Friday, April 23, 2010

23042010 - Traning End - Bye Bye Grohmann

Hari ni merupakan hari terakhir training aku di Grohmann untuk Level 3 NGACS, genap 3 minggu aku di benua Eropah, peringkat awalnya gak sukar untuk aku menyesuaikan diri lebih2 lagi lokasi Grohmann yang terletak di kawasan luar bandar. Sebelum ni aku cuma mengenali Frankfurt, Berlin, Cologne dan beberapa lagi bandar besar di Germany tapi takdir telah merencanakan aku terdampar disebuah bandar kecil di selatan Germany yang dikenali sebagai Prum. Hari pertama aku di sini cukup mendebarkan, memang agak terasing sekali dan diluar jangkaan aku sama sekali. Terasa masa bergerak terlalu lama, hari2 awal aku disini cukup membosankan tapi kini setelah 3 minggu disini, segalanya hilang-mengenali Prum umpama mengembalikan zaman silam aku. Rencana Allah SWT kepada aku ini umpama laluan untuk aku lebih mengenali siapa diri aku..! Berada beribu batu dari keluarga amat memeritkan, terdampar di kawasan yang terasing dan kesukaran menyesuaikan persekitaran, budaya,masyarakat, kepercayaan dan makanan sesuatu yang banyak mengajar aku untuk menghargai dan mengenali Allah SWT dan diri aku sendiri seadanya. Menjalani kehidupan bersama2 dengan mereka yang aku tidak kenali secara zahirnya sebelum ini banyak menguji kesabaran, berjauhan dengan isteri, anak2, keluarga dan kawan2 rapat aku membuatkan aku lebih banyak berfikir dan amat menghargai persekitaran ruang lingkup kehidupan aku. Semoga aku menjadi manusia yang lebih menghargai apa yang aku ada dan bersyukur keatas segalanya selepas ini.
Permulaan pagi yang penuh dengan keceriaan pagi ini, malam tadi aku dah mula mengemas barang2 yang dibeli. Sampai ketika ini aku masih membeli pelbagai lagi barangan yang aku lihat menarik walaupun malam tadi dah 2 beg aku full ditambah dengan satu kotak yang aku siap packed kemas2 dan hari ni aku sempat lagi menambah beberapa items lagi..Woowwww-terang2 dah lebih dari 25kg yang dibenarkan.! Kat Grohmann pagi ni, semua kami dalam mode yang sungguh baik dan ceria.2 bilik ni yang menempatkan kami selama 3 minggu di Grohmann.Yang kat bawah ni pulak tempat aku menyedut nicotine kedalam paru2 aku sepanjang berada di Grohmann.Basically kami dah cover semua silibus dlm training ni cuma hari ni more to documentation and procedures jer. Setiap seorang dari kami diberikan satu sijil dan sehelai T-Shirt Grohmann.Seperti biasa aku lebih suka kepada kelainan, 3 orang member aku memilih T-Shirt Polo dan aku lebih selesa dengan Round neck.Instructor aku - MATA dari awal pagi lagi sibuk dgn preparation segala documentation untuk hari terakhir training kami. Cirit aku pon dah bertambah baik hari ni,tak lagi perlu berulang-alik ke toilet lagi, segalanya seperti melengkapkan hari terakhir aku di Grohmann. Tepat jam 300pm secara rasminya training aku tamat dengan jayanya. Sedih untuk meninggalkan Grohmann selepas 3 minggu berada disitu,pelbagai suka duka telah aku lalui sepanjang 3 minggu di Grohmann, segalanya akan aku abadikan dalam memori kehidupan perjalanan seorang AKU.
Selepas meninggalkan Grohmann kami terus ke satu hypermarket untuk membeli cokelat kerana kat situ macam2 jenis cokelat dari Germany dan Switzerland ada dijual, harga pulak lebih murah berbanding dengan tempat lain. So, banyak juga yang aku spend untuk buah tangan kat anak2 dan orang2 kat Malaysia. Lepas beli cokelat balik ke hotel untuk simpan semua barang2 dulu dan aku plan untuk keluar semual sekali lagi untuk last minute shooping memandangkan esok aku akan meninggalkan Prum untuk ke Amsterdam. Balik hotel masak nasi dulu untuk memadatkan perut supaya lebih mudah untuk aku explore Prum satgi, pelan nak menapak jer sebab banyak butik2 dan shops cuma working distance jer dari hotel aku. Depa yang lain tak mau keluar dah so lepas makan aku keluar semula untuk shopping lagi walaupun hakikatnya dah tak dak ruang untuk disisi dalam beg aku..!!! Aaaahhhhh....yang tu semua nanti fikir lain laahhh...!Antara yang aku beli hari ni adalah Official FIFA World Cup GERMANY Merchandised, dia orang memang gila bola sungguh, kat mana2 kedai sukan atau supermarket mesti ada booth/kiosk untuk FIFA, maklumlah World Cup dah nak sampai dah. Cantik sungguh aku tengok dgn gelas ni, macam 3D - harga pon menarik gak,sebab dia bagi offer kat aku maka aku beli 30 bijik untuk nak kasi hadiah kat kawan2 yang kaki bola, so - pada mereka yang berminat sila cepat2 cari aku masa aku balik nanti, First come First Serve Basis....! Barang2 lain yang aku beli hari ni selain dari cokelat adalah handbag, baju, stokin, dandanan diri, perfumes dan macam2 lagi lah...Duit pon dah tak banyak tinggal dah, mungkin cukup2 untuk spend masa kat Amsterdam esok.

That all for now, ni merupakan entry terakhir aku dari Prum, esok pagi aku check out dari Zum Goldenen Stern, Prum GERMANY dan akan bertolak ke Amsterdam NETHERLAND for 2 days then will back to Frankfurt before depart from Frankfurt Main Airport Germany on the 28th APRIL 2010.

Zull's 23042010 - 927pm Prum Germany.

Thursday, April 22, 2010

22042010 - Penangan Coconut Milk @ Thai Seafood

Dalam keadaan perut aku yang masih lagi dok cirit-birit ni, petang semalam dinner kat Thai Seafood pulak, so expected la kalau hari ni pon cirit lagi...malam tadi tidur nyenyak betul, bangun pagi ni rasa segar jer. Malam tadi lepas jer call wife terus layan tiduq,nak berinternet tak dapat coz kat hotel ni internet dia daily basis so aku kena ambil access dia tiap2 hari lepas aku balik dari Grohmann tapi memandangkan mlm tadi balik lewat, front desk dah tutup dah even main door pon dah tutup kami semua telah diberi satu kunci untuk main door since day one kami check in kat sini coz dia punya main door close at 10pm. So, malam tadi first time kami balik after 10pm. Pagi ni bangun terus ambik breakfast kat hotel, ramai pulak pagi ni guess kat hotel ni hinggakan telur rebus pon habis, tak pernah sebelum ni telur rebus habis..! Aku ni tiap2 hari makan telur rebus, so faham2 jer lah..kalau aku lepaskan angin...peeehhhh...aku sendiri pon tak tahan aroma nyer....menyusuk kelubang hidung hingga ke kerongkong..! Perit bro....tapi apa boleh buat kan...!!! Itu jer antara yang aku boleh makan, dah ler breakfast makan teluq, dinner aku pon lately ni telur dah dikira sebagai menu wajib selain dari instant pack Brahim. ..Hehehehe...Kalau dok kat KM5, memba aku Azilan la yang paling kentut busuk....tapi kalau ada tool yang blh measure kebusukan kentut, tentu aku menang kalu bertanding buat masa lani...Padam muka memba2 aku yang selalu tiduq masa aku drive....Aku selalu lepas kalau depa tidur masa aku drive, bagi depa sedut seorang sikit, cuma masa aku keluar dgn instructor aku jer aku agak bersopan sikit sebab aku segan dgn dia, kalau dgn 3 orang lagi memba aku kat sini, dah magli dah dgn bau kentut aku...hehehehehe..habis cerita kentut, ni cerita cirit pulak...entry ni aku nak cerita bab kentut dgn cirit jer..!! aku nasihatkan kalau belum makan lagi tolong jangan habiskan article ni..
Lepas breakfast kat hotel tadi aku dah ke toilet sekali, sampai kat Grohmann dia dok mai pulak dah..cuba nak tahan pun dah tak blh terpaksa gak pi mengadap toilet yang aku tak suka tu,jiran sebelah aku bukan main sempoi lagi dok tembak, bertali arus jer...bunyi pulak mengalahkan mesingan..! Aku pon tak boleh biar la kalau dah macam tu gayanya, sekali aku bagi yang cirit punya....nah kau....terdiam yang kat sebelah tu...siap ada echo lagi..hehehe...baru dia tau penangan Coconut Milk macam mana...!!Tisu sebungkus pon tak blh nak cover..! Lepas tu aku pi breakfast kat Grohmann sekali lagi...lepas jer breakfast dia mai pulak dah...! tak dan nak kata apa aih...kena pi sekali lagi..!!! Letih ler kalu macam ni..! Lepas tu aku cuba dok tahan sampai lunch time, hari ni training agak santai sikit coz more to software jadi byk kena mengadap PC jer lah. Lunch time sekali lagi aku minta excuse untuk balik ke hotel dgn alasan yang sama seperti semalam. 2 orang kawan aku Rahman & Pak Ya ikut sekali, kami siap masak nasik, goreng telur, sambal telur dan serunding daging...selesai seperiuk nasi..! Kenyang sungguh aih...2,3 hari ni lunch & dinner tiap2 kali ambik nasi..! Petang ni instructor aku ajak makan kat satu lagi Vietnamase Restaurant kat Prum, dia kata kat situ ada seafood, so lepas Class kami plan nak dinner kat sana la. Lepas lunch kami kembali ke Grohmann-bateri handphone aku habis terus, aku pulak lepas balik dari hotel tadi terus jer ke training room langsung terlupa nak call depa, kesian anak2 aku dok tunggu call aku..! 2nd half training pon agak santai, mode nak cepat2 habiskan training jelas terpancar kepada kami semua. Instructor aku kata kami adalah group yang paling sempoi sepanjang dia dok conduct training sebelum ni dari Intel Worldwide, dah la semua cerdik2,handsome dan cakap banyak pulak tu....! hehehehe - dia rasa macam ada chemistry antara kami, sebab tu dia suka sangat spend masa bersama kami malah siap offer untuk drive kalau kami mahu kemana-mana. Dia pon agak sibuk sikit hari ni coz esok dia pon nak fly ke Spain memandangkan kami semua dah nak meninggalkan Prum dah...sedih juga lorrr....,walaupun rasa teransing sangat sebelum ni tapi bila semua dah dapat sesuaikan diri ditambah pulak dengan instructor pon sempoi...syahdu ler jugak nak tinggalkan Grohmann and Prum esok ni. Class habis jam 430pm dan dia janji nak jumpa kat Hotel pukul 6pm untuk dinner bersama dgn kami. Dah balik awal kami singgah hypermarket REWE yang bersebelahan dgn Grohmann untuk membeli apa2 lagi barangan untuk family. Aku masih belum beli lagi mainan yang anak2 aku pesan, yang sulung nak Remote Control Car, daughter aku pulak nak Barbie doll yang ada bath tub dan hero bongsu aku nak scooter...Peeehhhhh...expensive semua tu kalu kat sini, disebabkan tak mau mengecewakan depa semua,terpaksa ler jugak pejam mata utk beli kesemua tu....balik ni mau kena makan maggie sekurang2nya sebulan ni...! Cuma jumpa 2 dari 3 barang yang depa pesan, remote control tak dak pulak kat Rewe, hari tu dah nampak tak beli sebab ingat nak survey dulu, alih2 dah tak dak pulak kat rack dia..ada orang lain yang beli ler tu..! Barbie doll EUR27.50 , Scooter EUR20 dan misc total kopak gak EUR100 lagi petang ni..!!!! Balik kat hotel dah dekat 6pm, shower and tukar pakaian-bawa seluar 3 helai jer, asyik dok ulang yang tu ajer lah, bau pon dah naik tungkit dah, baru basuh sekali sepanjang berda disini-nasib baik ler cuaca sejuk, tak ler busuk sangat..! Aku bawa seluar pendik jean 2 helai, nak pakai tak blh sbb sejuk tapi petang ni aku nak try gak pakai seluar pendik.Turun kat lobby, informed fornt desk sabtu morning nak check out, suruh dia sediakan bill siap2, then sementara dok tunggu Mata sampai pekena Ais Cream kat Kedai sebelah hotel aku ni, dah lama dah dok teringin sbb dok tengok ramai orang dok singgah beli kat situ, nama kedai dia Eis Cafe Stella D'ora, sedap ais cream dia sesedap nama kedai dia..! 610pm Mata sampai, terus kami ke restaurant tu, working distance jer dari hotel aku.Menu aku petang ni - Gebratene Gerlenen Vietnam - Art, kalu di translate kan kepada bahasa melayu jadi Udang masak bersama vege ala Vietnam. Kalau kat Malaysia dok tengok gang2 Vietnam dok kayuh basikal sambil pakai topi putih yang besar ramai2 masa balik kerja, aku selalu dok menyumpah,nah aih...awat tak ambik...mai sini makanan depa yang aku dok mengadap hari ni. Aku berkeyakinan penuh yang menu aku hari ni bersih, suci dan halal. Tiada yang meragukan sebab Vietnamase yang kat Malaysia dengan yang kat sini berbeza maaa...Yang kat Malaysia tak tau cakap Deutch...tapi yang kat sini blh cakap Deutch...Aku dok belik juga menu tak jumpa pulak menu berasaskan kucing ataupun anjing...! heheheheNot bad...kami semua amik menu yang sama kecuali Mata, dia order menu berasaskan Itik dan vege.Pekena dengan secawan coffee, lepas makan sembang2 sampai pukul 830pm. Mata bayar untuk dinner malam ni. Lepas makan kami kembali ke hotel, Rahman dgn Pak Ya terus kebilik sebab sejuk sangat kata depa. Aku, Yoke See and Mata singgah sekali lagi kat kedai Ais Cream yang aku beli tadi tu dan pekena seorang 2 scope lagi, lepak kat depan hotel sambil borak2 sampai jam 9pm. Aku sejuk nak mampuih dok lepak dengan seluar pendik dalam keadaan cuaca 7 degree...!!! Kembali ke bilik, kemas2 barang yang akan dibawa balik...Pehhhh- nak buat macam mana ni..? Barang2 aku dah tak cukup muat dah dgn beg2 yang aku bawa, kacau ni kalu macam ni....nak kena tumpang kawan2 juga ler rasanya. Dok nampak gaya macam dah nak kena bayar lebih untuk extra weight ni..!

Wednesday, April 21, 2010

21042010 - Cologne / Koln

Bangun lewat pagi ni coz mlm tadi dalam jam 1am baru dapat tiduq, dok siapkan paper work yang bertambak2. Orang lain semua dok tunggu aku dah masa aku bangun tadi, tapi sbb kereta aku yang punya so depa kena tunggu ler.830am baru sampai kat Grohmann, lewat setengah jam dari biasa. Disebabkan lewat bangun hari ni maka banyak routine harian yang tak sembat aku buat seperti biasa termasuklah ke tandas dulu sebelum pi training. Breakfast pon tak sempat ambik kat hotel tadi.Pagi ni kat Grohmann kami breakfast awal sikit sbb aku bagi tau kat instructor aku tak sempat breakfast kat hotel tadi, disebabkan aku student kesayangan dia maka kami keluar awal sikit la hari ni. Perut aku masih lagi bermasalah,asal lepas makan jer terus nak kena melabur semula, tak tahan sangat lepas breakfast tadi aku terpaksa gak guna toilet kat Grohmann...Mak wooiii, punya ler tak selesa lepas melabur tadi, dok rasa macam dok melekat lagi walaupun habis satu gulung tisu aku kerjakan. Kawan2 termasuk instructor aku pon dok permainkan aku, depa boleh dok tutup hidup kalu berhampiran dengan aku...ni dah lebih ni...!!! Aku tak ler rasa busuk sangat pon...! Pukul 12 tengahari jer aku minta excuse kat instructor aku untuk balik ke hotel sat, dia tanya aku pasai apa..? So, aku cerita ler hal sebenarnya,disebabakan habis class petang nak berjalan2 kat Cologne so aku cakap aku mesti shower dulu, aku sangat tak selesa lepas aku melabur tadi. Dia said OK so aku terus balik ke hotel, keluar kat parking tengok partner aku seorang lagi - Rahman dah siap tunggu aku kat kereta..Aikkkk...lagi awal dari aku..? Rupanya dia tau aku nak balik terus dia pon nak ikut sekali. OK juga tu , ada gak teman...!!! Bukan balik nak shower ajerlah, aku siap masak nasi lagi..so lunch hari ni mmg dapat makan nasi berlaukkan kari ayam Brahim laaa, selesai juga 2 pinggan..!! Lepas lunch terus kembali ke Grohmann.. "Gendang Gendut Tali kecapi, Kenyang Perut Suka Hati..." Memang suka hati sungguh la sebab habis class satgi nak ke Cologne ataupun dalam Deutchland depa sebut/tulis Koln, terasa cepat masa berlalu hari ni, kami habis class jam 445pm coz by 5pm tayar mau golek.Terpacak pukul 5pm MPV Mercedes aku yang dipandu oleh instructor aku - Manual Mata bergerak meninggalkan Grohmann.Cologne terletak lebih kurang 100km dari Prum, take about 1 jam untuk sampai kesana, disebabkan bertolak time orang pulang dari berkerja jadi traffic agak slow sikit, around 630pm kami sampai kat Cologne, terus masuk ke City Parking untuk tinggalkan kereta disitu dan kami menapak untuk jalan-jalan cari makan kat Cologne. Ada 2 main agenda kat sini, Dinner kat Thailand Seafood Restaurant and nak beli T-shirt Hard Rock Cafe.Keluar jer dari parking kami melewati satu monumen peninggalan sejarah di Kota Cologne , satu banggunan Church lama dengan senibina Gothic (kredit to Harris for yhe info),menurut Manuel Mata banggunan Church ini merupakan yang ke-3 tertinggi dia Germany, kat luar tu ada dataran yang besar dan luas, ramai sungguh orang dok lalulalang dan lepak kat area tu. Jambatan ni la yang selalu dok tunjuk kat dalam Buletin Utama masa Weather Forecast tu.Cuaca petang ni agak sejuk dgn 7 Celcius, tak blh lama dok kat luar sebab kami semua tak bawa glove pon. Disebabkan semua kelaparan kami decided untuk dinner dulu sebelum ke Hard Rock Cafe.So, kami ke Thai Seafood Restaurant yang instructor aku cakap tu, sampai kat situ kami di sambut mesra oleh tuan punya dan pekerja restaurant denga mesra sekali. Semua impressed bila melihat menu, saling tak tumpah seperti menu seafood kita kat Malaysia cuma kalu masakan berasaskan ikan depa semua guna fillet bukan whole fish yang biasa dimasak oleh restaurant2 thai food kat Malaysia. Semua excited untuk order makanan dan aku order Shrimp curry cooked with pineappleAda yang ordered somtam (kerabu mangga), fish fillet sweet & sour,instructor and seorang lagi kawan aku yang berbangsa cina tu nasi goreng ayam & lamb grill. Semua makanan2 yang kami order disediakan bersama dengan nasi. First time sejak dok kat Europe ni merasa makan kat restaurant dan Asean Food pulak tu.Lebih kurang setengah jam semua menu yang kami ordered ready to eat.Macam tak pernah jumpa nasi,, semua consentrate makan tanpa banyak cakap, depa siap bagi cili yang campuq dgn kicap tu...pehhhh, malaih aih nak cakap ...memang Superb..! Tiga kali aku tambah..! Yang kelakarnya , instructor aku ni walaupun jenis yang tak blh makan pedas dia tetap nak try semua makanan tersebut termasuklah cili kicap, so faham2lah kalu Mat Salleh makan cili...berpeluh, siap keluaq ayaq mata lagi...tapi tetap tak mau beralah..!! End up dia berjaya juga habiskan.. Good try..! Nanti mai Malaysia aku bawa pekena nasi Kandaq Kassim Mustapha pulak..! Hehehehe...baru dia ada akai..!!!! Sukar nak digambarkan dengan perkataan selepas hampir sebulan tak menjamu selera seperti diatas..! Walaupun agak mahal, tapi Two thumb up kat Restaurant Thai Food kat Cologne ni, next time kalau ada kesempatan mesti datang lagi. Total kami makan untuk semua tu EUR91.20.

Perut pon dah kenyang, kami ronda2 sekitar Cologne tapi keadaan cuaca yang kesejukkan membuatkan mode untuk ronda2 agak kurang ditambah pulak dgn perut yang kekenyangan. Kami ke Hard Rock Cafe Cologne/Koln untuk apa lagi kalau bukan nak beli T-Shirt dia, Beli lagi empat lai untuk aku, wife and kawan yang kirim.Harga sama macam kat Paris hari tu, Classic T-Shirt jer dah EUR20.95, Baby -T EUR 26.45...habis dekat EUR100 jugak shopping kat situ.Keluar dari HRC kami ronda sikit lagi, tapi most of the shops dah mula nak tutup dah walaupun masih day light, biasa la puak2 ni memang spices malas punya dok ada..!!!! Pastu terus ke kereta untuk berangkat pulang, masa balik pon Mata yang bawa kereta so untuk kali pertama keluar dari Prum round trip aku blh lepak kat sebelah dan seperti biasa juga kawan2 aku yang lain akan tidur dibuai mimpi indah disepanjang perjalanan pergi dan balik, singgah fill up minyak dah terus merentasi laluan Cologne ke Prum ditengah kegelapan malam. Banyak jalan yang tutup dan kami terpaksa detour ke satu laluan kampung yang pastinya kalu aku yang drive mesti panic habis, Alhamdulilallah - around 1030pm kami selamat sampai kat Prum. Balik hotel rest sekejap dan terus tidur kekenyangan.

Tuesday, April 20, 2010

19042010 & 20042010

19042010 - Nothing special utk nak updates kalau hari training, semalam dan hari ni pi class macam biasa. Sedaq tak sedaq dah masuk minggu ke-3 class mean that minggu terakhir aku di Grohmann. Dok haru sungguh ni, dah ler kerja menimbun - laptop buat hal pulak, dah hampir seminggu aku tak blh connect ke Intel Server, macam mana aku nak siapkan kerja aku...? Highly suspected laptop kena virus coz member aku seorang lagi pun kena gak, dia lagi kronik langsung tak blh nak reboot, all files was missing..! Aku punya kira ok lagi ler-still boleh ke internet tapi tak blh nak connect ke VPN jer, further diagnos VPN files missing, tapi dia jadi lembat macam spenda Cikgu Mat...Nak connect ke internet pon dekat sejam..Tension bro..! Kami 2 orang ada kena pen drive instructor punya untuk transfer satu data file so suspected virus dari pen drive dia la coz yang seorang lagi tak guna pen drive tu then laptop dia OK sampai hari ni, so rasa2nya punca dia dari situ laa..
Semalam class habis awal setengah jam so kami decided untuk ke Trier sekali lagi. Sampai kat Trier jam 530pm so ada masa ler untuk bershopping. Pusing sana pusing sini beli ler juga 2,3 items yang dok dalam wish lists aku. Lepas shopping macam biasa laa, terus ke kedai jual kebab, pekena kebab sebijik..kenyang la sat..! Lepas kena kebab terus bertolak balik, on the way keluar dari Trier jumpa REWE hypermarket, singgah pi beli beras then terus drive balik Prum. Jam 830pm sampai kat Prum, terus masak nasi and air panas utk dinner aku mlm ni. Rendam pack Brahim Kari Daging dan ubi kentang then pergi shower, tunaikan kewajipan sat dan terus dinner, habis gak 2 pinggan walaupun dgn instant food jer..! Lepas dinner, relax sambil berinternet dan by 12 midnight tidur.

20042010 - Bangun agak lewat sikit hari ni, letih sungguh aku sejak balik dari Paris hari tu mungkin sebab drive terlalu lama kut..! Lepas breakfast kat hotel terus ke Class, pagi ni aku pi breakfast kat hotel awal dari biasa sebab lately ni dah menjadi tabiat aku lepas breakfast jer mesti nak kena ke toilet, so hari ni aku pi breakfast awal sikit dan pakai sendal jer. Macam yang aku jangka lepas jer breakfast dia mai terus..! mungkin aku banyak minum yougut, susu, madu dan buah2an kut sejak aku kat Germany ni...tu yang dia lawas sangat tu..! Selesai semua dulu baru boleh pi class..Mode nak habiskan silibus memang makin slow compared to the 1st week, dok teringat nak balik Malaysia jer. Di sebabkan 2 orang dari kami ada masalah dgn laptop so kami decided untuk pull in travel date kami, plan asal lepas jer habis training hari Jumaat ni kami sambung lagi 5 hari untuk nak cover 2,3 lagi negara kat Europe ni, tapi disebabkan masalah yang tidak dapat dielakkan so kami pull in balik pada hari Isnin 26th Apr 2010. Semalam hantar satu email kat travel agent untuk ubah tarikh and today dukacita dimaklumkan kami tak dapat nak pull in coz Singapore Airline masih lagi tutup operasi depa kat Frankfurt due to Valcano Ash, so kena stick to the previous plan laaa...tu satu hal, sehingga hari ni semua penerbangan masuk dan keluar ke Frankfurt masih lagi belum beroperasi, dibuatnya sampai minggu depan...mampuih aku...! tak sanggup dah aih nak makan maggie & instant foods. Stock makanan pon dah tak banyak dah..harap2 minggu depa SIA kembali beroperasi macam biasa laa..Anak2 pon asyik dok countdown jer bila aku nak balik, mama depa pulak tak yah bagi tau ler...!! hehehe. Doa2kan lah aku blh terbang balik on 28th Apr ni dan Jangan ada valcano lain pulak yang meletup sudah..!!!!! Hari ni lepas jer class on the way balik sempat lagi pi shopping kat Prum, aku kembali ke kedai sukan yang aku beli FIFA World Cup 2010 minggu lepas tu, borong T-Shirt dan souvenier untuk family members and kawan2. Aku pon tak tau macam mana nak bawa balik ni...dikalangan kami 4 orang aku ler yang paling banyak sekali shopping. ..! Esok plan nak ke Cologne, Germany dgn instructor aku lepas habis class, ada satu Thai Seafood Restaurant kat situ, dia nak belanja dinner kat situ esok ptg dan yang paling aku syok sebab kat situ ada Hard Rock Cafe, so boleh ler tambah satu lagi venue untuk HRC T-Shirt collection aku. Lepas shopping tadi terus balik ke hotel, solat sat dan terus prepare dinner. Ada menu baru hari ni, telur rebus dan kicap...huh....2 pinggan selesai..! macam mana nak kurus pon tak tau..! Sebelum mai dulu target nak turunkan berat badan sikit, siap bawa Quaker Oat lagi, pack besaq pulak tu....tapi sampai hari ni pack tu masih dok elok tanpa dibuka pon...hehehe...bawa balik semula ke Kulim ler bagi mem aku yang makan..!!!

Sunday, April 18, 2010

18042010 : France - Lexembourg - Germany

Hari ke-2 di Kota Paris, sebelum berangkat pulang ada 2,3 venue lagi yang perlu di explore. Pagi ni breakfast dengan mushrom sup istant yang aku bawa, panaskan air masuk satu pack and siap untuk dimakan, cicah dgn biscuit jacob ...peehhhh sedap tu..sesedap roti sardin Pak Ya yang kat Lunas tuuu..! Habis 2 pack Jacob biscuit...cukup utk mengalas perut aku pagi ni.
Lepas jer breakfast terus check out dari Novotel, destinasi seterusnya adalah Hard Rock Cafe Paris, bukan nak pi minum atau layan live band tapi nak pi beli collection aku apa lagi kalau bukan T-Shirt, cuma beli untuk aku dgn wife jer, terbekenan dgn hat budak2 tapi mahal sangat ler kalu nak dibandingkan dgn kat tempat lain so cuma beli untuk aku dan wife ajer.
Dari Hard Rock Cafe terus drive ke Notre Dome, satu lagi monumen yang menjadi tumpuan pelancung bila ke Paris. Aku pun tak tau apa benda Notre Dome tu, tengok orang dok beratur ramai nak masuk ke situ aku pun ikut sekali,sekali masuk2 tengok Church depa la...terus aku keluar and lepak kat luar. Lama aku spend masa kat situ sambil tengok gelagat pelbagai jenis manusia. Kat luar Notre Dome tu ramai orang dok lepak dan dok meniaga pelbagai jenis barangan. Gang2 Bosnian yang dok minta sedekah tu pon ramai berkeliaran kat situ, aku menggunakan trick yang sama seperti masa kat Eiffel Tower semalam, tapi kali ni bila dia tanya aku...Speak English..? aku terus cakap...Kawe kecek kelate, dok pahe setabuk hame pom..!! Terus depa belah jer dari aku..Selamat..!!! Yang hat satu ni aku donate jugak sebab sekurang2nya dia berusaha, boleh dia pakai costume Firaun kut dan berdiri tegak kat atas tembok kat situ, mulanya aku ingat patung alih2 bila tengok orang ramai pakat dok boh duit dalam cawan yang dia sediakan dan bergambar dengan dia aku pun ikut sekali laa, aku bagi ler sikit balance2 coin yang ada dlm pocket aku. Kira Ok la juga cari rezeki macam tu dari terus meminta sedekah kat orang. Lepas puas melepakkat situ, aku menapak kat street area2 situ pi Souvenier stall,kat Paris ni yang paling banyak aku spend utk souvenier berbanding dgn tempat2 lain yang aku pi sebelum ni. Jam pon dah pukul 1pm so tibalah masa untuk meninggalkan Paris, kena bertolak awal sikit sebab aku nak sampai kat Prum sebelum malam dan sebelum tu nak singgah Trier jap untuk nak beli barang2 yang aku terbekenan masa aku pi minggu lepas. So, masa balik aku pilih route yang berlainan dari masa mai hari tu, kalau masa mai hari tu aku ikut Germany-Belgium-France tapi untuk balikaku pilih France-Luxembourg-Germany sebab Trier berada disempadan antara Lexembourg dan Germany. Jarak perjalanan lebih kurang sama jugak around 500km tapi 75% dari perjalanan melalui Private Highway yang dikenali sebagai A4, so kena toll laa..Toll yang perlu dibayar adalah EUR22.90 berbanding masa mai EUR13.00 dgn menggunakan Highway A1. Pertengahan perjalanan singgah RnR sat untuk isi minyak,masa mai dah isi EUR80.02 then masa balik kena lagi EUR80.06, cas sebatang dua sambil pekena kerepek ubi dan terus drive ke TrierLebih kurang pukul 6pm sampai kat Trier, perkara pertama yang buat adalah terus proceed ke kedai kebab, perut aku lapar giler dah ni..pekena kebab dgn Limon Tea.Frustrated betul la..lupa yang hari ni hari minggu..! Puak2 nazi ni mana mahu bisnes kalu weekend,depa dok kira nak party and bersantai jer,nampak gayanya aku kena datang semula ler kalu nak beli juga barang2 tersebut. So,jalan2 cuci mata jer laa, singgah kedai souvenier beli collection aku, aku ni dari dulu lagi bila pi satu2 tempat tu aku mesti beli 3 items collection aku iaitu magnet yang dok lekat kat peti sejuk tu, small glass and loceng perhiasan, so kat sini pun tak terkecuali dari membeli 3 barang tersebut. Lepas tu jalan2 tengok barang2 melalui cermin kedai ajer laa. Terberenti kat satu kedai ni....pehhhh...barang ni ker yang aku nak beli sangat tu...??? hehehehe...banyak ker duit aku..???? tak mungkin kut boleh beli...sbb banyak coin dari note..!!!
Orang2 kat Europe ni suka sangat makan ais scream, aku pon try ikut style depa gak, singgah beli ais scream 2 scope terus jalan pergi ke parking kereta. Teruskan perjalanan balik ke Prum, sampai kat Prum masih lagi terang benderang lebih kurang jam 830pm. Kemaskan barang2 yang dibeli dan makan maggie lagi sebungkus bersama dgn Ali Cafe. Berinternet dan call wife sekejap ten terus ZZZZZZzzzzzzzz..