Saturday, April 3, 2010

04042010 - Prum to Brussels

Disebabkan plan asal nak ke Paris terpaksa dibatalkan disebabkan GPS navigation Jaguar tak setup Negara France, so aku tak nak amik risiko utk kesana tanpa bantuan GPS. Malam tadi masih lagi sama mcm sebelumnya,masih bermasalah dgn masa tidur aku lagi, dok nak kira masa kat M'sia lagi...susah betul la macam ni, masuk hari ke-3 dah pun tak settle2 lagi...! kulit pun dah jadi kering dek penangan suhu bawah 10C tambah pulak dgn kurang tidur maka sakit kepala aku bersilih ganti, nasih baik bekalan Active Fast aku dah bawa siap2 masa nak mai hari tu. Sakit perut malam tadi, 2kali bangun ke tandas.Jam 330am masa Germany aku dah bangun dah tak blh nak tiduq dah, mana dgn dok rindu kat anak2 and wife lagi, so ...susah sungguh aih, kalu blh tiduq kan senang.Tak payah dok pikiaq macam2 dah..! Badan letih, kepala pening tapi mata tak mau tiduq...!!! Aku explore Map Point utk cari plan utk esok, nak lepak kat Prum mmg tak blh ler,dengan keadaan hotel yang serba kekurangan, terasa masa tersangatlah panjangnya..Aku dah plan nak tukar hotel,,susah sungguh kat area ni nak dapatkan hotel yang memenuhi piawaian aku...hehehehe. Kat bawah ni plan utk perjalanan hari ni....Brussels BELGIUM.
" Located in the very heart of Europe at the crossroads between Paris, Amsterdam, London and Frankfurt, Brussels is a City Region (one of the three Regions within the Belgian Federal State) of one million inhabitants; the capital of the Kingdom of Belgium; and the headquarters of the French and Flemish speaking Communities"
Jam 5am aku masak nasi lepas tu pekena dgn sambal bilis dan serunding, selesai 2 pinggan nasi..hehehe...! Aku bukannya blh tension, kalu tension jer mesti berselera nak makan nasi punya...! Selesai mandi, email dgn wife secara kebetulan dia dok online....Rindu ler pulak...! Nak buat macam mana ni...? Sabar ajer lah...! Lepas tu mandi, tengok nasi masih ada balance lagi, sementara nak bertolak...aku balun lagi balance2 nasi yg masih ada..! Clear...senang sikit nak cuci.! Sekitar jam 8am, turun ke car park, setup GPS navigator Jaguar, walaupun high end punya kereta, tapi GPS dia tak friendly user ler....Garmin aku lagi OK. Pastu bertolak meninggalkan Prum utk ke Brussels, Capital city of Belgium. Tersilap set GPS dia bawa pi jalan belakang, agak jauh ler sikit tapi scenary kampung2 english mmg menarik mata memandang. Hari ni tak blh nak pandu laju sgt, takut kena speed trap, kalu semlm aku balun 200km/j tapi hari ni aku cuba memandu mengikut speed limit, pulak tu jarak Brussels kalu ikut Map Point cuma lebih kurang 2 and half hour jer dr Prum. Sampai kat Border Deutchland & Belgium stop sat utk mengabadikan sekeping dua gambar kenangan.
Sempadan Deutchland & Belgium
Pose untuk cover album kumpulan metal - Gagak Hitam Apa sangat Jaguar ni...! anak Jerlun letak kaki jer....!!!!Lepas tu terus masuk highway and berdesup Januar aku meninggalkan sempadan Germany, lupa habis plan nak bawa ikut speed limit. Sepanjang jalan hujan on-off, pertengahan perjalanan berhenti sekali lagi untuk sebatang dua Malboro Light.Pastu meneruskan perjalanan ke Brussels. Jam 100pm sampai depan Hotel Metropole Hotel, bertempat di tengah2 Kota Brussels yang penuh dengan peninggalan banggunan zaman kolonial, cantik sungguh scenary dia, sistem jalan raya dia pun superb..! ada lorong khas untuk bicycle, bus, tram, taxi and kereta , ditambah lagi dgn sikap pemandu2 tempatan yang betul2 behave so perjalanan agak smooth hari ni,cuma aku masih tak cukup cekap lagi panduan sebelah kiri ni, masih dok kekoh lagi utk hari ke-3 ni pun, seingat aku masa kat State dulu tak ler seteruk ni kalu akan memandu, tapi kat Europe ni....susah sungguh nak sesuai, mungkin sbb agak lama dah kut dok drive ikut sebelah kanan ni. Check dgn preffered hotel, masih ada bilik kosong tapi depa tak blh nak bagi corporate rate since kami tak booking upfront by our travel agent, rate dia 170Euro, so tak pa ler still within the budget. Bilik dah confirmed tapi Check IN time 3pm.
" Hotel Metropole - Tailor made for you since 1895; The 'Place De Brouckere' is the awe-inspiring central point of the great avenues of Brussels and thus the most impressive buildings may be found here. The Hotel Metropole is the 'icing on the cake'. In this Luxury Palace, everyone is made to feel like Royalty, if only for a moment."Hotel Jockey bagi aku part Jaguar betul2 depan main enterance Hotel Metropole 5 Star Hotel @ Brussels - anak Jerlun pertama yang menginap kat sini. !
Masih ada satu setengah jam ni, so kami bertolak ke destinasi wajib utk semua pelancung kalau ke Brussles, mana lagi kalau bukan...MINI EUROPE, 6km dari Hotel so kami drive ajerlah utk kesana. Peehhhh menarik bro...Ticket 13.1E utk basic park, so kami amik yang tu ajerlah. So, hari ni kira aku dah explore the whole EUROPE hanya dgn mai kat sini. Brussels mini landmark @ Mini Europe Lobby Mini Europe Kalau dapat mai sini dgn family kan ker best..! To my kids & lovely wife - Insyallah kalu Dad ada rezeki lebih, kita mai kesini nanti.
Sekitar 5pm balik ke Hotel, perkara pertama yang aku buat adalah cari kettle utk nak masak air panas, hampeh betul hotel jer 5star tapi kettle pon tak dak, lapar punya pasal amik air panas kat paip and rendam maggie lor....sedih kan..! Makanan ruji aku semasa kat Europe....!Sementara dok tunggu maggie aku nak kembang aku balun biscuit dgn tuna yg aku bawa mai. Lepas maggie aku kembang lebih kurang jer...aku balun ingat tak ingat punya...sejuk2 ni mmg perut aku asyik nak makan jer. Lepas makan,kepala pening pulak, letak kepala jer terus hanyut...dapat tiduq 3 jam..jaga sekitar jam 830pm, mandi and turun explore nite life kat Kota Brussels. Banyak restautant hala rupanya kat Brussels ni, kebanyakkan diusahakan oleh Tok2 Arab, pekena kebab dgn teh 0, baru 5E-kira OK ler tu..! Kebab RestaurantCuaca kat luar sgt2 sejuk, dibawah takat beku tu bro...tak blh dok lama sgt, pukul 11pm balik hotel and ZZZZzzzzzzzzzzzjam 3am aku dah terbangun dah, dah tak blh nak paksa tiduq dah. On laptop, berbalas emails dgn wife serba sedikit and update blog aku. Setakat ini dulu, nanti senang2 aku update lagi.
Zull's - Metropole Hotel, Brussels BELGIUM 418am

03042010 - PRUM, GERMANY

Pagi ni breakfast kat hotel, kena charge 21 Euro utk breakfast yang pada aku tak seberapa sangat, apa sgt yg blh makan coz kebanyakkan berasaskan Ba*i. Tapi kat EU ni Dairy product mmg byk and murah, yang ni aku balun cukup2 punya.

Selesai breakfast terus ambil shuttle utk ke Hertz -Terminal 1 Frankfurt Airport. 10min dari hotel.Sampai jer kat Hertz...peehhhhh...nak tau apa kereta yang disediakan untuk aku..?JAGUAR ler bro...!!!

Tak pernah termimpi dalam hidup nak drive Jaguar, ambik kau...dah nak belagak sangat..! Alhamdulilallah, Syukur...Allah sentiasa memberi laluan mudah utk aku..Shukran...Shukran.
Lepas amik kereta, balik semua hotel untuk Check Out Steigenberger Hotel , panic juga aku masa mula2 nak drive Jaguar ni, mmg high end sungguh, main tekan2 butang jer...dari nak start engine sampai nak tarik hand break mmg auto semua...kira auto pilot ler.
Check out hotel then drive to Prum, kat sana nanti aku check in kat Zu Goldenen Stern Hotel. Jarak dari Frankfurt ke Prum lebih kurang 260km, kereta equipped dgn GPS so tak susah sangat ler utk nak drive.
Sampai kat Prum,macam pekan koboi jer tapi terletak kat tempat yg agak tinggi so cuaca kat makin sejuk ler..Aku pulak dok ingat kan dah nak end of winter so bawa ala kadar ajerlah pakaian winter ni...pehhh tak tahan bro, nak kena pi cari glove, loosen and lip glose ler...kulit dah start kering and gatal2 dah..! ni yang aku tak suka time winter ni.
Lepas jer check in perkara pertama yang aku buat adalah masak air, lapar bro sejuk2 ni...pekena maggie perasa tomyam dulu satu pack, pastu masak nasi pulak. Perut aku kalu tak masuk nasi mmg problems la..Stock makanan mmg byk yg aku bawa, siap ada rice cooker dgn electrical stove lagi..!Plan asalnya, lepas makan nak terus ke Paris, France coz aku ada masa 2 hari lagi sebelum training. 5 jam jer dari Prum utk sampai ke Paris. Hotel semua dah siap booked. Alih2 masuk jer dalam Jaguar, baru nak setup route..tengok2 FRANCE tak setup dlm system. Try to call Hertz semua tak response coz weekend depa tutup awai, cuba nak dapatkan bantuan dari pompuan yg jaga kaunter kat hotel, tapi sepatah haram tak reti English, dibantainya cakap Deutchland,jadi macam itik dgn ayam la. End up balik hotel escalated the issue to Hertz. Jadual perjalanan dah lari so kena cancel dulu utk ke Paris, Buat phone call utk cancel hotel, kepala pun dok pening sbb dok tak blh nak iut masa kat sini lagi, asal petang jer..mengantuk coz kat Msia dah malam. Letih campuq mengantuk campur sejuk campur pening, naik ke hotel semula..layan internet . Masak nasik..makan...rest sat...pastu keluaq ronda2 sekitar pekan koboi PRUM. Singgah kat convenince stall utk beli dairy product and sabun pencuci.

Selesai beli semua brg2, balik hotel...layan internet sat then ZZZZZZZZzzzzzzzzzz. Plan ke France terpaksa ditunda, esok hari Ahad, so kena keluaq jugak dari pekan Koboi ni, kalu tak bosan habis aku kat sini. Mana destinasi yang aku akan tuju..? Ikut perjalanan aku seterus esok.

Trip to Germany - Guten Tag

02042010 – Jumaat : Dalam Penerbangan dr Singapore ke Frankfurt Seawal 430 am aku dah bangun dek penangan Awisy yg nak susu, pulak tu siap nak aku yg buat untuk dia, macam tau2 yang aku nak outstation agak lama jugak kali ni. Lepas buat susu mata dah tak blh nak tiduq, macam2 dok fikir, ni kali pertama aku akan berjauhan dgn family aku untuk jangka masa hampir sebulan. Anak pompuan aku Girl tanya aku hari tu, pasai apa dulu masa pi US depa semua blh ikut, awat kali ni nak pi Germany, Dad pi seorg jer…! Susah juga tu aku nak explain..bdk2 mana depa tau semua tu, dia dok ingat aku saja2 jer nak pi makan angina kat Germany. Apa pun aku kena kuat semangat..Sedih sungguh utk nak tinggalkan isteri dan anak2 kali ni..! Dek penangan mata yg dah tak blh tiduq,aku ON kan laptop utk siapkan kerja2 akhir yg perlu updates & minta follow up kpd colleague and Boss aku..Siap semua kerja around 545am, mandi and terus solat subuh. Beg2 pakaian dan brg2 yang nak dibawa semua dah ready, Sue dah siapkan sejak malam tadi, Turun kat bawah, kakak2 aku yg mai dari Jerlun sejak awal malam tadi, dah siapkan masak nasi lemak dgn sambal bilis & sotong kering. Breakfast dulu dgn nasi lemak yg depa buat, anak2 dan Sue pon semua dah bangun, pakat dok siap semua dah. Kakak2 aku pun dah siap sedia utk nak hantaq aku ke airport. 715am kami meninggalkan Kulim Perdana utk ke Airport, Penang Bridge agak sesak pagi ni ditambah pula dgn anak buah dan in law aku yg drive kereta 2bijik lagi tu tak berapa nak familiar dgn jln2 kat Penang ni, menghampiri jam 845am baru sampai Airport, lepas check IN semua beg2 yang dibawa, cuma tinggal backpack laptop aku jer utk hand carry..Huhuhuhu…moment jejak kasih dah mariiii…! Anak pompuan aku dah tak blh tahan dah, lepas cium & salam dgn dia…meraung kat airport tak nak bagi aku tinggakanl dia. Mama dia pulak sedih jugak ler..tapi control kut sbb malu kat kakak2 ipar & tak mau bagi anak2 lagi stress..! Danial & Darwisy..Cool jer…siap minta duit nak beli Snack lagi..! Tak lama lepas jejak kasih dgn anak bini & family dr Jerlun, aku terus check in utk boarding sbb ramai orang pagi ni, ramai jemaah Umrah sama flight dgn aku utk transit kat Singapore.
1015am Flight SILKAIR meninggalkan Penang Airport utk ke Changi Airport, Singapore. Huhuhuhuhu…Sedih ooooooo….kena tinggalkan anak2 dgn wife, tapi nak buat mcm mana dah tuntutan kerjaya aku ..Sabar ajerlah..! 1140am sampai Singapore, transit ~ 2jam sebelum ke Frankfrut. Pekena rokok sebatang, stock ada 2 karton, beli masa kat Free Duty Penang Airport tadi, cukup kut utk sebulan..! then pekena kopi and puff kat POLAR sambil online sat, sempai lagi hantar satu dua emails kat Boss aku,,Hampeehhhh..betul..!! pagi2 buta tadi dia dah call aku tanya macam2….? Potong mode aku nak travel betul laaa…Come On ler bosss…sporting ler sikit.! Aku pelepas satu email sempoi punya kat dia, terus aku offline.! Jam dah hampir 1pm., pi amik Skyway utk tukar Terminal 2 ke Terminal 3. Pekena rokok sebatang lagi sebelum boarding for another 13hrs. Jam 155pm..pesawat SIA selamat take off dari Changi Airport. Masa Check IN tadi lupa nak pilih seat, dok kalut dgn anak2 main harap depa letak jer…nah kau dapat seat dekat toilet, tapi nasib baik ler seat Aisle – 42 H, dok dengan satu couple Germany, aku buat bodo jer..layan makan, minum, movie dan karang karangan ni.. masa lani aku dok kat Altitute 9754m, melewati Negara INDIA ada lagi lebih kurang 7jam nak sampai Frankfrut. Masa kat Msia lani ~ 730pm dan kat EU 130pm, kita awai 6jam dari depa. Nanti sambung lain, aku nak layan feeling sat.
03042010 : 433am – SteigenBerger Airport Hotel FRANKFURT
Alhamdulilallah, dah selamat sampai ke Frankfurt, sampai lewat sedikit dari yang dijangka sbb cuaca tak berapa nak elok masa kat area India, Kazarstand, lima enam kali jugak ler kena fasten safety belt. Imigresen and Custom puak2 Nazi ni pun tak byk kerenah sangat, senang jer masa sampai tadi. Lepas amik semua beg2, terus pekena rokok secara hatrik, sambung puting 3 batang berturut2..cuaca tak berapa nak sejuk sangat ~11C, selesai semua pi tunggu shuttle utk ke Hotel. Letih tok sah nak kata ler, tidur lebih kurang half an hour jer masa dlm flight tadi, penangan duduk tepi toilet ler tu..! Dalam 10minute STEIGENBERGER HOTEL shuttle sampai, jumpa dgn satu couple Malaysian yg bertugas sebagai Cabin Crews utk Qatar Airline, depa baru sampai dari Dubai, depa dok cerita kat mana senang nak dpt Asean Foods, tak jauh dari Airport ada satu Asean Restaurant, ada jual nasi goreng mamat tu bagi tau..! Cantik ler jugak tu..perut aku ni mana blh tak masuk nsi even satu hari pun..!!! Memang Typical Melayu habis ler…Standard ler…mai dari Jerlun beb…!!!! Agak peramah jugak couple melayu tu,mungkin tak ramai jumpa Malaysia kut, tu yg friendly semacam tu..! Sampai depan lobby pekena rokok lagi sebatang, cuaca sejuk2 mcm ni pekena Malboro Light….syoookkkk wooooo…! Dapat bilik 408 – smooking room lagik..! agak mahal jugak hotel ni… 150 Euro utk semalam, dekat $700 gak ler duit kita, mampuih pi ler..bukan nyer duit aku pon..!!! Masuk bilik, benda pertama yg aku buat adalah masuk toilet pi melepas dulu…dok simpan khazanah nasi lemak dari tadi lagi, feel habis melepas sambil pekena Malboro Light..! Selesai semua, check serba sedikit brg2 yg aku bawa, nampaknya semua stok makanan aku OK, so masa utk ZZZZZzzzzzzzzzzzzzzzz…11pm masa Germany = 5am kat Malaysia, aku hanyut di buai mimpi indah kota Frankfurt..!
Salah satu Channel yg aku jumpa masa dok check kat TV....Rosak Akhlak ..! Tapi kenapa kat negara2 Barat ni tak pulak depa buang bayi bersepah2,padahal porno ada bersepah dimana2.Agaknya di M'sia ni curi2 dok cari tulah yg curi2 juga dok buang...!Sekitar jam 330am terjaga, teringat kat anak2 & wife, buat satu phone call utk depa-sembang sat jer sbb IDD card belum beli lagi, pas ada IDD card nanti kita sembang lama2 OK. Tak tau nak buat apa ni…awai lagi ler bro..baru 400am- mata dah tak blh nak tidur dah..! amik charger nak charge laptop & camera…hampeeh betul, silap bawa adaptor pulak..! bateri dah trigger ni..SMS Rahman dia kata dia dah bangun, pi pinjam charger dia sat utk nak charge bateri camera dulu laa…hat ni penting ni…tak dak camera, macam mana nak ada bahan bukti..!!!! Masuk bilik Rahman, pehhhh…hatni lagi teruk dari aku, mmg typical kelate betul ler mu man wooiii…dia tengah dok kutip beras yang dia bawa, plastic packing pecah masa depa handle kat flight tadi tu ler kut..Pinjam charger Man balik bilik charge batire camera and laptop. Lepak2 sat, shower and nak tunggu cukup time utk pi breakfast..terpacak 630am sat gi aku nak pi, lani baru 610am, sempat ler aku download gambar2 yang amik masa nak mai tadi. Plan hari ni lepas breakfast satgi, terus pi amik kereta then balik hotel check out and drive to Prum, lepas check IN kat Prum, kami akan berangkat ke Kota Fesyen Dunia….PARIS….”An Evening in PARIS” Zull’s @ STEIGENBERGER AIRPORT HOTEL, FRANKFURT GERMANY – 612am

Saturday, March 20, 2010

Carnival Water Park SP

Ingatkan dah bawa pi Zoo dah kira OK dah utk cuti penggal ni, rupanya tak habis lagi.Sebab pi tak tiduq jadi kena pi lagi mana2 tempat..Sebab anak2 aku jenis spesis hantu ayaq, so kita pi mandi manda kat water part pulak, yg ni aku yg decide.
Sabtu-20/March-2010, kami sekeluarga sekali lagi memenuhi percutian sekolah anak2 utk ke Carnival Water Park SP. Sehari sebelum tu aku cuba booking entrance fees kat internet. Alhamdulilallah dapt discount yg agak menarik. Satu ticket dia offer aku $15 jer, rega asal Adult $25 and Kids $19, so kira berbaloi ler..! Save byk jugak tu..Aku cuma perlu spend $60 jer utk tiket. Awisy dikecualikan dari tiket. Sekali lagi keputusan yg tepak, kami bertolak awal..930am dah terpacak kat main enterance, park pun tak buka lagi, operating hrs at 1000am, so tunggu ler half an hour. Terpacak pukui 10 kami orang pertama enter the park. AWESOME...!
Pencinta Binatang, kat mana pi pun kalu ada haiwan mesti nak pegang & bergambaq..terbang $10.
Yang ni pulak nak jadi artis, asal jumpa stage mesti over acting..! Service yg lembab tak setanding dgn price yg depa charge..dah ler makanan luar tak dibenarkan bawa masuk, yg ada pulak mahal dan tak sedap, next time-kena smuggle bawa masuk jugak ler..!


Kusyuk menikmati kelazatan ais cream.
Ais Cream Time.




Ok dah dulu utk cuti persekolahan semester ni..balik rumah check semua home works kut2 ada yg miss..Stop dulu bab2 lain..Kita jalan2 lagi cuti sekolah semester ke-2 nanti. Girl dah bagi tau siap2 nak ke Pulau Pangkor bcoz rumah sukan dia nama Pulau Pangkor...macam tu pun ada gak...!So kena pi Pulau Pangkor laaa nampak gayanya semester break nnt.

Friday, March 19, 2010

Sehari Di Zoo Taiping

Cuti sekolah datang lagi, masa utk bersama dgn anak2.Mcm dah menjadi trend-asal cuti sekolah jer mesti kena pergi jalan2. Kalau masa aku kecik2 dulu..Cuti sekolah adalah masa untuk bangun tiduq lewat, tengok TV sampai lewat malam, main dari pagi sampai petang, balik rumah utk makan jaa..seingat aku tak dak ler pulak emak aku bawa pergi jalan2 pon....kalu ada pon jalan pi makan kenduri adalah..! Dunia dah berubah, kehidupan alam kanak2 aku tak sama dgn generasi anak2 aku sekarang. Kalau cuti sekolah jer mesti nak kena bw bercuti,kalau tak cuti sekolah tak lengkap tanpa bercuti kemana2 destinasi.! Mungkin betul juga demand dia orang,asyik terperap kat dlm rumah & tgk TV jer, mananya tak bosan..! mana ada sungai nak terjun tiruk, nak main gerek depan rumah pon susah..kereta lalu lalang laju bukan main..alih2 dok terperap jer lah dlm rumah.
Sebagai tanda penghargaan pada BOY yang jadi penyelamat Awisy baru2 ni, maka dia diberi pilihan utk memilih lokasi percutiaan, so tak lain tak bukan ZOO ler yg dipilihnya, Selasa 15/March/2010 seawal 800am kami sekeluarga meninggalkan Kulim Perdana utk ke Zoo Taiping.Aku sengaja memilih laluan belakang memandangkan kami bertolak awal. Melewati kawasan Ahli Parlimen yang baru beralih arah dari PKR ke BEBAS, Kami singgah menikmati sarapan pagi disebuah gerai dikawasan TERAP. Nasi lemak berserta Radix sebagai alas perut pagi tu. Selesai bersarapan, kami meneruskan perjalanan ke Bandar Baru dan memasuki PLUS hi-way utk meneruskan perjalanan ke Zoo Taiping. 1000AM terpacak-dah dok kat parking Zoo. Parking pon senang dpt coz blh kira dgn jari jer,pagi2 Selasa ni-berapa kerat jer nak ke Zoo walaupun cuti sekolah. Satu keputusan yg tepat mai weekdays. Ticket Adult $12, Child $8 with unlimited TRAM ride. Mmg worth it ler, anak2 aku balun 2,3 round ride keretapi Zoo. Sedikit gambar2 kenangan masa kat Zoo Taiping...

Pose untuk mengelakkan dari nampak ke"boroi"an
Dah pandai bergaya anak2 aku ni
Bersama dgn Badut Zoo kat Zoo Sentral
Sebijik belon sehinggit, 3 bijik 3 hinggit-still OK lagi ler
Cemoieh nak train depa ajak tawaf pulak daaaaa...ikut jer laaaa
# 1 Dad...? No.......huhuhuhuhuMerajuk nak main kat playground yg berlumut dan kotoq..! Mula2 ajak naik train, pastu ajak jalan2..then lepas tu dia nak naik kuda ler pulak..!!
Dengan mak andeh berlatar belakangkan Gajah Malaysia
Selepas tawaf dua tiga pusingan, bertolak balik -kali ni guna PLUS Hi-way, depa nak makan Pizza pulak, singgah Juru Auto City.




By 530pm sampai rumah..overall, satu perjalanan yg enjoy dan santai.

Friday, March 12, 2010

Trajedi 3 Kupang


Kerana 3 kupang diatas,aku nyaris2 kehilangan putera bongsu aku..! Alhamdulilallah-Syukur kehadrat Allah SWT kerana memberi peluang kedua kepada kami aku suami isteri untuk bermuhasabah. Banyak pengajaran untuk renungan diatas kejadian 3 kupang ini.
Alkisahnya-petang tadi around 330PM,anak bongsu aku Darwisy Hardiff tercekek coin 30cents. Satu coin seposen dan satu coin 2posen. Kebiasaannya hari jumaat Damia & Darwisy akan ke pusat asuhan, Danial akan lepak kat rumah jer. Lunch time Sue akan pi amik kedua2 dari nursery, aku pulak balik amik si Danial untuk solat jumaat, then selesai semua kami kembali ke office, depa 3 beradik akan dok kat rumah sehingga kami balik dr berkerja. Tapi hari ni, dek kerana meeting t/hari habis agak lewat sikit, aku tak amik Danial pergi solat jumaat. 230pm Sue tinggalkan mereka 3 beradik kat rumah. 320pm Aku dapat call dari Damia reported that depa ada gaduh2 kecil sikit, lepas cakap dgn ketiga2 org..keadaan kembali tenang.Alih2 340PM dapt call dr wife minta balik tgk bdk2. Darwisy muntah penuh ruang tamu dek tercekek coin, kalut punya pasai, sampai tertinggal h/phone kat office, lari pi amik semula..! Cool...Jgn panic bro...!
Sampai kat rumah...Darwisy baru keluar dari bilik air ditemani oleh Danial, muka pucat lesu..Kat ruang tamu, 3 bijik bantal, tikar, remote Astro...penuh dgn muntah..! Selepas cool down , aku minta Danial & Damia cerita situasi critical tadi.
Danial tengah siapkan homework, Damia pun sama gak..Darwisy tengok TV sambil 2 keping coin dok dlm mulut, Awalnya Girl cuba menghalang tapi sebab Awish marahkan dia, terus dia buat tak kisah ajer,sejurus selepas itu jer, si Awis tergolek2 kat ruang tamu sambil mengalir air mata tapi tanpa tangisan. Girl and Boy terus Panic, Boy awalnya langsung tak tau yang adiknya dok main dgn coin, terus girl bagi tau kat dia kata Awish tercekek coin. Sambil menangis Girl cuba call aku, tapi engaged, call mama dia..tak dak kat cube pulak. Pada masa yang sama, tengok adiknya tergolek2 BOY memeluk adik dia dari belakang dan terus menekan perut Awis, tekanan kali ke 3 menyebabkab semua isi perut Awisy keluar bersama dgn coin 3 kupang. Selepas tu baru terdengar suara tangisan adik mereka.! Girl keep on try to call both of us, finally dapat bercakap dgn mama dia, then Sue call aku utk inform. Peehhhh...Tahniah..anak2 Dad..! Aku tanya Boy mcm mana dia tau kalau tercekek kena buat mcm tu...seingat aku, tak pernah pulak aku hantaq dia ikuti kelas CPR pon. Kata dia, dia tengok dlm TV...rancangan HIKAYAT PUTERA SHAZLAN, ada sekali tu katanya, makcik Sazlan tercekek masa makan, then Sazlan buat macam tu, terus makcik dia OK, so dia apply ler kat adik dia tadi...Alhamdulilallah..! Syukur...Syukur sangat2. So...tak semua rancangan TV tu tak bagus bukan...?
Selepas dressing rumah, mendobi...keadaan kembali seperti biasa..mama depa slow talk dgn Girl utk stay dgn adik dia kat nursery sampai kami balik kerja selepas ni...terpaksa phyco. worse case scenario yg mungkin berulang. Alhamdulilallah, dia setuju tapi dgn satu syarat..sampai hujung tahun ni jer..2011 nak ada Bibik semula..pening..pening...Perlukah aku ada maid semula?

Utk Danial pula...Dad amat berbangga dgn U, Walaupun U tak sesempurna seperti rakan2 U diluar sana, tapi u'r my HERO...!Sebagai tanda penghargaan : Kita akan ke ZOO Taiping Selasa ni, kelokasi yang paling dia suka, alam & manusia...! U explore la sepuas-puasnya satu Zoo tu utk kali yg keberapa pon Dad dah lupa..Untuk mereka diluar sana, cita2 Danial utk ada satu Zoo dia sendiri suatu hari nanti.

Malamnya, aku suruh dia aksikan semula mcm mana dia buat kat Awish tadi,





Jadi untuk semua, awasi anak2 anda dgn persekitaran mereka, jangan ulangi apa yang berlaku pada kami tadi. Sedikit kecuaian mungkin membawa penyesalan seumur hidup. Untuk kami suami isteri, banyak benda yg perlu kami reorganise-utk mengelakkan situasi seperti ptg tadi berulang.