Friday, May 28, 2010

Anual Event - Fishing @ Tuas YAN

Anual event dgn kawan2 office kembali untuk tahun 2010, seperti tahun sebelum bulan 6 adalah masa utk kami ke Tuas, Yan untuk memancing. Rata-rata kawan2 aku ni bukan tau memancing sangat pun.! Kebanyakkan dari mereka ni rod memancing pun tak dak , tu pun jangan... asal sebut nak memancing...sibuk nak ikut...!!! Hehehehe ...macam hampeh..!!
Tahun ni perancangan dibuat seawal bulan 3 hari tu. Ahli wajib yang akan turut serta adalah Aku, Adi, Lan, Hazardi, Faz dan ada satu tempat kosong since Harris tak leh nak ikut serta tahun ni memandangkan wife dia Linda just delivered new baby boy...nak cari pasai ler kalu dok ikut kami jugak..!!!!so, ada satu tempat kosong...3 orang dok melobi utk nak ikut...sebagai penaung utk trip kali ni aku pilih Pak Jan sebab dia ni kenai gak ler alat-alatan dan teknik2 memancing ni...boleh ler tolong aku sikit...nak harap yang lain2.....!!! menghabiskan boras jer..!!!!
2 minggu sebelum berlepas, Adi dah sibuk susun meeting dan perancangan2 lain...Well plan...every single items dia captured and atur cantik2...Lu memang brother laaa bro..! Adi pinjam 3 bijik mesin hi end bapak dia and dia beli satu set light action utk Apollo.
Faz kali pertama dalam hidup dia beli set memancing..budget kecik tapi nak yg hi end...puas gak ler aku nak cari..! Pak Jan dia memang ada satu set yang medium action. Lan lansung apa pon tak dak, pinjam dari office mate dia 2 sets. Hazardi bawa set anak dia yang light action, mungkin sesuai utk Apollo jugak ler rasanya. Hat yang lain2 tu aku la yang punya. Set memancing semua dah ready...peralatan2 lain semua siap sedia dari awal lagi dek penangan Adi yang dok chase after us...So, tinggal nak turun pi Yan jer lagi. Semua ahli berjaya mendapat Lesen dari wife masing2 prior departure..Pak Jan, Faz and Hazardi kira kategori lain berbanding kami yg 3 orang lagi ni coz depa 3 orang dah termasuk dlm Kategori Lesen Agong...Pukui 1 AM nak pi pukul 1259 baru bagi tau.!
Seperti yang diplan...Melintasi jam 1 pagi - Ahad 30th May 2010, Adi dengan lagak seperti pahlawan keluar dari rumah untuk mai jemput kawan2 lain yang dok kat Kulim ni, semua berkumpul kat rumah aku kecuali Hazardi. 145 am kami meninggalkan Kulim utk ke rumah Hazardi, jam 215am dikala orang lain sedang enak di buai mimpi indah kami terpacak depan rumah Hazardi, hampir 17 minutes diambil utk menyedar beliau dari tidur...memang tak blh harap..! Selesai menyusun semua kelengkapan kedalam 2 bijik kereta kami meneruskan perjalanan ke KAPITAN Bandar Perda untuk mengisi perut dan tapaw stok utk trip pagi ni. Seawal 3 am Pak Jan dah balun nasi kandaq dan kami yang lain pekena Roti Naan. 330am secara rasminya kami bertolak utk kedestinasi memancing tahunan kami...!
Aku plan nak tidur sekejap dalam perjalanan memandangkan aku pasti menjadi orang yang paling sibuk masa memancing nanti since aku seorang jer yang tau sikit pon selok belok memancing berbanding dgn team mate aku yang lain...hehehehe! Tapi yang hangin satu badan tu sbb aku langsung tak blh nak tiduq.. Adi yang dari tadi dok sebut tak sedap perut....pelepas baik punya kentut kat dlm kereta bertali arus dari Perda sampai ke Yan...Peeehhhh, tiada perkataan yang sesuai utk aku gambarkan kebusukkan kentut Adi dipagi yang hening tu..! Melekat sampai kedalam seluruh anggota pernafasan aku..!!! 15 minute sebelum 5am kami sampai kat Jeti Kuala Dulang Yan, ramai jugak orang pagi ni nak turun ke Tuas. Touch down jer kat Kuala Dulang Adi dan Lan terus proceed ke toilet, depa lawan dok bergilir jaga pintu toilet utk melepaskan hajat masing2..! Cerita bab Toilet kat Kuala Dulang ni, tak lengkap kalau tidak memperkatakan atau membangkitkan soal mentaliti orang2 melayu diperkampungan nelayan...maaf ler no kalau ada sapa2 yang ada adik beradik kat sana...Susah sangat ka nak buat toilet elok2 sikit, kawasan tu dah memang mendapat perhatian kaki pancing dari seluruh Malaysia, susah sangat ka towkey2 boat pakat donate seorang sikit buat toilet yang lebih baik dari apa yang depa ada lani, dah ler gelap sebab sebijik lampu pon tak dak, nak ada mcm mana kalau wiring pon tak buat..!!! Toilet sebijik mcm tu pon depa tak blh nak mantain...! Busuk/Mual/Hancing/Jijik dan semua yang sama maksud dan selari dengannya..! Tak dak perkataan sesuat utk aku nak gambarkan..!! Ustaz Azizan Menteri Besar Kedah kalau baca blog aku ni, tolong ler masa balik melawat kawasan tu jengok2 ler kemudahan kat Kuala Dulang ni..Lakukan lah sesuatu....buat malu orang Islam jer kalau bab2 kebersihan ni tak di titik beratkan..!!!
Jam 5am kami start load barang2 ke dalam boat yang sedia menanti kat Jetty, 530 sharp kami meninggalkan Jetty Kuala Dulang utk misi Ikan Tenggiri 2010. Hazardi & Faz dapat port yang sempoi punya, tak dan boat nak keluar kuala lagi dah hanyut dibuai mimpi indah, kami yang lain yang dok kat bahagian hadapan boat cuma pakat blh nak layan alunan laut cina selatan jer lah...alun agak kuat pagi tu ditambah pulak dalam kegelapan, masing2 muka panic jer sepanjang perjalanan...nasib baik dah telan ubat tahan muntah tadi, kalu tak mau terburai isi perut aku..! Tak banyak persediaan yang blh dilakukan memandangkan keadaan persekitaran yang masih gelap. Selepas hampir sejam berlepas, tekong Hairi memberhentikan engine boat, pasai apa pulak dah..? rupa2 nya dia dok sibuk telefon kawan2 dia....dah terbabas dah kami rupanya....dia tak dapat nak cari dentinasi Tuas dalam kegelapan...kalau aku tau tentu aku dah bawa Garmin nuvi aku dah.....!!! hehehehe.
Finally sekitar 645am kami sampai ke Tuas yang dinanti2kan...walau pun kat mana berada,kewajipan tak blh nak dikesampingkan...pakat solat subuh dulu dan berdoa utk keselamatan dan hasil utk dibawa balik kepada anak bini yang sedia menanti kat rumah. 7am kami start menduga penghuni Tuas Mat Arip YAN untuk mencari umpan hidup dgn menggunakan teknik Apollo...Wow, menarik sungguh aih pagi ni....banyak sungguh ikan kembung yang sangkut kat Apollo, hampir 40 ekor ikan kembung hidup utk umpan dan banyak lagi anak2 ikan lain yang sangkut utk dibawa balik menjadi lauk. Permulaan yang agak menarik walaupun keadaan laut pagi ni bukanlah sebaik masa trip2 yang lepas. Kami meninggalkan Tuas tersebut untuk ke Tuas Mat Arip yang satu lagi utk menguji Tenggiri pulak. 3 jam pertama disitu, tak banyak hasil yang diperolehi walaupun pelbagai teknik di cuba, tenggiri langsung tak sudi menyahut umpan kembung hidup kami. Dek kebosanan dan keletihan aku layan tidur sekejap, dapat gak ler dalam sejam tidur berlantaikan boat dan berbumbungkan langit, bangun jer tidur tekong ajak ubah tempat, kembali semula ke Tuas yang awal tadi, teorinya kalau tak dapat tenggiri pun sekurang2 pakat boleh apollo ikan kembung/temenung kat situ.blh gak buat lauk katanya, Ok jugak lah kalau mcm tu, so kami back to Tuas yang awal tadi..Peehhhhh rupanya rezeki kami kat situ, sekor demi sekor ikan Tenggiri dan Banang ( Ikan kacang ) berjaya didaratkan..Team yang dok Apollo pon tak berenti mendarat ikan kembung, kerisi dan pelata. Mode semua kembali gumbira, masing2 sibuk dgn joran masing2..dalam cuaca yang panas melampau kami berusaha keras utk laba santapan anak bini yang setia menunggu di rumah. Bekalan makanan bersilih ganti masuk kedalam mulut, tekong pelawa pulut dgn ikan pekasam...dah tentu aku tak mampu mengatakan TIDAK dengan offer macam tu, dengan muka tak malu aku dan hazardi balun jer tanpa segan silu..! Menghampiri 4 pm, kami bersiap sedia utk kembali ke Jetty selepas berhempas pulas memancing tanpa jemu, Hasilnya...? not bad...better then last years....6 ekog Tenggiri bersaiz sederhana (2.5kg-5kg) and 13 ekor ikan banang (ikan Kacang), 4 ekor ikan rapuh dan puluhan ekor ikan2 umpan. Tergambar kepuasan yang maksimum dimuka masing2.
5pm sampai kembali kat Jetty Kuala Dulang, selepas transfer semua ikan dan kelengkapan memancing ke dalam kereta kami meninggalkan Kuala Dulang dgn penuh kepuasan. Singgah kat Masjid utk bersihkan diri dan solat kemudian misi seterusnya adalah ke Pekan Yan untuk menikmati Pasembor tersedap di dunia. Ramai orang sungguh aih kat kedai tu maklumlah spices buka kedai ikut suka hati depa jer, jenis yang tak dak schedule off tu la yang bila buka jer berderu orang pi tu..Minum 2 gelas air baru pasembor sampai...walaupun marah tapi masuk jer suapan pertama ke dalam mulut...terus hilang rasa marah kena tunggu lama tu. Dah ler tunggu nak makan lambat, mai masa nak bayaq pun macam tu gak...memang spices "Lembab Macam Spender Cikgu Mat" la crews kat gerai Pasembor tu..! Lepas makan kami meneruskan perjalanan ke Taman Pauh, destinasi untuk pembahagian ikan. 815pm terpacak kat depan rumah Hazardi, pakat solat maghrib sat then terus mengagihkan ikan. Masing2 berpuas hati dgn laba trip kali ni. Dari rumah Hazardi kami ke rumah aku utk last transit before balik kerumah masing2, 930pm selamat sampai kat rumah aku, aku tak amik semua ikan2 untuk bahagian aku coz family aku bukan suka sangat ikan besaq2 ni...sedekah kat depa then balik rumah aku siangkan ikan2 kecil yang aku bawa balik..mandi, solat and terus lelap keletihan disepanjang malam. Banyak lagi kerja menanti aku keesokkan pagi...routine harian yang penuh stereotype

Long Weekend & Hot Ballon

Cuti hujung minggu yang panjang sempena Hari Wesak, ambil kesempatan utk balik Jerlun hari ni.dapat tau dari Sue yang ada Hot Ballon Fiesta kat Alor Setar so kami plan nak bawa anak2 pergi tengok dan naik Hot Ballon then terus over night kat Jerlun.Sekitar jam 1030am pagi Jumaat kami meninggalkan Kulim Perdana utk ke Alor Setar, 1230pm sampat kat rumah kakak aku utk lunch kat sana since Sue dah awal2 lagi inform kak aku utk nak lunch kat rumah dia, sementara dok tunggu masakan siap,sempat membuta ~sejam, letih dan sakit kepala dek cuaca yang sungguh panas kat Alor Setar hari ni. Bangun utk Lunch dgn menu gulai udang + rebung madu, Ikan Gerut2 Sweet and Sour and Ayam Goreng..selamat 2 pinggan nasi then terus proceed ke masjid kat sebelah rumah dia utk Solat Jumaat, lepas solat sambung lagi tidur, bangun telan 2 bijik panadol.....kepala dok berdenyut tak habis2 lagi...! Bangun tidur, shower and solat terus kami bertolak ke lokasi Hot Ballon Fiesta"Taman Jubli Emas" Suka Menanti, Alor Setar. Jarak dari rumah kak aku cuma lebih kurang 5km, tapi ambil masa 30min utk sampai, ramai sungguh aih...orang Kedah nak pi tengok Hot Ballon, maklumlah bukan selalu benda2 mcm tu mai kat sini.

Kami sekeluarga kecuali anak bongsu aku - Darwisy sebelum ni pernah merasa/menengok/menaik/memegang/bergambar dgn Hot Ballon ni masa kat State dulu, masa tu ada Albuquerque International Hot Ballon Fiesta, memandangkan Fiesta tu dekat dgn kawasan kami tinggal dulu, so dapat merasa ler tengok international hot air ballon event tu.Beratus bijik hot ballon dok setup utk terbang. Yang bestnya orang ramai boleh ke tapak berlepas dan tengok dari dekat macam mana depa dok setup ballon. Yang kat Alor Setar ni siap berpagar lagi, walaupun cuma 9 bijik tapi orang ramai cuma blh tengok dari jauh..Crews ajer yang blh masuk kat tapak persediaan.Apa pun Tahniah ler utk kerajaan Negeri Kedah melalui Yayasan Sultanah Bahiyah kerana membawa acara yang agak asing bagi kita di Malaysia ni ke bumi Hijau Kuning. Plan awal janji dgn anak2 nak bawa mereka naik Hot Ballon tapi kecewa bila ticket sold out utk seisi petang. Dalam Cuaca yang cukup panas sekarang ni, keadaan lokasi fiesta hot ballon ni cukup mencabar, dah ler parking kereta nun jauh dekat 2km menapak, nasib baik aku drop anak2 dulu kat entrance then aku drive seorang jer cari parking, kalau tak mau aku drive balik jerlun terus jer, parking kat tepi jalan tanpa ada pihak yang menyelia, maka jadi tunggang langgang ler...semua selfish..! dari main entrance terpaksa menapak lagi utk ke lokasi tapak pameran...pehhh...5 pm pon dok panas lagi bro...cuaca panas sungguh kat Alor Setaq lani..! Sampai terus jer ke Kaunter Ticket tapi dukacita semua ticker dah Sold Out...melepas ler anak2 aku nak naik ballon..semua bad mode jer..!
Selain dari pertunjukkan hot air ballon ada pelbagai lagi pertunjukkan/acara sampingan. Pertandingan Paint Ball, gerai2 jualan, para glider pameran gerek tua dan basikal apa tah yang jenis kayuh sambil baring tu dan mcm2 lagi laahh..! Walaupun banyak kekurangan berbanding dgn kat State, tapi aku rasa kira Ok lah utk kali pertama dianjurkan kat Alor Setaq ni, masa2 akan penganjur perlu lebih sensetive dgn perkara2 macam ni. Walaupun diwar2kan sebagai International tapi cuma 7 pasukan dari negara luar ajer yang menyertai pertunjukkan ni. France, Jepun, Neitherlands, Belgium, New Zealand, Thailand dan pasukan tuan rumah Malaysia menyertaikan pertunjukkan ini. Semua negara menghantar sebijik ballon kecuali Belgium 2 bijik.Perlu kah aku tanam semula....? Sebelum hot ballon berlepas ada pertunjukkan moto glaider dari team UUM.Sebelum balik singgah kat tempat basikal kayuh sambil baring tu, rasa macam menarik gak, ajak anak2 join-yang lelaki semua ok tinggal yang hat perempuan jer tak mau naik..$10 untuk 15min.. quite expensive tapi sebab nak try ...bayar gak ler utk 2 bijik...Syok pulak kayuh gerek spieces mcm ni, riki harga dengan organiser..utk adult ~4K and utk kids ~2K, agent tunggal kat Malaysia ni dari Selangor...kalau ada rezeki lebih teringin gak nak beli sebijik...!Hero aku seorang lagi lesap terus tanpa dapat dikesan...merempet dia dgn gerek 3 tayar ni, siap drift lagi...!!!Lepas kesemua ballon berlepas dan puas kayuh basikal sambil tiduq tu, kami meninggalkan lokasi hot ballon utk ke Jerlun...semua depa tunggu kat entrance then aku sekali lagi menapak utk pi amik kereta...peeehhhhh...jalan lagi sibuk berbanding semasa mai tadi, letih...letih...!On the way balik Jerlun, singgah pasar malam utk beli raja buah...Durian, hero sulong aku ni memang hantu durian. Sampai kat Jerlun around 815pm-macam biasa ler kat Jerlun kalau kami balik...sepupu sepapat anak2 aku aku turut pi sekali..riuh rendah kat rumah bertambah pulak dengan cuaca yang cukup panas...peehhhhh C U B A A N ...!

Monday, May 24, 2010

24 x 7 = BZ

Hanya untuk semua yang kat bawah ni, hidup aku lately ni betul-betul mengalahkan bussiness man yang owned billion punya company...24hrs mcm sentiasa tidak cukup utk aku. Banyak sungguh kerja yang perlu disiapkan..kat tempat kerja...menimbun kerja yang perlu disiapkan..Boss...keep on chase after me..!!! Ditambah dgn commitment baru pada community aku setelah dipilih menerajui Persatuan Penduduk KP, lagilah bertambah kesibukkan aku...itu belum lagi dihitung dgn satu project yang masih dlm perancangan bersama dgn rakan kongi aku...Wowww....kalau aku ada kuasa untuk tambahkan sehari semalam menjadi 48hrs, sudah tentu aku lakukan sekarang ni..!!! Terasa betul2 rindu dgn kehidupan sementara aku semasa kat Europe hari tu...santai, happening dan penuh ketenangan walaupun jauh dari family..Demi survival aku perlu lakukan semua ini, apa boleh buat...! rencanaNYA lebih dari segalanya.


Aku perlu lakukan sesuatu untuk semua ni.....time mgmt aku totally failed lately ni...! Aku perlu Revolusi untuk survival dari kehidupan yang penuh Stereotype ni...Buktikan Zull's ...! I know u can do it....!

Friday, May 7, 2010

Selamat Hari IBU

You don't really understand human nature unless you know why a child on a merry-go-round will wave at his parents every time around - and why his parents will always wave back.
Selamat Hari ibu / Happy Mother's Day utk semua yang bergelar IBU, MAMA, EMAK,MAK,MAMI atau apa sahaja panggilan yang membawa maksud anda adalah wanita yang mengandungkan baby dan seterusnya melahirkan zuriat tersebut dan memberi kasih sayang sayang sepanjang tempoh membesarkan baby anda. Ucapan ini terkecuali kepada mereka yang melahirkan anak melalui penzinaan, mereka yang bergelar mummy kepada anak2 ayam..!, mereka yang masih belum berkahwin tapi dah sibuk dgn panggilan Papa /Mama to each partner masing2...menyampah betul aku...!!! dan juga kepada mereka yang cuma tahu melahirkan anak tapi tak tahu nak mendidik anak2 tersebut, membuang anak2 tersebut di dalam tong2 sampah, atau ditinggalkan dirumah2 ibadat. ..yang ni semua terkecuali dari mendapat penghargaan ucapan Selamat hari IBU walau dari sesiapa pun..!

Hari Ibu adalah hari peringatan/ perayaan terhadap peranan seorang ibu dalam keluarganya, baik untuk suami, anak-anaknya, mahupun lingkungan sosialnya.
Peringatan dan perayaan biasanya dilakukan dengan membebas-tugaskankan ibu dari tugas domestik yang sehari-hari dianggap merupakan kewajibannya, seperti memasak, menjaga anak2 dan urusan rumah tangga lainnya.Setiap tahun pada hari Minggu ke-2 bulan May merupakan hari yang perlu anda hargai kepada setiap makluk yang bergelar IBU, esok kalau aku dah bergelar PM aku akan declare hari Ibu sebagai Public Holiday..!

Bagi aku pulak, tak pernah aku tau pun wujudnya hari ibu ni sebelum ni...! seingat aku tak pernah pun aku ucap atau celebrate hari ibu kepada Arwah Ibu aku...tapi bila aku ada family sendiri, barulah aku tau rupanya tiap2 tahun pada hari minggu ke-2 bulan May ni rupanya masa utk nak celebrate kaum IBU, tu pun sebab anak2 aku sibuk utk utk celebrate mama mereka..! Mungkin pendedahan yang mereka dapat sejak di awal pengajian mereka di kindergarden lagi kut, bagi aku yang tadika pon tak masuk ni..mana la nak tau semua2 tu..!Menyebut soal IBU rasanya tak lengkap kalau tidak menyebut tentang Arwah Ibu aku, wanita pertama yang aku kenal dlm kehidupan aku, manusia yang penuh ketabahan untuk membesarkan 9 orang anak seorang diri setelah kembalinya Arwah ayah aku ke rahmatulallah seawal usia aku 3 tahun. Sedar tak sedar dah 11 tahun dah Arwah mak aku meninggalkan kami semua. Membesarkan kami 9 adik beradik dgn 7 orang pertama adalah perempuan dan aku dgn adik aku jer lelaki tanpa mendapat bantuan dari seorang yang bergelar suami kepada beliau, aku rasa tak semua orang dapat berbuat seperti Arwah mak aku.! Kalau boleh aku kembalikan semua itu, pasti Hari Ibu yang disambut sekarang ni cukup bermakna utk aku..! Tapi ternyata Allah SWT lebih tahu apa yang terbaik untuk setiap insan.

Aku akan pastikan perkara ni tak akan berulang untuk generasi ke-2 aku, so sempena hari Ibu ni kami anak beranak akan turut meraikan Mama mereka dengan cara yang tersendiri. Selayaknya semua insan yang bergelar IBU diraikan, kepada anda semua luangkan sedikit masa dan hargailah mereka semua yang bergelar IBU dengan cara anda tersendiri, yang pentingnya adalah Penghargaan, raikan dengan cara anda tersendiri.!
Your responsibility as a parent is not as great as you might imagine. You need not supply the world with the next conqueror of disease or major motion-picture star. If your child simply grows up to be someone who does not use the word "collectible" as a noun, you can consider yourself an unqualified success.

Monday, May 3, 2010

29042010 - 03052010 : Back to Normal Routine

Salam to all,
First of all aku nak ucapkan Terima kasih kat semua yang sudi singgah kat personal blog aku ni, hit blog aku pon agak meningkat dengan ketara semasa aku kat Europe dulu, mungkin sebab ada perkara yang berlainan yang menarik pembaca untuk singgah lebih dari sekali,apa pun alasan dan tujuan untuk singgah kat blog aku-sebagai tuan tanah aku nak ucapkan Terima Kasih. Selepas hampir seminggu kembali ke tanahair tercinta BolehLand, aku kembali ke routine harian seperti sebelumnya untuk survival didunia yang kian mencabar ini. Hari pertama aku sampai, request dari anak2 utk hantar dia orang ke sekolah, what to do..walaupun mata berat nak buka tapi dek pemintaan anak2 terpaksa gak la ikut. 3 orang anak hantar ke 3 sekolah yang berlainan, terkejar2 aku untuk nak membolehkan semua sampai on time. Lepas settle anak2 & wife pulak cuti peristiwa so kita orang breakfast bersama kat kedai panel breakfast aku..Renjer Kilang Lama-pekena kueh teow goreng + nasi lemak + Radix Panas..Balik rumah sambung tiduq...Tengahari janji nak lunch dgn anak2 kat luar. Bermula jam 12noon aku kembali bertugas sebagai supir utk anak2 aku, dah janji dgn dia orang nak lunch kat luar hari ni. Lokasi lunch Din Ikan Bakar, Kepala Batas. Sebelum pi kesana singgah kat Secret Recipe utk jumpa gang2 dept. aku yang sedang lunch kat sana, singgah bagi souvenir utk setiap seorang. Semua sengeh sampai ke telinga sbb dapat T-Shirt & Key chain Eiffel Tower setiap seorang. Tinggalkan dia orang utk ke Kepala Batas, anak semua dah lapaq.Superb Lunch..! Menu : Ayam Bakar, Ketam Bakar, Daging Bakar, Gulai Bawal, Nasi Putih + Air nyok satu jar...Peehhhh..tambah nasi 2x..Aku rekomen utk sesiapa saja yang menggemari jenis yang bakar2 cuba try test kat sini..memang berbaloi...Harga pun tak ler mahal sangat. Lepas lunch terus ke Carrefour utk beli serba sedikit barang dapur, anak2 & maknyer punya la happy..dah sebulan tak keluar mcm ni. On the way balik singgah satu lagi kedai panel kami sekeluarga... Neshmala Hair Cut, aku and my hero Danial & Darwisy cut our hair with the same style..! Mudah...save budget and time...skin head..! Balik rumah semua keletihan, rest and relax. Malamnya kawan2 Taman mai rumah, bagi souvenir kat semua bahagian masing2..by 12 midnight go to bed coz esok dah nak kembali berkerja...huhuhuhuhuhuhu..Kejam betul boss aku..!
Friday 30042010 : Kembali ke office seawal jam 8am, sibuk disapa oleh kawan2. Terasa sekejap jer kat tempat kerja sebab kerap ke Smoking room, Pantry, Pit Stop dok entertain kwn2...pulak tu kat ker kena solat jumaat, so mcm kerja half day ler lah...Petang balik kerja terus amik2 anak dan kami balik ke Jerlun. Singgah dinner kat Nasi Lemak Batu 9, Jerlun...dah tak menarik sangat dah mcm mula2 depa buka kedai dulu...agaknya sbb dah popular sgt kut..! Quality dah tak jaga..! Sampai kat Jerlun around 930pm...ramai yang dok tunggu kami kat kampung rupanya, sekali lagi sibuk dok agihkan serba sedikit souvenir dari Europe.
Saturday 01052010 : Public Holiday- breakfast nasi lemak kat kedai kakak aku, lepas breakfast pi ke Nut ( Pekan Sehari kat Sungai Korok ), Wife & 2 orang kakak aku ikut, depa dok sibuk pilih tudung sampai aku naik bosan..lepak kat satu kedai jual cendol, sampai habis 2 gelas depa tak selesai lagi shopping...! Aku dok layan orang lalu lalang kat Pekan Nut, masa aku kecik2 dulu kalau mak aku bawa mai ke Pekan Nut, kira syok macam pi Kuala Lumpur nuuu...! Bukan mak aku beli apa pon utk aku, paling bagus pun Apom Balik...tu pun aku dah cukup syok dah...mai kat anak2 aku, dengar kata nak pi Pekan Nut, seorang pon tak mau ikut..! Anak2 generasi sekarang noooo....mana class pi Pekan Nut..!!!!
Damia a.k.a Girl dgn cousin...bab nak pose memang #1.Bakal pemandu F1 Malaysia Team suatu hari nanti.Like Father Like Son...?....I don't think so....!Nak cari ayam kampung, tapi tak dak stock pulak so terpaksa ler beli ayam bandar jer lah...Menu Lunch hari ni...Gulai tulang +daging, Ayam masak kicap & Kerabu Taugeh + Kerang. Ramai kakak2 dan anak2 buah aku kat kampung hari ni sempena meraikan kepulangan aku kut..! hehehe...tapi memang mcm tu laaa....kalu kami balik Jerlun mmg depa semua selalu balik sekali..tu yang buat anak2 aku syok tu...selalu dok ajak balik Jerlun..!! Panas sungguh aih kat Jerlun lani, lebih2 lagi aku kan baru balik dari Europe, so manalah nak boleh tahan sangat dgn cuaca panas ni..! hehehe...seharian dok kat kampung aku tayang perut aku yang berketak satu jer lah sepanjang masa. Lepas lunch apa lagi...tidur terbongkang kat anjung, bangun tiduq pekena nasi lagi seround...mak oiii....banyak sungguh aih aku makan hari ni.! Lepas makan siap2 utk nak balik semula ke Kulim.. Anak2 tak puas lagi dok kat kampung, tapi apa boleh buat esok depa dah nak kena kesekolah, so balik awal sikit ler...boleh depa rehat sikit.! Jam 830pm sampai kat Kulim Perdana.
Ahad 02052010 : Selepas selesai hantar anak2 ke sekolah, keluar brekafast dgn wife kat kedai panel kami..lepas tu aku kembali ke routine pagi ahad aku...main badminton dgn kawan2 kat Office...Fuuuhhhhh....semput bro...dah 6 minggu langsung tak bersukan..! walaupun tak pegang racket 6 minggu tapi performances pagi ni not bad lah..! Hantar wife pi Salon utk buat Facial then sekali lagi menyupirkan diri utk anak2 aku pulang dari sekolah, lepas lunch baru jer nak rest dapat phone call dari boss...Hampeehhhh...ada issues kat tempat kerja...aku baru jer nak terlelap kena masuk kerja pulak..! Tu lah harga yang aku perlu bayar bila dah ada Level 3 Equipment..! 4pm aku dah terpacak kat depan Intel...pukul 730pm baru selesai, balik terus pi Pasar Malam Kilang Lama utk beli dinner, anak2 dok tunggu nak dinner kat rumah. Memba aku Bob mai kerumah utk ambil brg2 pesanan dia, lepas dia balik jer terus dinner and langsung tertidur keletihan.
Isnin 03052010 : Replacement offday hari ni, so tak yah gi kerja lah...tapi bukan utk aku,cuma utk kawan2 aku dan boss aku jer...aku still kena kerja..huhuhuh...nasib baik wife dan anak2 pon pi sekolah so...walaupun tak sepenuh hati tapi dah kewajipan terpaksa ler memaksakan diri juga utk pi kerja..Lunch time keluar utk mengupirkan diri menjemput anak2 balik sekolah dan lunch bersama mereka, balik sat ke rumah utk shower and solat then pi kerja lagi..Huh...kalu tak dapat outstanding lagi tahun ni tak tau nak kata apa dah laaa..! Siapkan kerja till 530pm, balik kerumah sat keluar pulak hantaq Damia pergi Tution kat rumah cikgu dia kat Kulim Golf, then kami yang lain terus ke Pasaq malam utk beli dinner dan stock barang2 basah. Pukul 8pm wife gi jemput Damia dan aku pulak sibuk kat dapur...aik awat terkalih pulak..?Dak aih..! memang macam tu pun practise dia..kalau wife aku yang bersihkan semua tu...mau pukul 10pm lah baru siap...! Bagi kat aku half an hour semua dah settle dok dlm container dalam peti sejuk..! Hehehe..Lepas dinner anak2 and wife semua awal ke bed...keletihan semua...yang tinggal aku jer dok layan internet seorang2. Routine harian yang memang stereotype....aku perlu lakukan sesuatu utk menjadikannya lebih santai selepas ni..Tapi macam mana hah...? Until now aku belum lagi ketemu jawapan utk persoalan diatas..! Aku nak sgt situasi mcm staff2 kat tempat aku training baru2 ni ...masuk kerja jam 8am...terpacak pukul 5pm semua balik..! Weekend keluar hang out lupakan soal kerja sepenuhnya...teringin sangat aku nak buat mcm tu...tapi..????Boleh kah...?