Friday, March 12, 2010

Trajedi 3 Kupang


Kerana 3 kupang diatas,aku nyaris2 kehilangan putera bongsu aku..! Alhamdulilallah-Syukur kehadrat Allah SWT kerana memberi peluang kedua kepada kami aku suami isteri untuk bermuhasabah. Banyak pengajaran untuk renungan diatas kejadian 3 kupang ini.
Alkisahnya-petang tadi around 330PM,anak bongsu aku Darwisy Hardiff tercekek coin 30cents. Satu coin seposen dan satu coin 2posen. Kebiasaannya hari jumaat Damia & Darwisy akan ke pusat asuhan, Danial akan lepak kat rumah jer. Lunch time Sue akan pi amik kedua2 dari nursery, aku pulak balik amik si Danial untuk solat jumaat, then selesai semua kami kembali ke office, depa 3 beradik akan dok kat rumah sehingga kami balik dr berkerja. Tapi hari ni, dek kerana meeting t/hari habis agak lewat sikit, aku tak amik Danial pergi solat jumaat. 230pm Sue tinggalkan mereka 3 beradik kat rumah. 320pm Aku dapat call dari Damia reported that depa ada gaduh2 kecil sikit, lepas cakap dgn ketiga2 org..keadaan kembali tenang.Alih2 340PM dapt call dr wife minta balik tgk bdk2. Darwisy muntah penuh ruang tamu dek tercekek coin, kalut punya pasai, sampai tertinggal h/phone kat office, lari pi amik semula..! Cool...Jgn panic bro...!
Sampai kat rumah...Darwisy baru keluar dari bilik air ditemani oleh Danial, muka pucat lesu..Kat ruang tamu, 3 bijik bantal, tikar, remote Astro...penuh dgn muntah..! Selepas cool down , aku minta Danial & Damia cerita situasi critical tadi.
Danial tengah siapkan homework, Damia pun sama gak..Darwisy tengok TV sambil 2 keping coin dok dlm mulut, Awalnya Girl cuba menghalang tapi sebab Awish marahkan dia, terus dia buat tak kisah ajer,sejurus selepas itu jer, si Awis tergolek2 kat ruang tamu sambil mengalir air mata tapi tanpa tangisan. Girl and Boy terus Panic, Boy awalnya langsung tak tau yang adiknya dok main dgn coin, terus girl bagi tau kat dia kata Awish tercekek coin. Sambil menangis Girl cuba call aku, tapi engaged, call mama dia..tak dak kat cube pulak. Pada masa yang sama, tengok adiknya tergolek2 BOY memeluk adik dia dari belakang dan terus menekan perut Awis, tekanan kali ke 3 menyebabkab semua isi perut Awisy keluar bersama dgn coin 3 kupang. Selepas tu baru terdengar suara tangisan adik mereka.! Girl keep on try to call both of us, finally dapat bercakap dgn mama dia, then Sue call aku utk inform. Peehhhh...Tahniah..anak2 Dad..! Aku tanya Boy mcm mana dia tau kalau tercekek kena buat mcm tu...seingat aku, tak pernah pulak aku hantaq dia ikuti kelas CPR pon. Kata dia, dia tengok dlm TV...rancangan HIKAYAT PUTERA SHAZLAN, ada sekali tu katanya, makcik Sazlan tercekek masa makan, then Sazlan buat macam tu, terus makcik dia OK, so dia apply ler kat adik dia tadi...Alhamdulilallah..! Syukur...Syukur sangat2. So...tak semua rancangan TV tu tak bagus bukan...?
Selepas dressing rumah, mendobi...keadaan kembali seperti biasa..mama depa slow talk dgn Girl utk stay dgn adik dia kat nursery sampai kami balik kerja selepas ni...terpaksa phyco. worse case scenario yg mungkin berulang. Alhamdulilallah, dia setuju tapi dgn satu syarat..sampai hujung tahun ni jer..2011 nak ada Bibik semula..pening..pening...Perlukah aku ada maid semula?

Utk Danial pula...Dad amat berbangga dgn U, Walaupun U tak sesempurna seperti rakan2 U diluar sana, tapi u'r my HERO...!Sebagai tanda penghargaan : Kita akan ke ZOO Taiping Selasa ni, kelokasi yang paling dia suka, alam & manusia...! U explore la sepuas-puasnya satu Zoo tu utk kali yg keberapa pon Dad dah lupa..Untuk mereka diluar sana, cita2 Danial utk ada satu Zoo dia sendiri suatu hari nanti.

Malamnya, aku suruh dia aksikan semula mcm mana dia buat kat Awish tadi,





Jadi untuk semua, awasi anak2 anda dgn persekitaran mereka, jangan ulangi apa yang berlaku pada kami tadi. Sedikit kecuaian mungkin membawa penyesalan seumur hidup. Untuk kami suami isteri, banyak benda yg perlu kami reorganise-utk mengelakkan situasi seperti ptg tadi berulang.

No comments:

Post a Comment