Sebagai tanda penghargaan pada BOY yang jadi penyelamat Awisy baru2 ni, maka dia diberi pilihan utk memilih lokasi percutiaan, so tak lain tak bukan ZOO ler yg dipilihnya, Selasa 15/March/2010 seawal 800am kami sekeluarga meninggalkan Kulim Perdana utk ke Zoo Taiping.Aku sengaja memilih laluan belakang memandangkan kami bertolak awal. Melewati kawasan Ahli Parlimen yang baru beralih arah dari PKR ke BEBAS, Kami singgah menikmati sarapan pagi disebuah gerai dikawasan TERAP. Nasi lemak berserta Radix sebagai alas perut pagi tu. Selesai bersarapan, kami meneruskan perjalanan ke Bandar Baru dan memasuki PLUS hi-way utk meneruskan perjalanan ke Zoo Taiping. 1000AM terpacak-dah dok kat parking Zoo. Parking pon senang dpt coz blh kira dgn jari jer,pagi2 Selasa ni-berapa kerat jer nak ke Zoo walaupun cuti sekolah. Satu keputusan yg tepat mai weekdays. Ticket Adult $12, Child $8 with unlimited TRAM ride. Mmg worth it ler, anak2 aku balun 2,3 round ride keretapi Zoo. Sedikit gambar2 kenangan masa kat Zoo Taiping...
Pose untuk mengelakkan dari nampak ke"boroi"an
Dah pandai bergaya anak2 aku ni
Bersama dgn Badut Zoo kat Zoo Sentral
Sebijik belon sehinggit, 3 bijik 3 hinggit-still OK lagi ler
Cemoieh nak train depa ajak tawaf pulak daaaaa...ikut jer laaaa
# 1 Dad...? No.......huhuhuhuhu
Merajuk nak main kat playground yg berlumut dan kotoq..!
Mula2 ajak naik train, pastu ajak jalan2..then lepas tu dia nak naik kuda ler pulak..!!
Dengan mak andeh berlatar belakangkan Gajah Malaysia
Selepas tawaf dua tiga pusingan, bertolak balik -kali ni guna PLUS Hi-way, depa nak makan Pizza pulak, singgah Juru Auto City.
By 530pm sampai rumah..overall, satu perjalanan yg enjoy dan santai.
No comments:
Post a Comment