Hj Dann ni dah macam family angkat aku,berkesempatan mengenali beliau semasa aku di PG7 dulu, aku tak mengambil masa yang lama untuk akhrab dgn beliau memandangkan beliau ni walaupun bergelar Haji dan aktif dalam sebuah pertubuhan agama, tapi beliau cukup sporting, boleh bercampur dgn pelbagai peringkat umur dan agak terbuka dalam segala hal. Kami sekeluarga saling mengenali antara satu sama lain. Walaupun aku dah ada program utk esok memandangkan cuti hari Kemerdekaan tapi aku tak mampu untuk menolak permintaan beliau untuk Ziarah Ramadhan ke Al-Wadi kali ini. Dah lama aku tinggalkan semua tu, aku perlu kembalikan semua tu dalam kehidupan aku. Anak Yatim begitu dekat dgn aku, aku sendiri bergelar anak yatim seawal usia 3 tahun lagi. Dibesarkan tanpa ayah diusia 3 tahun dan emak pulak meninggalkan aku ketika aku baru mengenali kehidupan berumah tangga sebelas tahun yang lalu.


Persetujuan telah diberi kepada Hj. Dann, khabarnya ramai yang tidak boleh turut serta kali ni sebab last minute notice. Aku hantar jugak email kpd office mates kat Kulim kut2 mereka bercadang untuk turut serta ataupun untuk membuat sumbangan. Jumlah awal yang diberitahu kepada aku adalah RM2500 terkumpul, Alhamdulillah aku berjaya menambah sedikit bersama-sama dengan kawan2 aku untuk menggenapkan menjadi RM4000. Pagi Merdeka Haji Dann call, dia seorang jer dari Penang yg boleh turut serta, pehhh...kerja berat tu.Barang2 yang nak di donate pun satu item pun belum beli lagi,so Haji Dann akan mai ke rumah aku dulu then kami decided utk beli kat Giant Kulim. 945am terpacak kat parking Giant. Trip kali ni aku bawa semua family members aku except hero sulong aku Danial.Dia lebih sayang tiduq dia dari nak ikut aku yang kena bangun awal2 pagi ni. Kami terpaksa tunggu 15 minutes lagi coz Giant buka jam 10am. 3 carts full dgn barang2 utk disumbangkan.Setiausaha aku sedang membuat semakan checklists.Sempat lagi hero aku menyelit Doremon dia sekotak.Setiausaha merangkap Bendahari aku- SUE sedang membuat costing.Kami beli semua barang-barangan yang nak disumbangkan di Giant, ada 12 family dalam senarai yang akan terima nanti. Arrangement cannidates dah siap dibuat dengan pihak pengurusan Al-Wadi. Setiap penerima akan mendapat 10kg Beras, 2 kilo Minyak masak,2 kilo tepung, setin susu, satu pack kopi, 2 kilo gula, 1 botol sunquick, 2 pack bihun berserta duit raya RM100.00. Manakala pihak Al-Wadi akan menerima sumbangan tunai/zakat berjumlah RM1650, Duit Raya untuk anak-anak Al-Wadi $10 untuk 80 orang penghuni Al-Wadi. Selesai bershopping kat Giant, turun ke parking terus pack semua barang2 tersebut kepada 12 bahagian..Kerja berat tu bro dgn 3 orang head count jer..tapi apa boleh buat, itu jer yang kami ada pun..!Dalam dok kalut2 pack tu, Hazardi call utk ikut serta ke Al-Wadi, Alhamdulillah-tambahan seorang lagi head count utk misi ni. Janji jumpa dgn dia kat Petronas BKE.Memandangkan Hazardi mai dgn Unser, so kami decided pi 2 bijik kereta jer, sebijik Citra aku dan sebijik lagi Unser Hazardi, sekali lagi transfer barang2 dari kereta Haji ke kereta Hazardi dibawah panahan cahaya matahari yang cukup terik hari tu.Haji Dann sempat lagi tukaq costume, kata dia nampak berjenih sikit dari aku yang mcm kutu ni...heheheheKami meninggalkan Petronas utk ke destinasi Jalan-Jalan Cari Orang Tak Makan.Sampai kat Al-Wadi menghampiri jam 1pm, panas terik sungguh hari ni. Berbeza sama sekali Al-Wadi sekarang dengan apa yang aku tengok 3,4 tahun yang lepas. Infrastruktur jelas makin menarik dan teratur, di setiap sudut pekerja construction sibuk berkerja walaupun di bulan puasa, 2 Block asrama untuk pengguni wanita sedang rancak di bina. Pondok kawalan lengkap dgn CCTV juga difasa terakhir pembinaan. Dewan Makan seperti dibawah dah boleh digunakan. Menurut Ustaz Daud (Pengerusi Rumah Yakin Al-Wadi) semua yang ada disini adalah dari sumbangan orang ramai. Rombongan kami dibawa ke bangguna office baru, serba lengkap dan selesa.Tanpa menunggu lama, Ustaz menjemput 2 pembantu beliau untuk menguruskan misi kami pada hari ini, memandangkan beliau kurang sihat , kena food poisoining- dah berbelas kali sejak subuh tadi. 2 pembantu beliau iaitu En. Razak & En. Nazir akan mengetuai siri Ziarah kali ini. Pembincangan akhir dibuat untuk meneliti bakal2 penerima sumbangan.Selepas selesai memilih 12 calon yang memerlukan bantuan segera, kami menyampaikan sumbangan tunai kepada pihak Al-Wadi berjumlah RM1650 ( sumbangan dari Amal Fund & Zakat )
Tepat jam 115pm, dibawah panahan terik matahari kami meneruskan misi hari ini untuk Ziarah Ramadhan bagi menyampaikan sumbangan yang tidak seberapa kepada masyarakat setempat yang kurang berkemampuan bagi bersama2 berkongi kegembiraan menyambut Aidil Fitri yang bakal menjelma nanti.Menyusuri laluan kebun dan kampung cukup menarik perhatian aku, sungai Baling yang mengalir merentasi kampung cukup menarik pada perhatian aku tapi ianya mendatangkan fobia kepada setiap penduduk kampung setiap kali hujan lebat turun. Sungai ini sudah tak mampu untuk menampung kapasiti air dari hulu menyebabkan kawasan tersebut acap kali akan banjir setiap kali hujan lebat.Offroad-semua laluan yang dilalui sudah tentu tiada maping dalam GPSCool.Tanaman semula oleh agensi kerajaan, mereka meneruskan memunggah hasil komiditi-kaum buruh ini terus dihimpit kemiskinan. Dasar apakah yang diguna pakai ini..?Sebijik Pajero milik Al-Wadi menjadi pemandu arah utk kesetiap lokasi. Sebijik demi sebijik rumah kami jejaki utk menyampaikan sumbangan. Daerah sepi ini tidak pernah sunyi dari kemelut kemiskinan, dari zaman Anwar Ibrahim melancarkan mogok lapar untuk membela petani/pekebun di zaman remaja beliau sehingglah beliau menjadi ketua pembangkang, kemelut ini tidak pernah selesai. Pelbagai NGO dari serata perusuk tanahair berkunjung disini untuk melihat kemiskinan dan memberi bantuan, itu belum lagi di kira Ahli-Ahli Plitik yang akan turun setiap kali pilihanraya, tapi hidup masyarakat disini tidak pernah berubah. Kemiskinan sudah seakan menjadi warisan disini. Bukan tiada yang senang dan berjaya, rasanya lebih banyak yang senang dari yang susah, tapi kenapa kemiskinan tegar ini masih kekal sejak zaman merdeka sehingga kini. Adakah kita perlu menunggu 53 tahun lagi utk membasmi mengeluarkan mereka dari kemelut kehidupan yang penuh ranjau ini.Penerima pertama dalam siri lawatan kali ini.Sempat lagi berposing...ish..ish..ish.....anak siapakah ni...?Snow cap ala-ala Namewee.Penerima ini baru 2 hari memasuki ke rumah PPRT beliau, agak selesa dari kediaman beliau sebelum ini. Rezeki Ramadhan.Ibu tunggal kematian suami. Pak cik ni dah tak mampu menoreh lagi, 2 jari kaki terpaksa di potong disebabkan penyakit kencing manis.Ini merupakan kali pertama aku membawa Sue utk misi sebegini, semoga mendapat pengajaran dan memberi keinsafan kepada kita sekeluarga. Ingatlah..." setiap lai tudung ARIANI yang dibeli, ada bahagian untuk mereka yang kurang berkemampuan.." hiks...hiks..hiks
Girl and Awisy.
Menyampaikan duit raya untuk mengurangkan beban buat seketika.Setiap penerima mendapat pack seperti dibawah.Pose dulu.Pondok sepasang suami isteri warga emas.Penerima tetap setiap kali kunjugan kami ke daerah ini.


Lebih kurang jam 230pm , kami selesai mengunjungi 9 buah keluarga untuk meyampaikan sumbangan. 3 keluarga telah diamanahkan kepada pihak Al-Wadi untuk disampaikan memandangkan penerima tiada di rumah semasa kunjungan kami. Kami kembali ke Al-Wadi untuk solat Zohor dan berehat sekejap sebelum ke program terakhir dalam misi kali ini.Sempat lagi berposing sebagai tanda kenang-kenangan.Selesai solat, kami kembali kebangunan pentadbiran Al-Wadi untuk seisi menyampaikan duit raya kepada semua anak-anak Al-Wadi.


Haji Dan dan Sue di beri tugas untuk menyampaikan duit-duit raya tersebut, setiap seorang mendapat RM10.00
Selesai menyampaikan duit raya, kami akhiri Ziarah Ramadhan kali ini dgn seisi bergambar bersama dengan anak-anak Al-Wadi.

Alhamdulillah, walaupun perancangan di buat secara tergesa-gesa tapi misi kali ini di kira berjaya. Semoga dimasa-masa akan datang kita mampu untuk menganjurkannya dengan lebih baik seperti di awal-awal kita berkecimpung dlm siri Ziarah Ramadhan yang lepas-lepas. Bagi aku pulak, semoga momentum ni akan berterusan, tekad aku untuk kembali memenuhi ruang yang telah aku tinggalkan hampir 3 tahun. Untuk Sue dan anak-anak- Perkongsiaan pengalaman kehidupan seorang AKU, semoga kita semua mendapat manafaat dari kunjungan ini. Insyallah.

No comments:

Post a Comment